Selamat Menyambut Tahun Baru 1431H

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda



"Umat Islam wajib melihat keutamaan Tahun Hijrah ini daripada terus membesarkan tahun baru Masihi sehingga peringkat kita lupa diri dan jati diri sebagai umat Islam yang beriman.


Kerana Hijrah Rasulullah s.a.w bersama Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a serta umat Islam Makkah menuju ke Madinah penuh dan sarat dengan peristiwa bersejarah, sarat dengan pengajaran, pengalaman, hikmah dan perintah yang menunjuk jalan-jalan kebenaran dan kemenangan perjuangan umat Islam.

Ia menjadi panduan dan teladan penting kepada umat Islam hari ini hingga hari kiamat. Hijrah juga bermakna meninggalkan tempat sebagaimana Hijrah Rasulullah s.a.w dan umat Islam Makkah yang telah meninggalkan bumi Makkah tanah tumpah darah menuju ke Kota Madinah.

Hijrah juga membawa maksud meninggalkan perkara yang dilarang Allah kepada melakukan apa yang Allah dan Rasul-Nya perintahkan. Hijrah apapun maknanya. Yang teramat besar dalam HIJRAH itu bukan tarikhnya, tetapi pengajarannya kepada umat Islam.

Rasulullah saw, para sahabatnya dan umat Islam Makkah yang berhijrah kali pertama ke Habsyah negeri yang dipimpin Raja An-Najasyi seorang yang bukan Islam, namun kepimpinannya ada nilai keadilan dan perikemanusiaan. Tidak seperti Abu Jahal dan kabinetnya yang zalim dan kejam ke atas Rasulullah s.a.w, para sahabat dan umat Islam di Makkah.

Hijrah Madinah. Di sinilah sinar baru Islam berkembang ke seluruh dunia. Masjid Quba' diasaskan Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tapak asas pendidikan dan dakwah. Hal tersebut termaktub di dalam Al Quran LAMASJIDUN USSISA 'ALATTAQWA...

Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan. Merupakan langkah kedua Baginda Rasulullah s.a.w melaksanakan misi perpaduan yang termaktub dalam Perlembagaan Al Quran INNAMAL-MUKMINUNA IKHWATUN...

Langkah ke 3, 4, 5, 6 dan seterusnya sudah tersusun rapi ke arah wawasan besar BALDATUN TOIYIBATUN WA RABBUN GHAAFUR...mencipta tamadun ummah yang cemerlang dan gemilang duniawi dan ukhrawi. Ia tercakup dalam Al Quran dan doa umat Islam RABBANA ATINA FID-DUNYA HASANAH WA FIL-AKHIRATI HASANAH WA QINA 'AZABAN-NAAR...

Kesimpulannya, Hijrah memberi pengajaran, pengalaman dan pengajaran kepada umat Islam untuk perubahan dan kebangkitan yang menakjubkan, sebagaimana umat Islam Makkah yang dipimpin oleh Baginda Rasulullah s.a.w dan para sahabat mencipta tamadun dunia sungguh hebat sehingga berjaya memerintah dan menyebarkan Islam agama Allah ke seluruh pelusuk dunia. Terbukti Islam merupakan agama yang paling relevan dan lengkap dalam memenuhi kehendak dan menyantuni manusiawi, alam dan persekitarannya. Wallahu 'alam.

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIR...




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine.

Comments :

have 2 comments at “Selamat Menyambut Tahun Baru 1431H”
BUJANG SUSAH berkata...
at date 

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila
klik disini.

Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
DISINI

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.

Cheni™ berkata...
at date 

To Bujang Susah;

Terima kasih kerana sudi mengisi ruangan komen ini.

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB