SHAH ALAM - Syarikat perkhidmatan air terbesar negara, Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd., kini menjadi tulang belakang kemajuan bola sepak orang Melayu apabila muncul sebagai penaja utama Kejohanan Bola Sepak Piala Agong dan Piala Emas Raja-Raja kali ke-69.
Serentak dengan itu juga nama kejohanan diubah kepada Puncak Piala Agong dan Puncak Piala Emas Raja-Raja dan Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga, Tan Sri Rozali Ismail dilantik sebagai Penasihat Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM).
Ekoran perkembangan itu satu majlis ringkas diadakan bagi melancarkan logo baru kejohanan yang disempurnakan oleh Rozali dekat sini semalam.
Beliau juga menyerahkan wang penajaan berjumlah RM200,000 kepada Presiden PBSMM, Datuk Takiyuddin Hassan.
Rozali pada sidang akhbar selepas majlis itu memberitahu, penglibatan Puncak Niaga dalam persatuan itu sebagai usaha untuk menggalakkan dan memberi sokongan kepada kemajuan bola sepak di negara ini terutama menerusi kejohanan Piala Emas Raja-Raja.
Katanya, kejohanan tersebut sudah banyak melahirkan pemain berkaliber hingga mewakili negara pada kejohanan antarabangsa.
''Kita (Punca Niaga) akan memberi tumpuan untuk kemajuan bola sepak termasuk akan membantu persatuan-persatuan lain dalam mendapatkan penajaan serta urusan promosi," jelasnya.
Apa pun tambah beliau, ekoran tumpuan tersebut, Puncak Niaga pada masa ini tidak berminat untuk menaja mana-mana pasukan bola sepak seperti yang dilakukan oleh syarikat korporat lain.
Bagi perkembangan semasa, lapan pasukan itu Perlis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis, Kedah, Johor, Kuala Lumpur, Singapura dan Kelantan selaku juara bertahan sudah layak ke peringkat suku akhir Piala Emas Raja-Raja.
Pertandingan akhir kejohanan tersebut akan berlangsung pada 26 Disember ini.
Sumber: Utusan Online
Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M
4 tahun yang lalu
Comments :
Catat Ulasan
Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.