Indra Putra Mahayudin Bakal Sertai T'Team

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA TERENGGANU: Tiga tonggak utama pasukan Kelantan musim lalu iaitu ketua pasukan Indra Putra Mahayudin, Azizi Matt Rose dan Mohd Norfarhan Muhammad dikatakan telah menunjukkan minat untuk bermain dengan pasukan T'Team dalam kempen Liga Malaysia musim depan.

Pengurus pasukan T'Team, Rozi Mamat berkata pasukannya sedang berusaha untuk mendapatkan surat pelepasan daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa)sebelum mendapat para pemain ini.


T'Team juga meminta pemain-pemain berkenaan menyelesaikan perkara-perkara yang bersangkutan jika ada dengan bekas pasukan mereka, kata beliau.

"Kita berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan mereka," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Sebelum ini dilaporkan sesi latihan skuad Kelantan yang bermula penghujung bulan lalu tidak melihat kelibat kehadiran tiga tonggak berkenaan.

Ketua Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan berkata beliau belum dimaklumkan apa-apa berita mengenai ketiadaan tiga pemain tersebut.

Rozi berkata perhatian T'Team bukan tertumpu kepada tiga pemain itu sahaja tetapi juga terarah kepada pemain negeri lain bagi memperkuatkan pasukan itu tahun depan.

Antara pemain lain yang dijangka menandatangai kontrak dengan T'Team ialah Amzar Junaidi (Perlis), Mohd Saufi Saidi (Perak), Tengku Hasbullah Awang (Terengganu), Badrul Hisani (KL Plus) dan Khairul Izwan (Felda United).

Beliau berkata semua pemain yang bakal mewarnai pasukan T'Team sudah berada di Terengganu kecuali Indra Putra, Azizi dan Nor Farhan.

Pasukan T'Team tahun depan akan dilatih oleh Yunus Alif, katanya. - BERNAMA


Comments :

have 1
Cheni™ berkata...
at date 

Kalau padi katakan padi
tidak kami tertampi-tampi
kalau jadi katakan jadi
tidak kami ternanti-nanti

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB