TAHNIAH THE RED WARRIORS!

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Gembira! Terharu! dan macam-macam lagi perasaan. Hanya itu yang dapat aku gambarkan semalam apabila Kelantan berjaya menjejakkan kaki ke pentas final 7hb November ini. Walaupun aku hanya menonton di kaca televisyen, perasaan berdebar tu tetap kencang lebih-lebih lagi selepas sepak mula dengan serangan bertali arus Perlis yang memburu gol awal. Selepas gol pertama Farhan, sudah nampak yang perlawanan itu akan menjadi milik Kelantan. Gol pertama tersebut menyebabkan moral pasukan Perlis sudah jatuh.

3 gol yang disumbangkan oleh Farhan sekaligus mencipta hatrik semalam menunjukkan Kelantan mempunyai ramai penyerang berbisa dan tidak hanya bergantung kepada Indra sahaja. Perlis gembira apabila Indra tidak dapat diturunkan tetapi mereka silap percaturan apabila memandang rendah pemain-pemain lain. Masuk separuh masa kedua, aku tengok perlawanan nampak menjadi panas. Aku puji sikap pemain Kelantan yang tidak mengikut emosi, mungkin untuk mengelakkan daripada dikenakan kad ataupun daripada kecederaan untuk menghadapi perlawanan akhir nanti. Ada hikmahnya Indra dikenakan kad kuning pada separuh akhir pertama, jika tidak mungkin kad kuning akan dikenakan pada perlawanan semalam sekaligus akan menjadi penonton sahaja untuk perlawanan akhir.


Sikap penonton Perlis juga tidak kurang ganasnya, balingan objek dan mercun juga sama sahaja dengan penyokong-penyokong yang tidak bertamadun di stadium lain. Individu yang membaling mercun yang jatuh berhampiran dengan pemain Kelantan iaitu Farisham yang terbaring akibat kecederaan boleh membahayakan diri beliau. Aku tak tahulah pengadil yang berada sebelah Farisham nampak atau tidak mercun tersebut. Harap pihak FAM celek mata dalam hal ini dan tidak bersikap 'double standard'. Terima kasih kepada pengadil yang terpaksa menamatkan perlawanan lebih awal untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.



Aku mengharapkan sorakan penyokong Kelantan akan bergema dalam stadium ketika detik-detik wisel penamat ditiupkan. Tetapi jangkaan aku meleset, mungkin disebabkan kekecohan antara kedua-dua penyokong sehingga penyokong Kelantan terpaksa menjarakkan dengan 'penonton-penonton' pasukan Perlis sehingga tidak dapat memberi sorakan di akhir-akhir perlawanan. Tahniah penyokong Kelantan.

Tapi yang jelas, penonton Perlis lebih ramai berbanding Kelantan tetapi penyokong-penyokong Kelantan lebih ramai berbanding Perlis. Orang Perlis datang stadium tengok bola macam tengok wayang. Tahniah penyokong Kelantan kerana mengajar orang Perlis macam mana hendak menjadi penyokong bola sepak. Ayuh rakyat Kelantan, kita penuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7hb November ini. Sama-samalah kita menyokong pasukan kesayangan kita dan jagalah disiplin apabila kita berada di stadium nanti.

GOMO KELATE GOMO!


Comments :

have 0 comments at “TAHNIAH THE RED WARRIORS!”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB