Jawatan Kosong : Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB)

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUMPULAN PERTANIAN KELANTAN BERHAD (KPKB)
Syarikat Anak Milik Penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)

Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad memerlukan individu yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum (independent), bekerja dalam satu pasukan(teamwork), dinamik, kreatif, dan inovatif untuk memperkembangkan bisnes Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad. Individu yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan jawatan seperti berikut :-


1. Jawatan : Pengurus Kanan Projek (1 kekosongan)

Tugas & Tanggung-jawab :-
a. Menyedia kerja-kerja berkaitan perancangan, pembangunan projek dan mengurus belanjawan tahunan setiap projek yang dilaksanakan.
b. Menyediakan semua laporan-laporan prestasi projek secara berkala kepada Ketua Eksekutif dan pengurusan.
c. Bertanggung-jawab terhadap tugas-tugas penyebaran/taklimat mengenai projek dan bertindak sebagai penyelaras dengan ketua-ketua komponen projek.
Syarat Kelayakan :-
d. Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian, Agribisnes yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau

Keutamaan :-
a. Kelebihan kepada yang mempunyai MBA
b. Keutamaan kepada yang mempunyai pengalaman diperingkat pengurusan projek pertanian, pertanian bersepadu, ternakan dan akuakultur sekurang-kurangnya 7 tahun.
c. Mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam bidang komputer.
d. Mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan dan perlaksanaan pemasaran produk pertanian.

2. Jawatan : Pegawai Projek (2 kekosongan)

Tugas & Tanggung-jawab :-
a. Menyedia kerja-kerja berkaitan pembangunan projek dan membuat kawal-selia terhadap projek yang dilaksanakan secara keseluruhan.
b. Menyediakan laporan prestasi projek secara berkala kepada Pengurus Kanan Projek dan pengurusan.
c. Bertanggung-jawab terhadap aktiviti setiap projek dan bertindak sebagai penyelaras kakitangan projek.

Syarat Kelayakan :-
Ijazah Sarjana Muda Agribisnes, Diploma Sains Pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

Keutamaan :-
a. Keutamaan kepada yang mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan dan projek pertanian tidak kurang 3 tahun.
b. Mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam bidang komputer.
c. Mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan dan perlaksanaan pemasaran produk pertanian.

3. Jawatan : Boilerman (1 kekosongan)

Tugas dan Tanggungjawab :-

a. Bertanggung-jawab terhadap keseluruhan operasi boiler.
b. Bertanggung-jawab terhadap “Trouble Shooting” boiler.
c. Bertanggung-jawab terhadap penyelenggaraan boiler mengikut keperluan JKKP.

Syarat Kelayakan :-
a. Lelaki
b. Sijil SPM/SPVM atau yang setaraf dengannya.
c. Memiliki Sijil Gred 2 daripada JKKP
d. Sihat tubuh badan serta mempunyai penglihatan dan pendengaran yang baik

Keutamaan :-
a. Keutamaan kepada yang mempunyai pengalaman 1 tahun dalam bidang operasi kilang makanan.
b. Boleh bekerja lebih masa dan di bawah pengawasan yang minimum.
c. Mempunyai pengetahuan dalam bidang kejuruteraan mekanik
d. Boleh menjalankan operasi dan penyelenggaraan boiler.

Calon-calon yang berminat dipelawa menghantar resume yang lengkap dengan menyatakan kelayakan, pengalaman kerja, gaji sekarang dan yang dipohon berserta sekeping gambar terbaru berukuran pasport tidak lewat daripada 20 Dis 2009 kepada:-

Pengurus Pentadbiran & Sumber Manusia
Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd
Lot 1809, Bangunan KPKB, Jalan Bayam
15200 Kota Bharu, Kelantan.
Tel : 09-7461871, 7461986
Faks : 09-7485787. Email : kpkb@streamyx.com



Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine.

Comments :

have 2 comments at “Jawatan Kosong : Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB)”
Al Quds Travel berkata...
at date 

Al Quds Travel Welcome You :-

"AL QUDS TRAVEL FAIR 09"
Date : 10,11,12 December 2009
Time : 10.30 am - 10.00 pm
Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
Official Radio : THR Gegar FM
Tel No : 609-747 9999

Diskaun RM999.00 untuk Pakej Umrah

nihonshouhin berkata...
at date 

Salam semua...
kalu raso nok tengok bare hok mari Jepung singgohlah tengok2 tok beli tak po hehehe...
hah kreto jepung pun ado jugok......
wasalamm

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB