Jawatan Kosong : Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB)

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad
(syarikat anak Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan - PKINK)

Kami memerlukan individu yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum, bekerja dalam satu pasukan, dinamik, kreatif, dan inovatif untuk memperkembangkan bisnes kami. Calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan-jawatan berikut :-

1. Pengurus – Penternakan (1 kekosongan)
2. Pengurus (1 kekosongan)


1.Pengurus – Penternakan (1 kekosongan)

Tugas & Tanggung-jawab :-

• Memimpin, mengurus dan melaksana kerja-kerja berkaitan perancangan, pembangunan syarikat dan mengurus belanjawan tahunan setiap projek yang dilaksanakan.

• Membuat kawal-selia terhadap operasi syarikat yang dilaksanakan secara keseluruhan.

• Bertanggung-jawab terhadap operasi syarikat dan menyediakan laporan prestasi projek secara berkala kepada Pengurusan.

• Mewujud dan mengeratkan hubungan kerja dengan agensi kerajaan, majlis tempatan dan agensi luar yang berkaitan.

Syarat Kelayakan :-

• Ijazah Sarjana Muda dan / atau Sarjana Sains Pertanian, Agribisnes ATAU Ijazah / Diploma Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

• Berpengalaman minima 5 tahun dalam bidang pengurusan dan pemeliharaan serta pemasaran ternakan terutamanya kambing, bebiri dan lembu dalam skala besar.

2. Pengurus (1 kekosongan)

Tugas & Tanggung-jawab :-

• Memimpin, mengurus dan melaksana kerja-kerja berkaitan perancangan, pembangunan syarikat dan mengurus belanjawan tahunan setiap projek yang dilaksanakan.

• Membuat kawal-selia terhadap operasi syarikat yang dilaksanakan secara keseluruhan.

• Bertanggung-jawab terhadap operasi syarikat dan menyediakan laporan prestasi projek secara berkala kepada Pengurusan.

• Mewujud dan mengeratkan hubungan kerja dengan agensi kerajaan, majlis tempatan dan agensi luar yang berkaitan.

Syarat Kelayakan :-

• Ijazah Sarjana Muda dan / atau Sarjana Sains Pertanian, Agribisnes ATAU Ijazah Sarjana Muda dan / atau Sarjana Pentadbiran Perniagaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

• Berpengalaman minima 7 tahun dalam bidang pengurusan, pemprosesan makanan dan minuman berasaskan buah serta berpengalaman dalam bidang pemasaran.

• Keutamaan diberikan kepada calon yang berpengalaman di dalam industri FMCG.

Cara Memohon :-

Calon-calon yang berminat dipelawa menghantar resume yang lengkap kepada :-

Pengurus Pentadbiran & Sumber Manusia
Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd
Lot 1809, Bangunan KPKB, Jalan Bayam
15200 Kota Bharu, Kelantan.
Tel : 09-7461871, 09-7461986
Faks : 09-7485787. Email : psm@kpkb.com.my

Setiap permohonan adalah dianggap sulit dan persendirian.
Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan.

Permohonan ditutup pada 30 April 2010




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Comments :

have 2 comments at “Jawatan Kosong : Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB)”
almi berkata...
at date 

salam.. boleh saya dapatkan website rasmi utk kumpulan pertanian kelantan ini?

Cheni berkata...
at date 

www.kpkb.biz @ www.kpkb.com.my

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB