Jawatan Kosong : Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Individu yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut :-

1. PEGAWAI KEBUDAYAAN B41
2. PEGAWAI PENERBITAN N41
3. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
4. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17
5. PENGAWAL KESELAMATAN KP11



Borang permohonan boleh diisi secara online di http://jobs.umk.edu.my/job/, kemudian hantarkan ’hardcopy’ beserta sijil-sijil yang telah disahkan ke alamat seperti di bawah.

Unit Perjawatan dan Perkhidmatan
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar Universiti Malaysia Kelantan
Karung Berkunci 36
16100 Pengkalan Chepa
Kelantan

Tarikh Tutup Permohonan : 16 April 2011


Read More......Jawatan Kosong : Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Berfikiran positif

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Apa yang Anda fikirkan selalu, itulah yang akan dijelmakan ke dunia nyata, cuma lambat atau cepat saja ia direalisasikan. Bila Anda fikirkan sesuatu yang buruk dan sesuatu yang Anda tak sukai kemudian selalu mengingatinya, Anda akan menarik banyak perkara-perkara buruk untuk berlaku pada diri Anda.

Mengingat masalah, Anda akan menarik lebih banyak masalah. Apabila Anda fikirkan sesuatu yang baik, menggirangkan dan sesuatu yang Anda sukai kemudian Anda selalu mengingatinya, Anda akan menarik banyak perkara-perkara baik untuk berlaku pada diri Anda. Fikiran Anda ibarat magnet.


Fikiran positif menarik hal-hal positif.
Fikiran negatif menarik hal-hal negatif.

Tiap kali Anda mengingatinya, samalah seperti Anda berdoa banyak kali untuk mendapatnya. Disiplinkan mental Anda. Jangan fikirkan hal-hal buruk, benda-benda buruk, perkara-perkara buruk, elak bersangka buruk, walau cuma sesaat!
Fikirkan yang POSITIF.. untuk tarikan POSITIF..!!


eMail : fasriana_hashim@apl.com

Read More......Berfikiran positif

Malaysia bertemu Lubnan Pusingan Kedua Kelayakan Sukan Olimpik

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Malaysia akan bertemu Lubnan pada pusingan kedua kelayakan bola sepak Sukan Olimpik 2012 London.

Skuad bimbingan jurulatih Ong Kim Swee akan bertandang ke Lubnan pada 19 Jun dan akan menanti kedatangan lawan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Jun.

Negara timur tengah itu memperoleh kelayakan terus ke pusingan kedua berdasarkan pencapaiannya pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2008 di Beijing bersama 11 lagi negara iaitu Korea Selatan, Korea Utara, Australia, China, Jepun, Iraq, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, Syria, Uzbekistan dan Vietnam.


Di atas kertas dalam ranking Fifa, Malaysia berkemungkinan tiada masalah bertandang ke bumi Lubnan kerana Malaysia kini berada di tangga ke-138 dunia dan ke-21 Asia sementara Lubnan kini berada dalam ranking 169 dunia dan 32 di Asia.

Ong yang ditemui pemberita selepas majlis undian di ibu pejabat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Bukit Jalil, Rabu bagaimanapun mengakui perlawanan menentang Lubnan pastinya getir kerana kedua-dua pasukan tidak pernah bertemu sebelum ini.

"Kita tidak tahu corak permainan mereka dan akan menganalisa dahulu serta membuat perancangan latihan pusat. Selain itu kita juga akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Syria ataupun Bahrain bagi memantapkan Skuad Olimpik Negara.

"Bagaimanapun ia masih dalam perancangan. Masih belum muktamad. Kita memilih Syria atau Bahrain kerana mahu membiasakan anak buah dengan cuaca di sana, yang sama seperti cuaca di Lubnan," katanya.

Beliau berkata terdahulu pihaknya mempunyai cadangan untuk membuat latihan pusat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) atau Qatar tetapi terpaksa melupakan hasrat itu kerana cuaca yang terlalu panas di sana tidak sesuai untuk anak buahnya.

Ong berkata jika salah satu negara sama ada Syria atau Bahrain bersetuju dengan permohonan Malaysia untuk membuat latihan di sana, skuad Olimpik negara akan berlepas pada 8 Jun untuk membuat latihan pusat sehingga hari perlawanan itu.

Ditanya mengenai persediaan skuad anak buahnya, beliau berkata kesemua pemain kini berlatih di padang Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

"Saya akan menumpangkan enam atau tujuh pemain saya bermain bersama skuad K Rajagobal (Harimau Malaya) pada perlawanan persahabatan menentang Hong Kong pada awal Jun.

Namun beliau tidak menyatakan nama-nama pemain yang akan bersama skuad Harimau Malaya nanti yang akan bertanding pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Taiwan pada Julai.

Skuad kebangsaan, di bawah bimbingan Ong Kim Swee, melangkah ke pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik selepas menewaskan Pakistan dengan agregat 2-0.

Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah pada 1980 di Moscow tetapi kerajaan Malaysia memboikot temasya itu kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Sebelum itu, pemain Malaysia beraksi pada Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman.

-- BERNAMA

Read More......Malaysia bertemu Lubnan Pusingan Kedua Kelayakan Sukan Olimpik

Malaysia bertemu Taiwan pada perlawanan pembukaan Kelayakan Piala Dunia 2014

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Malaysia dilihat mampu ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 apabila diundi bertemu Taiwan pada pusingan pertama.

Malaysia akan menerima kunjungan Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 29 Jun sebelum bertandang ke negara itu untuk perlawanan timbal balik pada 3 Julai.

Sekiranya berjaya melepasi halangan Taiwan, skuad bimbingan K. Rajagobal itu akan menentang Singapura pada pusingan kedua dengan perlawanan pertama di republik tersebut pada 23 Julai.


Perlawanan timbal balik pula dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis undian yang berlangsung di Rumah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Bukit Jalil, Rajagobal yakin skuad bimbingan dapat melepasi Taiwan.

"Kita ada keyakinan yang lebih kuat apabila diundi bertemu dengan pasukan Taiwan yang dikira sebagai pasukan yang boleh kita atasi," katanya.

Malaysia kini menduduki ranking ke-138 dunia manakala Taiwan berada di tangga ke-147.

Bagaimanapun, Rajagobal berkata fokus utama skuad negara buat masa ini adalah pada perlawanan pertama menentang Taiwan di gelanggang sendiri.

"Kita perlu beri tumpuan satu perlawanan kepada satu perlawanan dan tidak terlampau ghairah dalam menghadapi saingan.

"Jika mampu mara ke pusingan kedua, ia akan menjadi satu rekod bagi Malaysia," kata jurulatih yang membimbing skuad negara menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

Untuk rekod, Malaysia tidak pernah mara ke pusingan akhir Piala Dunia sejak pertama kali beraksi dalam pusingan Kelayakan pada 1974 di Jerman.

Pusingan akhir Piala Dunia 2014 akan berlangsung di Brazil.

-- BERNAMA

Read More......Malaysia bertemu Taiwan pada perlawanan pembukaan Kelayakan Piala Dunia 2014

Kesan positif dari stress

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Tidak hanya berefek negatif, stres juga menimbulkan kesan positif.

Setiap orang pasti pernah mengalami stres. Bagi mereka yang terlalu sering mengalami stres tentunya boleh berakibat kesan negatif pada tubuh. Seperti munculnya penyakit, meningkatnya berat badan dan tekanan.

Selama ini Anda mungkin hanya tahu kesan negatif dari stres. Padahal stres juga menimbulkan kesan positif. Berikut lima kesan positif dari stres.



1. Mendorong orang berpikir kreatif
Banyak penulis atau artis mengungkap proses kreatif justru muncul sebagai akibat dari frustrasi dan stres. Menurut Larina Kase, Ph.D., seorang psikologi dan penulis buku "The Confident Leader: How the Most Successful People Go from Effective to Exceptional", hal itu boleh terjadi karena sebuah alasan.

"Stres sering mendahului atau menyertai suatu terobosan kreatif. Jika fikiran kita benar-benar tenang dan santai, justru tidak perlu alasan untuk melihat hal-hal berbeda. Stres akan meningkat terutama ketika menghadapi hal baru yang terjadi karena perubahan. Hasil akhir dari proses kreatif yang disertai stres akan sedikit mengintimidasi, karena reaksi orang lain," kata Kase, seperti VIVAnews kutip dari Shine.

2. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
Penelitian menunjukkan bahwa sistem kekebalan tubuh dapat mengambil keuntungan dari stres. "Stres jangka pendek dapat membantu sistem kekebalan tubuh," ujar Mark Goulston, MD, seorang psikiater klinis dan penulis buku "Get Out of Your Own Way:Overcoming Self-Defeating Behavior".

Goulston menjelaskan, ketika hormon kortisol atau hormon stres dilepaskan, akan meningkatkan kekebalan tubuh. Itu adalah proses keseimbangan. Meskipun stres jangka pendek dapat menjaga tubuh dari penyakit, ia memperingatkan bahwa terlalu banyak stres dapat menyebabkan kelebihan kortisol. Hal ini boleh memicu obesiti, diabetes, dan penyakit kardiovaskuler.

3. Membuat Tubuh lebih fit
Olahraga seperti, angkat berat, berjalan atau lari selama 45 menit, boleh membuat tubuh berkeringat. Selain itu, stres juga boleh menjadi olahraga yang baik. Hal itu menurut Jessica Matthews, MS, koordinator pendidikan berkelanjutan untuk American Council on Exercise (ACE)

"Stres merupakan latihan ringan yang boleh membuat tubuh lebih sehat. Dari perspektif fisiologis, stres ditempatkan sebagai tuntutan, dan boleh membantu latihan menjadi lebih efisien," kata Matthews.

4. Membantu memecahkan masalah
Stres sering dipicu karena munculnya dari dilema dalam diri Anda, atau ketika "dipaksa" membuat keputusan besar? Rasa kekhawatiran ini sebenarnya bermanfaat. "Stres menunjukkan nilai-nilai yang kita miliki. Ja kita tidak peduli tentang sesuatu, kita tidak akan khawatir tentang hal itu," kata Goulstin.

Jadi, dengarkan stres boleh jadi penanda untuk memberitahu Anda agar mendengarkan intuisi. Memang sulit mendengar intuisi, ketika Anda berada dalam rasa khawatir dan stres. Sehingga Anda akan "memaksa" diri untuk istirahat, berjalan-jalan, tidur nyenyak atau pergi keluar untuk makan.

5. Pemulihan
Penelitian menunjukkan hubungan antara stres jangka pendek sebelum bedah atau prosedur medis, membuat pemulihan lebih sukses. Beberapa penelitian juga menunjukkan bahwa stres dapat menekan produksi estrogen, pemicu utama perkembangan barah payudara.

"Respons stres dapat memperingatkan kita adanya tantangan, bahaya, atau bahkan kesempatan. Stres juga memicu pelepasan adrenalin, dan gelombang adrenalin dapat membantu Anda lebih fokus dan berpikir jernih," ujar Dr. Goulston menjelaskan.

Sumber :
http://shine.yahoo.com/channel/health/7-ways-stress-can-actually-be-good-for-you-1240706

http://us.kosmo.vivanews.com/news/read/141796-5_efek_positif_stres

Read More......Kesan positif dari stress

Jawatan Kosong : Kolej Islam Sains Teknologi (KIST)

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Temuduga Terbuka KIST GROUP

Pada: 23 Mac 2011 (Rabu)
Tempat: Di Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST),
Bachok, Kelantan.
Mulai jam: 2.00 petang
KIST GROUP HOLDINGS SDN BHD
mempelawa mereka yang berminat untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:-

1. Pembantu Pemasaran
2. Pengurus Pemasaran
3. Pengurus Operasi


(Kekosongan: di KIST Travel & Tours Sdn Bhd, KIST Aviation Academy Sdn Bhd, KIST Lab Sdn Bhd, KIST Graduate Intake Sdn Bhd dan KIST Rehab Sdn Bhd)
Kelayakan Pemohon:

* Warga Negara Malaysia
* Berumur 21 tahun ke atas
* Ijazah atau Diploma dalam bidang Pemasaran
* Ijazah atau Diploma dalam bidang Pelancongan
* Sihat tubuh badan
* Mempunyai lesen dan kenderaan sendiri
* Boleh berkerja tanpa dipantau.

Sila bawa sijil-sijil dan dokumen peribadi pemohon (asal dan salinan) pada hari temuduga dijalankan. Sila pastikan tuan / puan berpakaian kemas

Read More......Jawatan Kosong : Kolej Islam Sains Teknologi (KIST)

Selangor, Terengganu dan Kelantan mara ke Perlawanan Separuh Akhir Piala FA

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Selangor, Kelantan, dan Terengganu mengikuti jejak Pahang apabila mara ke perlawanan separuh akhir Piala FA edisi ke-22, setelah mereka menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan suku akhir pusingan kedua Sabtu malam.

Pahang terlebih dahulu menempah tiket ke separuh akhir Piala FA apabila menang dengan agregat 2-1 mengalahkan Kuala Lumpur, walaupun perlawanan pusingan kedua di Stadium Darul Makmur semalam menyaksikan kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.


Perlawanan di Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunus, Johor Bahru menyaksikan pasukan pelawat, Selangor menafikan peluang tuan rumah, Johor ke perlawanan separuh akhir apabila mencatat kemenangan 2-1 untuk mara dengan agregat 5-2.

Kedua-dua jaringan hasil tandukan Mohd Amri Yahaya menerusi sepakan percuma pada minit ke-29 dan 50 menjadi pelengkap kemenangan Selangor yang turun selaku juara lima kali Piala FA untuk ke saingan seterusnya.

Gol saguhati Johor bagaimanapun hadir selang lapan minit kemudian (min-58) menerusi rembatan Norizam Salaman dalam kawasan kotak penalti.

Perlawanan di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu pula menyaksikan pasukan Kelantan menewaskan Felda United 3-0, dan keputusan itu memberikan kemenangan mutlak kepada Kelantan dengan 5-2, selepas kedua-dua pasukan itu seri 2-2 dalam pertemuan pusingan pertama pada 15 Mac lepas.

Felda United yang kelihatan mempamerkan corak permainan yang kemas dikejutkan dengan jaringan S.Chanturu menerusi hasil umpanan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-18.

Di separuh masa kedua Kelantan terus menguasai perlawanan menerusi jaringan Nurul Azwan Roya pada minit ke-66, dan Mohd Nizad Ayub pada minit ke-88.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, tuan rumah berjaya merebut tempat ke peringkat separuh akhir dengan menumpaskan juara sulung Piala FA 1990 Perak 3-1, selepas pasukan itu kalah 2-3 kepada Perak dalam perlawanan suku akhir pertama di Stadium Ipoh, Perak, Selasa lepas.

Gol-gol Terengganu dijaringkan oleh Ree Shafiq Alwi pada minit ke-29, Manap Mamat (min-51) dan Abdul Hadi Yahya (min-80) sementara gol saguhati Perak dijaringkan oleh Akmal Rizal Ahmad Rakhli pada minit ke-76.

-- BERNAMA

Read More......Selangor, Terengganu dan Kelantan mara ke Perlawanan Separuh Akhir Piala FA

Jawatan Kosong : Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun semasa iklan ditutup serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut :-

1. JURUTERA (MEKANIKAL) GRED J41
2. PEGAWAI TADBIR GRED N41
3. PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E41



CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
a) Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang LKPK 1. Borang permohonan
boleh diperolehi dengan memuat turun daripada laman web www.kada.gov.my.

(b) Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar dan disertakan bersama-sama
dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan, Sijil
Berhenti Sekolah, Sijil-sijil lain berkaitan yang telah disahkan sebelum atau pada
28 Mac 2011(Isnin). Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

(c) Semua permohonan hendaklah ditulis jawatan yang dipohon disebelah kiri bahagian
atas sampul surat permohonan dan hendaklah dihantar ke alamat :-

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu
Peti Surat 127
Jalan Datuk Lundang
15710 Kota Bharu, Kelantan
(UP: Pengarah Bahagian Pengurusan)


Read More......Jawatan Kosong : Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)

Rekod tanpa kalah Kelantan lebur di tangan Pahang

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Pahang meleburkan rekod tanpa kalah Kelantan dengan kemenangan 2-0 pada perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan, pada malam Sabtu.

Pahang, yang menduduki tangga keenam dalam saingan liga, membuka tirai jaringan menerusi R. Surendran pada minit ke-43 dan memperkukuhkan kedudukan pada babak kedua dengan jaringan Mohd Faizol Hussin pada minit ke-90.

Walaupun mengalami kekalahan pertama dalam tujuh perlawanan, Kelantan masih kekal di tangga teratas dengan 14 mata.


Di Stadium Utama Kangar, Felda United melonjak ke tangga kedua liga dengan 14 mata selepas menewaskan pasukan tercorot, Perlis 2-0.

Gol Felda United dijaringan oleh Muhd Zamri Chin pada minit ke-40 dan Farderin Kadir pada minit ke-56.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Selangor naik satu anak tangga di tempat ketiga dengan 14 mata selepas menumpaskan Negeri Sembilan 2-1.

Bagaimanapun, Negeri Sembilan mendahului babak pertama dengan jaringan penalti oleh Shahurain Abu Samah pada minit ke-10.

Selangor kembali bangkit pada babak kedua dengan menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mohd Amri Yahya pada minit ke-61 sebelum Safiq Rahim meledakkan gol kemenangan pada minit ke-78.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, T-Team dan Perak berkongsi satu mata apabila seri tanpa jaringan.

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, pasukan Kedah, yang dilanda masalah dalaman, akhirnya berjaya mencapai kemenangan kedua dengan menewaskan Terengganu 2-1.

Bagaimanapun, Terengganu membuka jaringan pada minit ke-30 menerusi Reeshafiq Alwi sebelum Kedah bangkit pada babak kedua untuk mengumpul mata penuh.

Khyril Muhymeen menyamakan kedudukan pada minit ke-62 dan gol kemenangan Kedah dihasilkan oleh Mohd Fidaus Faudzi empat minit kemudian.

Perlawanan antara Sabah dan Harimau Muda A di Stadium Likas, Sabah, terpaksa ditunda ke tarikh lain atas sebab teknikal.

Difahamkan pemain Harimau Muda penat setelah kembali dari Lahore, Khamis lalu, selepas perlawanan kedua pusingan kelayakan Olimpik menentang Pakistan.

-- BERNAMA

Read More......Rekod tanpa kalah Kelantan lebur di tangan Pahang

Jawatan Kosong : Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

IKLAN TAWARAN KHIDMAT PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN APRIL 2011

1. Calon yang berkelayakan adalah diperlukan untuk mengisi jawatan di atas mengikut syarat-syarat perlantikan seperti berikut :
(a) Warganegara Malaysia (Bumiputera).
(b) Pemohon mestilah berumur 17 tahun ke atas tetapi tidak melebihi 30 tahun pada tarikh permohonan dibuat. Pemohon yang belum mencapai umur 18 tahun hendaklah mendapat kebenaran ibu/bapa/penjaga.
(c) Sihat tubuh badan.
(d) Keutamaan akan diberi kepada anak-anak staf UiTM. Ahli keluarga yang lain atau kenalan juga boleh dipertimbangkan. Staf UiTM yang terbabit akan dianggap sebagai rujukan perwatakan pemohon.
(e) Kelayakan minimum sekurang-kurangnya tamat Tingkatan 5 atau mempunyai SPM atau setaraf dengannya.
(f) Pelajar UiTM / Bekas Pelajar UiTM / Staf Akademik UiTM tidak dibenarkan memohon.
(g) Calon-calon hendaklah komited dengan bidang tugas.
(h) Pihak UiTM boleh menamatkan tempoh perkhidmatan Pembantu Pengawas pada bila-bila masa, jika didapati melanggar etika dan peraturan yang ditetapkan.


2. Taraf Jawatan - Sambilan (mengikut tempoh peperiksaan iaitu bermula dari 20/04/2011 hingga 08/05/2011).
3. Kadar Elaun - RM 4.00 sejam.

4. Calon yang berminat sila dapatkan Borang Permohonan di Pejabat Dekan Fakulti/ Akademi/Pengarah Pusat/Pengarah UiTM Negeri yang berdekatan.

5. Tarikh tutup permohonan : 21 Mac 2011

6. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada Pejabat Dekan Fakulti/Akademi/Pengarah Pusat/Pengarah UiTM Negeri sebelum atau pada 21 Mac 2011.
Rujukan Fail : 600-BHEPep (PT. 2/2/19/1) Jld. 6 (2)


Read More......Jawatan Kosong : Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Siaran Piala AFF Suzuki 2010 paling ramai penonton

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

SINGAPURA: Kajian sebuah firma penyelidikan menunjukkan 192 juta orang di pasaran utama Asean menonton siaran kejohanan Piala AFF Suzuki 2010 - kejohanan bola sepak melibatkan pasukan utama negara di rantau ini.

Perangkaan itu, yang dikira berdasarkan mereka yang mengikuti siaran oleh stesen penyiar RCTI di Indonesia, RTM di Malaysia, ABS-CBN di Filipina, MediaCorp di Singapura, BBTV di Thailand, VTV di Vietnam dan ESPN Star Sports, menunjukkan jumlah mereka yang menonton perlawanan itu meningkat 32 peratus berbanding jumlah penonton bagi edisi 2008.


Peningkatan penarafan itu dicatat khususnya oleh penyiaran perlawanan akhir antara Indonesia dan Malaysia.

Firma penyelidikan pasaran, Nielsen, menyatakan purata 15 juta rakyat Indonesia menonton kedua-dua perlawanan tersebut melalui RCTI lebih dua kali ganda daripada jumlah mereka yang menonton perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 di negara itu.

Di Malaysia, RTM meraih 40.3 peratus dan 48.4 peratus jumlah penonton bagi dua perlawanan berkenaan.

Jumlah penonton yang boleh menyaksikan siaran perlawanan itu di rantau ini pula meningkat lapan kali ganda berbanding edisi sebelum ini.

Vietnam merupakan pasaran penonton kedua terbesar selepas Indonesia, dengan jumlah penonton seramai 74.5 juta orang.

"Berikutan berakhirnya kejohanan Piala AFF Suzuki baru-baru ini, saya amat berpuas hati dengan urusan penganjuran, pengurusan dan pentadbiran, yang telah melonjakkan populariti kejohanan kita di rantau ini," kata Presiden Persekutuan Bola Sepak Asean Tengku Tan Sri Ahmad Rithaudeen.

"Kejohanan Piala AFF Suzuki terus merupakan harta bola sepak nombor satu di Asia Tenggara," kata Ian Mathie, Naib Presiden Kanan Football, Asean, Australia & South Asia, World Sport Group, rakan pemasaran eksklusif Persekutuan Bola Sepak Asean.

Kejohanan Piala AFF Suzuki 2010 bukan sahaja menyajikan perlawanan bola sepak bertaraf tinggi kepada peminat bola sepak di rantau ini, tetapi juga menyediakan platform kukuh kepada rakan pemasaran dan penyiaran kami untuk menemui pengguna," kata Mathie.-BERNAMA

Cheni : Penonton Liga M pula berapa?

Read More......Siaran Piala AFF Suzuki 2010 paling ramai penonton

Kelantan hapus levi terhadap KAFA

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Mohd Nor Yahya

KUALA LUMPUR, 25 Feb : Bagi menyokong perkembangan sukan di Kelantan terutamanya dalam bidang bola sepak, kerajaan Kelantan telah membuat keputusan untuk menghapuskan levi hiburan terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan ( KAFA ) dan KAFA dijangka akan memperolehi tambahan pendapatan melebihi RM300 ribu bagi tahun ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Abdul Fattah Mahmood keputusan tersebut telah dipersersetuji kerajaan dalam mesyuarat exco dan ia adalah bagi menampung pendapatan KAFA dan ia juga sebagai satu sumbangan kerajaan dalam asas pmbangunan sukan bola sepak di negeri ini.


“Pihak kerajaan berharap sangat agar dengan adanya penghapusan levi ini, KAFA akan mendapat pendapatan tambahan dan ini juga adalah satu lagi langkah kerajaan membantu KAFA dalam meningkatkan mutu pasukan Kelantan meneruskan perjuangan dalam tahun 2011 ini.” Ujar beliau.

Beliau juga berkata penghapusan levi ini adalah juga sebagai sumbangan kerajaan Kelantan dan tidak timbul lagi soal kerajaan tidak membantu KAFA dalam meningkatkan mutu bolasepak Kelantan.

Levi atau cukai hiburan dibawah enakmen cukai hiburan 1953 telah nenetapkan sejumlah 5 peratus terhadap mana-mana jenis pertandingan sukan melibatkan binatang atau manusia.

- Harakahdaily

Cheni : Terima kasih

Read More......Kelantan hapus levi terhadap KAFA

Kelantan terus kuasai Liga Super

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR: Kelantan meneruskan penguasaan di persada liga setelah menewaskan naib juara Piala Malaysia tahun lalu, Negeri Sembilan, 3-0 di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Baharu, malam Selasa.

Skuad bimbingan Datuk M. Karathu itu bagaikan memberikan amaran awal musim dengan mempamerkan aksi agresif untuk meraih tiga mata dengan gol pembukaan hanya diperolehi pada minit ke-49 menerusi S. Chanturu.

Penyerang berbisa Norshahrul Idlan Talaha seterusnya menambah dua gol pasukan 'The Red Warriors' pada minit ke-74 dan 80 selepas menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Mohd Farizal Marlias.


Kejayaan Kelantan itu bagaimanapun gagal diikuti rapat oleh pesaingnya Perak apabila nyaris dimalukan oleh Harimau Muda A di tempat sendiri sebelum sempat menjaringkan gol penyamaan 1-1 menerusi Md Noor Hazrul pada lima minit terakhir perlawanan di Stadium Perak, Ipoh, Perak.

Pasukan pelawat bagaimanapun terlebih dahulu mengejutkan pasukan Seladang apabila menjaringkan gol pembukaan seawal pada minit ke-11 menerusi Wan Zack Haikal.

Dengan keputusan tersebut, Perak kini di tangga kedua dengan ketinggalan dua mata di belakang Kelantan yang kini meraih 14 mata sepanjang enam perlawanan setakat ini.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Terengganu melakar kemenangan ketiga apabila menumpaskan Johor FC 3-0.

Kejayaan memperoleh mata penuh itu membolehkan Terengganu melonjak ke tangga ketiga dengan terikat 11 mata bersama Selangor dan Felda United.

Gol skuad anak didik Irfan Bakti Abu Salim dijaringkan oleh Abdul Hadi Yahya pada seawal minit ketujuh, Ismail Faruqi Alshaari (minit ke-12) dan gol terakhir oleh Saari Samsudin pada minit ke-77.

Di Stadium Shah Alam, Selangor mula mencari rentak apabila berjaya memperbaiki kedudukan setelah menumpaskan Kedah 2-0.

Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya, pasukan Felda United mencatat kemenangan di tempat sendiri apabila menumpaskan pasukan kelab dari Terengganu, T-Team 2-0.

Felda United memperoleh gol menerusi jaringan Faderin Kadir pada minit ke-61 dan Muhd Zamri Chin selang lima minit kemudian (min-66).

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang dan Sabah berkongsi mata apabila seri 2-2.

Pasukan pelawat terlebih dahulu menggegar gawang tuan rumah dengan jaringan dua gol menerusi Razlan Oto pada minit ke-30 dan Leopold Alfonso pada minit ke-68 sebelum Pahang bangkit menyamakan kedudukan menerusi R. Surendran pada minit ke-70 dan Famirul Sayuti pada minit ke-79.

Di Stadium Utama Negeri, Kangar, pasukan tercorot liga, Perlis masih gagal memecah kebuntuan mencipta kemenangan pertama dalam liga apabila seri tanpa jaringan 0-0 dengan Kuala Lumpur. - BERNAMA


Read More......Kelantan terus kuasai Liga Super

Jawatan Kosong : Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu (PTJKB)

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu mengalu-alukan mana-mana individu yang berminat dan sedia untuk berkhidmat untuk mengisi jawatan kosong yang diiklankan iaitu

JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17 (Sambilan) - 1 Kekosongan.

Sila Rujuk Kepada Iklan Terlebih Dahulu Sebelum Memohon Bagi Memastikan Syarat - Syarat Jawatan Dipenuhi.




Read More......Jawatan Kosong : Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu (PTJKB)
Related Posts with Thumbnails

FB