Analisis : Perlawanan Persahabatan Kelantan Lwn T-Team

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Ditulis oleh Betterman
THURSDAY, 24 DECEMBER 2009 01:11

Kehadiran penyokong melebihi 8000 orang memberikan signifikan bahawa glamoras yang hidangkan oleh kafa berjaya menarik minat penyokong tempatan hadir berpusu-pusu. Keadaan cuaca yang amat memuaskan, namun tidak faham kenapa pemain bintang seperti Shahrul Idlan dan beberapa pemain lagi kerap terjatuh kelicinan, mungkin suasana gugup menguasai mereka. Permainan tempo perlahan kerana iainya persahabatan jiran yang sebenarnya ingin ditonjolkan tahap professional pemain tempatan mula meningkat, kerana itu pemain kelihatan risau untuk membuat tackle yang kasar di peringkat awal, berterusan sehingga tamat permainan, fair-play apabila tiada satupun kad kuning dilayangkan.


B.Sathianathan membuat eksperimen baru di permulaan apabila cuba bermain formal formation 4-4-2. Dibahagian tengah tidak diletakkan defensive midfielder namun pemain centre yang digabungkan di arah untuk kerap turun mengekori attacking player lawan. Kelantan membariskan Syed Adney berjersi nombor satu di posisi gawang, empat benteng digabungkan bila Daudsu kembali diarah bermain diposisi lamanya iaitu bek kanan menyerang, selain diseberang kiri Zamri agak kekok di posisi bek kiri menyerang.

Di kawasan bek tengah, Sathia menggabungkan muka baru dan lama, Azizi Mat Rose bergandingan dengan Rizal Fahmi. Daudsu yang agak sederhana namun rajinnya tetap menyinar dengan gaya hold bola yang bagus sebagaimana bermain di defensive midfielder, dan beliau agak bebas merampas bola di kawasan tengah. Zamri Ramli, pemain bintang yang disunting musim lepas dan sebagai pemain free positioning beliau yang kekok menggunakan kaki kiri menterpaksakan diri dan kehadiran beliau terpaksa merehatkan Zairul Fitri yang akhir musim kecederaan dan baru sahaja pulih di pra musim ini.

Di bahagian tengah, Azizi yang berjersi nombor dua, kerap menolong Zamri Ramli dan Rizal Fahmi agak rehat dengan kehadirannya. Pemain yang begitu moody dan jarang tersenyum, agak cemerlang namun masih ada kegugupan kecil yang gagal dibendung menterjemahkan sedikit kecuaian tetapi tetap fokus. Rizal yang kerap teruji kerana pasukan T-team dibahagian depan agak lembab. Syed Adney juga tidak ada crucial save kecuali menyelamatkan penalti diminit akhir, selain itu cuma ada beberapa shoot yang terus kedakapan beliau. Tidak ada percubaan satu sama satu kecuali sepakan clearance yang dilakukan sekali disambar oleh lawan mujur bola terkeluar. Pemain benteng yang tidak dibenarkan memegang bola lama kadang kala tidak dapat signal dari atas meminta bola kerap membuat back pass yang agak cemerlang di layan oleh Syed Adney.

Gandingan cemerlang dalam percubaan eksperimen ialah gabungan dua pure midfielder, Shakir Shaari dan Badhri Radzi yang kembali dengan cemerlang membuat passing passing dan gelecekan mengelirukan. Shakir pula lebih kepada pemain yang play safe membuka ruang dan meminta bola, bila bola dipassing kepadanya terus membuat passing rendah kepada rakan yang dekat atau long ball bola tinggi kepada rakan di flanker. Gaya bersahaja ala-ala Deco dan tugasan posisinya ala-ala Denilson didalam skuad Arsenal. Agak tinggi tahap persefahaman Shakir dan Badhri apabila menentang pasukan yang kurang attacking, dan boleh di aplikasikan oleh Sathia didalam perlawanan menentang pasukan yang agak kurang menyerang. Badhri kembali dengan skill yang mengancam dan passing yang menarik seperti biasa, namun agak rajin turun kebawah untuk membantu rakan-rakan.

Gandingan sayap yang mengemudi Kelantan ke dua perlawanan akhir musim lepas, Indra Putra dan Norfarhan seperti biasa cemerlang. Norfarhan kelihatan agak kebawah dan penyokong tak risau kerana dia terkenal sebagai pemain yang rajin mengutip bola dikawasan bek flanker. Seperti biasa gerakan tubuh merempuh gaya Norfarhan berjaya mengucar kacirkan benteng lawan, dan gandingannya dengan penyerang emas baru Kelantan FA, S.Chanturu begitu bagus. Indra kelihatan lebih matang dalam mengemudi pasukan sebagai ketua pasukan yang sebenar walaupun sekembalinya Badhri, persefahaman mereka berdua kelihatan begitu jitu dan jika diamalkan selalu, persefahaman ini boleh membelah banyak benteng dan menterjemahkan gol kepada Kelantan FA musim ini.

Tepukan gemuruh bukannya hadir kepada bintang hebat penuai emas di Sukan Sea Shahrul Idlan, tetapi kepada peluru baru Kelantan FA, iaitu S.Chanturu, emas baru Kelantan. Larian, pusingan badan, kerajinan, cara membentuk persefahaman, semuanya diperingkat terpuji. Memang penyokong Pahlawan Merah terkejut dengan aksi pemain yang baru pertama kali digandingkan diatas padang dalam perlawanan kompetetif, dan tidak mungkin Chanturu akan digugurkan jika aksi sebegini berterusan, seharusnya Shahrul Idlan, Hairuddin Omar dan Akmal Rizal akan memikirkan nasib mereka apabila melihatkan pemain yang wajib diturunkan sekerap mungkin. Mengenai prestasi Shahrul Idlan, beliau kelihatan agak gugup dan baru dua hari mengenali rakan-rakannya diatas padang, belum mampu dihadirkan kebahayaan didalam kegugupannya yang belum tahu membaca bola Badhri dan Chanturu. Beliau kerap terjatuh mungkin kejutan budaya padang murahan Stadium Sultan Muhammed atau masalah kasutnya yang belum sesuai dengan Kelantan.

Saya duga Chanturu ada sedikit kekurangan didalam bertimbun-timbun kelebihan. Jisim yang kecil membataskan untuk beat pemain lawan, dan bola diudara juga agak kurang digapai kerana tubuh yang kecil melambung di udara. Oleh itu tidak dapat tidak, beliau harus digandingkan dengan penyerang top striker yang mampu memecah benteng dengan gerakan tubuh, seperti Akmal Rizal atau Hairuddin Omar. Saya secara peribadi agak risau dengan kehadiran penyerang Kelantan yang terlalu ramai lebih kepada seorang winger atau second striker. Permergian Khalid harusnya diganti oleh Akmal Rizal yang mesti meletup didalam kotak penalti lawan. Jika tidak, Kelantan pastinya kerap membuat taktik larian berlegar-legar ditepi dan sentuhan tengah hadir hasil set-piece sahaja. Kita memerlukan penyerang yang boleh merempuh seperti Norfarhan. Apapun semuanya pasti tercetak didalam minda B.Sathianathan.

Sebenarnya perlawanan ini agak kompetetif di separuh masa pertama kerana T-Team sebuah pasukan yang menerapkan kedisiplinan yang tinggi didalam membuat hantaran. Namun mencecah separuh masa kedua, pertukaran pemain dan percubaan gandingan baru, membantutkan aksi yang seharusnya cepat diaplikasikan oleh pemain-pemain baru. Kegagalan Nizad Ayub dalam mencetus gandingan, membuatkan orang ramai mencemuh prestasinya yang tidak tahu fungsinya yang sebenar. Kemasukan Zulyusri juga mengecewakan, kerana beliau diharap membentuk pace yang luas di kawasan sayap, tetapi gagal kerana gandingan baru yang lain dimasukkan, mencari formasi dan aura baru dalam pembentukan amatlah susah. Kalau perlawanan ini dilanjutkan sehingga 120 minit barulah munasabah dengan mentaliti pemain Malaysia yang lemah dalam pengaplikasian formasi.

Pemain lain yang dicuba adalah Farisham yang menggantikan Azizi, tidak ada apa-apa yang menarik kerana agak lewat dan pasukan T-Team sudah melemparkan kain putih kedalam padang dan meneruskan baki permainan cuma untuk memanaskan pemain-pemain baru. Coach Che Ku masuk ke separuh masa pertama untuk mencuba pemain simpanan juga. Kelantan juga mencuba pemain muda seperti Ailim Fahmi yang dimasukkan terlalu lewat, Mohd Izuan Solahudin yang ada larian laju tetapi susah mencari persefahaman. Menggemparkan, Kelantan mencuba pemain back-up Piala Presiden baru yang didatangkan dari Thailand dan mempunyai Kad Pengenalan Malaysia, bernama Somchai Sanuai. Pemain bertubuh tegap seperti Hanif Md Noor tetapi lebih tinggi, bermuka garang dan larian perlahan, bermain diposisi centre midfielder, sebagai back-up kepada Badhri Radzi. Beliau yang masuk pada 10 minit terakhir juga tidak mendapat banyak hantaran kerana percambahan idea baru oleh pemain baru kurang memberangsangkan.

Hairuddin Omar, masuk pada minit 70, sempat mencuba gandingan rakan lama dengan Indra Putra yang kelihatan ada sentuhan-sentuhan menarik atau sentuhan kimia antara mereka berdua. Namun T-Team yang menggandakan usaha dikawasan benteng kelihatan lebih banyak bertahan. Zairul Fitree dimasukkan menggantikan Zamri yang merampas posisinya seperti biasa ada larian deras. Yang gagal kita lihat ialah pertukaran penjaga gol kerana Syed Adney kelihatan ok tidak teruji kecuali bersungguh-sungguh menyelamatkan penalti pihak lawan. Penalti hadir pada minit 75 hasil contact tidak sengaja dan bersih oleh Azizi diberikan hadiah oleh pengadil.

Keseluruhannya, permainan sebegini harus dikurangkan percubaan pemain baru kerana iainya merencatkan permainan di 30 minit terakhir. Ianya bukan salah coach, tetapi kesilapan pemain yang kurang mengaplikasi persefahaman setelah dimasukkan. Selain itu, pemain yang tidak mahu bermain kasar, dan keletihan juga menjadi faktor utama. Kelihatan pemain yang baru ditukar keluar, terpaksa disuruh berlari dibelakang padang selama 15 minit oleh coach kerana untuk menjaga stamina dan mencari boost tenaga didalam keletihan demi untuk menghadapi perlawanan persahabatan yang mendatang, jadual yang pack dan Kelantan FA memerlukan jurulatih Fitness atau perlu membentuk jadual fitness yang lengkap dalam semua prasarana sebagai pemain professional.

Ratio keseluruhan persembahan pemain /10 :
Syed Adney 6.5
Daudsu 6.0
Rizal Fahmi 6.0
Azizi Mat Rose 6.5
Zamri Ramli 6.5
Norfarhan 7.5
Shakir Shaari 7.0
Badhri Radzi 7.0
Indra Putra 7.0
Sharul Idlan 6.5
S.Chanturu 8.0
Nizad Ayub 5.5
Zulyusri 5.5
Hairuddin Omar 6.0
Farisham 6.0
Zairul Fitree 6.0
Izuan Solahuddin 6.0
Somchai 6.0
(Tolong isikan dan buat pembetulan jika ada penentangan pendapat dalam ratio ini, dan tolong tambah kalau ada pemain yang ketinggalan.)

Sumber : kelate.net



Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Comments :

have 0 comments at “Analisis : Perlawanan Persahabatan Kelantan Lwn T-Team”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB