1. Mematuhi Etika Pakaian Yang Ditetapkan
Etika Pakaian Lelaki
* Berpakaian formal, sesuai dan kemas iaitu bertali leher, berseluar panjang dengan berbaju kemeja (tuck-in);
* Memakai kasut dan berstokin;
* Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan;
* Sandal/selipar tidak dibenarkan;
Rambut Lelaki
* Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju;
* Fesyen rambut tidak keterlaluan;
* Rambut tidak boleh diwarnakan.
Etika Pakaian Perempuan
* Berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata;
* Baju mesti berlengan panjang atau paras siku dan tidak ketat serta tidak menunjukkan bentuk tubuh badan;
* Solekan, aksesori dan pewangi secara sederhana;
* Sandal/selipar tidak dibenarkan;
* Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.
Rambut Perempuan
* Rambut tidak boleh diwarnakan;
* Fesyen rambut tidak keterlaluan.
2. Membawa Kad Pengenalan /MyKad
Calon diminta membawa kad pengenalan/ MyKad ATAU dokumen pengenalan diri lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
3. Membawa Pakaian/Peralatan Khas
Bagi program yang memerlukan ujian khas, calon diminta membawa pakaian/peralatan khas jika dinyatakan di dalam surat panggilan
4. Dokumen Asal
Anda dikehendaki membawa bersama dokumen asal seperti berikut :-
* Kad Pengenalan/MyKad Calon;
* Sijil STPM/Setaraf (Jika Berkaitan);
* Sijil SPM/Setaraf;
* Sijil Kelahiran Calon;
* Transkrip penuh akademik;
* Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan;
* Diploma/Sijil (Jika Ada); dan
* Akuan majikan (Jika Berkaitan);
* Sijil MUET;
5. Membawa Slip Menghadiri Temu Duga
* Calon diminta membawa Slip Menghadiri Temu Duga;
* Kegagalan membawa Slip Menghadiri Temu Duga boleh menyebabkan calon dihalang daripada menghadiri temu duga.
TIPS SEMASA TEMUDUGA
• Tiba ke tempat temuduga dengan awal
• Berpakaian Kemas
• Bersopan dalam komunikasi
• Pastikan anda menyebut nama panel dengan betul
• Jawab soalan dengan tenang dan yakin
• Sentiasa senyum dan kawal pergerakan mata
• Dengar dengan teliti soalan penemuduga
• Jawab soalan dengan jawapan yang ringkas,mudah tetapi padat
• Fokus pada kekuatan/kelebihan anda
• Bertanya soalan yang berkaitan
• Berterima kasih pada penemuduga
PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN
• Datang lewat ke tempat temuduga
• Berpakaian tidak sopan /menjolok mata / selekeh
• Terlupa membawa ‘resume’dan sijil-sijil berkaitan
• Menjawab dengan jawapan yang meleret
• Terlampau yakin
• Bertanya terlalu kerap mengenai isu gaji
KEBIASAANNYA MAJIKAN MENGHARAPKAN
• Boleh berkomunikasi dengan baik
• Berdikari dan boleh dipercayai
• Menepati masa
• Belajar untuk mengutamakan perkara yang penting
• Menunjukkan inisiatif yang tinggi
• Bersemangat dalam melaksanakan tugas
• Pemikiran kreatif dan kritis
• Terbuka menerima kritikan
• Mempunyai semangat 'teamwork'
Email : adeq_malaysia@yahoo.com
Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M
4 tahun yang lalu
thanks..tip yang bagus..boleh diamalkan terutamanya yang ingin menghadari temuduga seperti saya..;)