Oleh Harris Rajahdin
Mesyuarat FAM terima usul kemasukan mereka pada musim 2012
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) secara dasarnya memberi lampu hijau untuk ‘awang import’ kembali beraksi dalam liga bola sepak tempatan bermula musim 2012.
Mesyuarat jawatankuasa eksekutif yang dipengerusikan Sultan Ahmad Shah semalam menerima usul jawatankuasa pertandingan tempatan untuk menerima kemasukan pemain import pada dua musim akan datang, hasil sesi percambahan minda bersama semua pihak berkepentingan, minggu lalu.
“Pemain import tidak menjadi keutamaan dengan kami mahu pasukan terlebih dulu menyelesaikan masalah berhubung gaji dan simpanan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja),” kata Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa pada sidang akhbar selepas mesyuarat exco.
“Kami (FAM) tidak mahu masalah kembali tercetus berkaitan pengambilan pemain import seperti pembayaran gaji dan masalah sosial.
“Exco membuat keputusan untuk menerima kehadiran semula pemain import pada 2012 tetapi ia akan diputuskan semula pada 2011.”
FAM turut menerima kemasukan Harimau Muda A (skuad bawah 21 kebangsaan) dalam Liga Super, menjadikannya jumlah pasukan yang layak beraksi dalam divisyen utama negara kepada 15.
Namun badan induk itu mahukan angka genap sama ada 14 atau 16 dengan FAM kini menunggu perkhabaran sama ada Johor FC dan Johor Pasir Gudang akan meneruskan dengan rancangan mereka untuk bergabung.
Seandainya menjadi, jumlah pasukan akan kekal 14 tetapi sekiranya ia tidak menjadi kenyataan, satu pusingan playoff akan dijalankan antara pasukan Liga Super dan Liga Perdana untuk menentukan identiti pasukan terakhir.
“Sekarang ini jumlah 16 pasukan adalah terlalu tinggi. Setiap pasukan akan beraksi dalam jumlah lebih 30 perlawanan dalam satu musim,” katanya.
Sumber : Berita Harian
Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M
4 tahun yang lalu
Comments :
Catat Ulasan
Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.