NOSTALGIA 1970 ketika sang Kijang berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia kembali menggamit memori seluruh masyarakat di Kelantan.
DARI kanan, Nik Sazali Nik Jaafar, Nik Salleh Nik Man, Mahadi Yusof, Afendi Yusof, Wan Hasan Wan Ibrahim dan Husein Idris menunjukkan gambar skuad Kelantan pada 1970 di Kota Bharu semalam.
Ketika skuad mereka kini sedang bersiap sedia untuk turun menentang Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu ini, ada pesanan penting daripada 'orang-orang lama'.
Bermain dengan penuh semangat, kawal emosi dan sempurnakan peluang yang ada.
Itu pesanan daripada Mahadi Yusof, 64, bekas pemain tengah Kelantan yang membarisi skuad gemilang Kelantan yang layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 1970 sebelum tewas kepada Perak 0-2.
Menurutnya, pasukan Kelantan kini memiliki segala kelebihan terutama dari segi sokongan peminat yang yang pastikan akan bersama-sama membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.
"Kami pernah memiliki peluang untuk membawa pulang Piala Malaysia suatu ketika dulu namun, nasib tidak menyebelahi kami.
"Kali ini, harapan kami kembali mekar untuk melihat piala tersebut pulang ke Kota Bharu walaupun, tugasnya bukan lagi digalas di bahu kami," katanya ketika ditemui semalam.
Tambahnya, ini adalah peluang terbaik Kelantan dengan dibarisi adunan bintang-bintang berpengalaman dan pemain muda yang semakin meningkat naik.
Jelasnya, kekuatan yang ada terutama barisan serangan yang pantas mungkin akan memberi kelebihan kepada Kelantan untuk dinobatkan juara Piala Malaysia musim 2009.
Sementara itu, bagi bekas penjaga gol skuad 1970, Nik Sazali Nik Jaafar, 60, kekecewaan ketika gagal merebut piala berprestij tanah air kira-kira 39 tahun yang lalu kembali terubat.
Katanya, beliau yakin pemain-pemain Kelantan yang ada kini mampu untuk merealisasikan impian seluruh rakyat Kelantan yang terbuku sekian lama.
"Hampir 40 tahun kami menunggu detik ini dan syukur ian muncul sekali lagi. Kali ini dan buat pertama kalinya saya ingin melihat piala ini (Piala Malaysia) ke Kelantan.
"Kita tidak mahu pasukan Kelantan sekadar layak ke peringkat akhir tetapi, biar ia menjadi sejarah kepada Kelantan," jelasnya
Dalam pada itu, beliau menasihatkan penjaga gol Kelantan, Halim Napi supaya dapat mengawal emosi serta beraksi dengan baik.
"Halim seorang pemain yang bagus, dia punyai segala kriteria untuk menjadi penjaga gol yang terbaik pernah dimiliki Kelantan dan ini adalah saat untuk dia mencipta sejarah.
"Dia perlu lebih tenang dan jangan terikut-ikut rentak penyokong serta perlu lebih fokus untuk memastikan kejayaan pasukan," ujarnya.
Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M
4 tahun yang lalu
Comments :
Catat Ulasan
Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.