KELANTAN TETAP WARNAI LIGA M

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my

KOTA BHARU - Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa semalam menafikan laporan Kelantan telah hilang kelayakan beraksi dalam Liga Malaysia musim depan.



jadi rebutan... Penyokong-penyokong Kelantan berpusu-pusu mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia yang dijual di Stadium Sultan Muhammed IV dekat Kota Bharu, semalam. - Utusan/ Rosni Masri

Beliau, sebaliknya menegaskan, skuad Kijang akan hadir mewarnai bola sepak tanah air musim 2010 dengan pasukan yang lebih kuat untuk mengejar gelaran treble.

Menurut Annuar, beliau telah menemui Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad untuk memaklumkan mengenai kedudukan sebenar KAFA dan kemampuan kewangannya, kelmarin.

"Mengenai Kelantan tidak layak, saya rasa bolehlah dirujuk balik kepada FAM. Kita tidak termasuk di dalam senarai itu kerana kita bukan sahaja akan menyertainya malah tampil dengan pasukan yang lebih kuat.

"Saya tahu ada sedikit masalah teknikal berkaitan hutang lama KAFA sebelum saya menjawat jawatan ini namun pastinya musim depan kita akan beraksi," tegasnya.

Annuar bercakap kepada pemberita selepas majlis ringkas penyampaian bonus, semalam berjumlah RM66,000 kepada pemain Kelantan atas kejayaan layaki ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada 7 November ini.

Semalam, media melaporkan, Kelantan antara pasukan yang hilang kelayakan kerana tidak memenuhi syarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT).

Kelantan dikatakan belum menyelesaikan masalah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pembayaran gaji pemain.

Annuar berkata, masalah yang berlaku adalah ekoran aduan beberapa pemain lama Kelantan berhubung pembayaran gaji mereka.

Katanya, ia adalah hutang lama sebelum beliau menjadi Presiden.

Katanya, Majlis KAFA telah memutuskan bahawa semua hutang persatuan terhadap pemain bermula 2005 akan dilangsaikan.

"Itu adalah hutang tujuh atau lapan tahun lalu tetapi KAFA hanya akan jelaskan hutang yang ada bermula tahun 2005 hingga sekarang.

"Bagaimanapun, setiap wang yang KAFA ada sekarang saya akan gunakan untuk jaga kebajikan pemain sekarang terlebih dahulu kerana sumber kita terhad," jelasnya.

Tambahnya, sekiranya masalah itu masih menjadi alasan untuk Kelantan tidak layak, Annuar akan menggunakan wangnya sendiri untuk membayar setiap hutang yang ada.

Lain-lain berita...

Stadium Nasional kelebihan buat Kelantan

KOTA BHARU - Stadium Nasional Bukit Jalil akan dimerahkan dengan warna merah lebih 60,000 para penyokong Kelantan ketika skuad Kijang beraksi dalam usaha membawa pulang Piala Malaysia Sabtu ini.

Bagi Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Anuar Musa, selaku tuan rumah dalam perlawanan itu, beliau mahu stadium itu bertukar sebagai 'Stadium Nasional Darulnaim'.

Menurut beliau, Kelantan akan mempunyai kelebihan dalam perlawanan itu nanti kerana ia adalah gelanggang kedua mereka ketika Kelantan tidak dibenarkan menjadi tuan rumah ekoran insiden rusuhan di luar stadium pada 7 April lalu.

Insiden yang menjadi sebahagian daripada titik hitam itu berlaku ketika kelantan menentang Negeri Sembilan semasa separuh akhir pertama Piala FA.

"Bukan sahaja bermain lima perlawanan di sana malah perlawanan akhir Piala FA juga kita beraksi di gelanggang itu.

"Malah dalam perlawanan akhir nanti, kita sebagai tuan rumah dan akan menggunakan jersi utama kita oleh itu saya melihat ini adalah satu kelebihan kepada kita," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Anuar berkata, dengan sokongan lebih 60,000 penyokong, ia pasti mampu membakar semangat pemain untuk menunjukkan yang terbaik dan mencipta sejarah buat bola sepak Kelantan.

Justeru tegasnya, pemain perlulah melengkapkan diri mereka dan fokus terhadap perlawanan itu nanti sama ada dari segi fizikal atau pun mental.

"Ini adalah peluang yang jarang sekali ada untuk pasukan Kelantan malah kali terakhir kita ke perlawanan akhir adalah pada tahun 1970," ujarnya.

Tambahnya, semangat dan keazaman untuk memburu kemenangan dalam diri pemain sepatutnya sama dengan aksi mereka di Kota Bharu kerana Stadium Nasional telah menjadi 'rumah kedua mereka'.

"Biarlah kita bermain dengan penuh rasa bangga. Bangga dengan pasukan kita, bangga terhadap negeri kita dan berusaha mencatat sejarah," tambah Anuar.



Comments :

have 0 comments at “KELANTAN TETAP WARNAI LIGA M”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB