KELANTAN MAHU AKHIRI KEMARAU

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Oleh KHAIRI MOHAMAD
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my

IMPIAN Kelantan untuk melayakkan diri ke final Piala Malaysia sudah tertunai.

Lebih manis, impian beraksi di pentas piala berprestij tersebut berjaya dicapai selepas penantian selama 39 tahun.




BARISAN pemain dan pegawai skuad Kelantan meraikan kejayaan mara ke final Piala Malaysia. Kelantan menewaskan Perlis 3-1 pada separuh akhir kedua di Kangar kelmarin.

Untuk rekod, Kelantan tidak pernah menjuarai Piala Malaysia selepas kali terakhir mara ke pentas final pada edisi 1970.

Bagaimanapun, skuad Wira Merah itu menamatkan penantian penyokong setia mereka apabila membenam Perlis 3-1 pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Utama Negeri, Kangar kelmarin.

Kemenangan itu menyaksikan Kelantan yang dibimbing bekas jurulatih skuad kebangsaan, B. Sathianathan mara ke final dengan agregat 5-1.

Bagi Sathianathan, apa yang dirancangnya bersama para pemain sebelum perlawanan akhirnya diterjemahkan dengan kemenangan yang begitu bermakna.

Menurutnya, pemainnya beraksi dengan baik dan mengikut segala arahan serta perancangan yang dibuatnya sehingga berjaya membenam cabaran bekas juara edisi 2002 itu.

"Tiada apa yang saya mampu ucapkan, itu adalah kemenangan hasil kerja keras pemain dan mereka cukup bagus. Saya sangat-sangat berpuas hati.

"Ini adalah aksi terbaik yang ditunjukkan para pemain sejak saya mengambil alih pasukan ini lebih sebulan lalu dan mereka tahu apa yang saya mahu," kata Sathianathan ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambahnya, tanpa kehadiran beberapa pemain utama, barisan pemain lain mampu membuktikan kualiti yang ada pada mereka untuk mencipta kemenangan.

"Saya jangka kita layak tetapi bukan dengan agregat 5-1 dan pemain telah buktikan mereka berada pada kelas tersendiri dan bukan- nya faktor nasib.

"Norfarhan (Mohamad) beraksi baik. Namanya ada dalam senarai saya antara pemain yang akan menjaringkan gol dan dia telah memberi- kan lebih daripada itu," ujarnya.

Pada aksi kelmarin, Norfarhan meledak hatrik masing-masing pada minit ke-26, 53 dan 87 sementara gol tunggal Perlis dijaringkan oleh Mohd. Firdaus (70).

Sathianathan menambah, barisan pemainnya tetap mampu menampilkan aksi terbaik sekalipun tanpa kehadiran ayam tambatan mereka, Indra Putra Mahayuddin.

"Indra adalah pemain yang istimewa, sukar untuk kita mencari pemain sebaiknya tetapi bola sepak adalah kerja berpasukan," jelasnya.

Lain-lain berita...

EPISOD GEMBIRA BERTUKAR DUKA


SABRI menunjukkan cermin belakang keretanya yang pecah akibat dilontar dengan batu oleh para penyokong pasukan Perlis di Kangar kelmarin.

HAJAT para penyokong Kelantan ke Stadium Utama Negeri, Kangar untuk memberi sokongan serta meraikan kejayaan pasukan kesayangan mereka mara ke final Piala Malaysia bertukar menjadi peristiwa hitam.

Kegembiraan mereka seakan-akan telah disentap oleh segelintir penyokong Perlis yang tidak berpuas hati ekoran kekalahan skuad Singa Utara itu.

Insiden membaling objek dan mercun bukan sahaja berlaku di dalam stadium, malah ia turut berlarutan sehingga ke luar stadium.

Keadaan tersebut menyebabkan beberapa penyokong Kelantan didakwa mengalami kecederaan selain berpuluh- puluh buah kereta dan rosak teruk.

"Pihak berkuasa sepatutnya bertindak pantas menyuraikan keadaan sebelum keadaan bertambah teruk terutama ketika para penyokong Perlis mula berkumpul dan membaling objek," kata seorang penyokong Kelantan, Ilyas Abdullah, 18.

Sementara itu, seorang lagi penyokong Kelantan, Mohd. Sabri Rauf, 20, menceritakan detik cemas selepas kenderaannya dibaling batu dan objek keras dipercayai oleh penyokong Perlis.

"Keadaan ketika itu begitu cemas, kereta yang saya naiki dihujani batu menyebabkan cermin belakang pecah serta beberapa bahagian kereta kemek dan saya bersama rakan- rakan lain berada dalam ketakutan," dakwanya.

Sabri berkata, dia yang memandu kereta jenis Nissan Sentra bersama berpuluh-puluh kenderaan termasuk bas yang membawa pemain dan penyokong Kelantan terpaksa diiringi oleh pihak polis untuk keluar dari stadium sejurus perlawanan tamat.

"Ketika kereta yang saya pandu keluar dari stadium saya bersama tiga lagi rakan terkejut apabila terdengar bunyi yang kuat pada bumbung kereta akibat dibaling batu.

"Selepas beberapa minit, kami sekali lagi terkejut apabila cermin belakang kereta saya berderai terkena balingan batu sehingga masuk ke bahagian tempat duduk bela- kang," katanya.

Seorang lagi penyokong setia Kelantan, Suib Abdullah, 26, memberitahu, pergaduhan tercetus sebelum perlawanan berlangsung lagi.

Dakwanya, ia berlaku apabila kedua-dua penyokong berperang mulut sebelum insiden membaling objek termasuk mercun.



Comments :

have 0 comments at “KELANTAN MAHU AKHIRI KEMARAU”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB