Khairul Fahmi duduki banglo hadiah Kerajaan Kelantan pada Jun

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BAHARU, 9 Feb (Bernama) -- Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang membantu Malaysia menjuarai kejohnanan bola sepak Piala AFF Suzuki 2010 bakal menduduki rumah banglo setingkat bernilai lebih RM100,000 pada Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunaan Insan, Belia Sukan dan NGO Kelantan, Abdul Fattah Mahmood berkata mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini meluluskan peruntukan dan pelan untuk pembinaan rumah berkenaan dan ianya dijangka siap pada pertengahan tahun ini.


"Hari ini mesyuarat exco telah meluluskan bahawa kita akan membangunkan sebuah rumah banglo setingkat di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, bersebelahan rumah yang dihadiahkan kerajaan negeri kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal," katanya kepada pemberita.

Rumah itu akan dibina oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan.

Pemberian hadiah itu diumumkan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bangga dengan kecemerlangan Khairul Fahmi sepanjang kejohanan itu.

-- BERNAMA

Cheni : Jangan lupa jemput saya sembahyang hajat naik rumah nanti

Comments :

have 0 comments at “Khairul Fahmi duduki banglo hadiah Kerajaan Kelantan pada Jun”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB