Oleh Bazly Azmi
bazly@hmetro.com.my
JURULATIH Kelantan, B Sathianathan yakin pasukannya bakal melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia selepas membayangkan bukan mudah untuk KL Plus FC menang di Kota Bharu pada aksi timbal balik suku akhir, Sabtu ini.
Keyakinan pengendali baru skuad Red Worrior itu hadir selepas anak buahnya seri 1-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi, sekali gus meraih bekalan berharga untuk ke Stadium Sultan Mohammad IV.
“Keputusan ini memberikan kelebihan kepada Kelantan untuk beraksi di tempat sendiri bagi perlawanan kedua, nanti. Saya fikir, pemain mempamer kesungguhan terbaik sekalipun diganggu padang basah.
“Kesungguhan pemain, sokongan peminat setia Kelantan dan prestasi memuncak menjadi adunan terbaik untuk menghalang KL Plus menang di Kota Bharu,” kata Sathia selepas perlawanan itu.
Bagaimanapun, ancaman itu tidak menggentarkan jurulatih KL Plus, Mat Zan Mat Aris, sekalipun prestasi Kelantan makin meningkat sejak muncul pasukan pertama layak ke suku akhir.
“Kami tidak takut beraksi di Kota Bharu sekalipun sedar pertemuan di sana sentiasa sukar. Saya akui kecewa kerana kami gagal menang di tempat sendiri, namun perjuangan masih belum berakhir,” katanya.
Kelantan, naib juara Piala FA, mendominasi perlawanan dan meledak gol pembukaan menerusi pemain tonggak, Indra Putra Mahayuddin menerusi rembatan padu luar kotak penalti pada minit ke-14.
Tersentak gol pelawat, KL Plus menggandakan asakan dan meraih jaringan penyamaan pada minit ke-30 apabila penjaring terbanyak mereka, Mohd Fadzli Saari melepasi perangkap ofsaid untuk menewaskan Halim Napi, yang sudah terkeluar daripada posisi.
Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M
4 tahun yang lalu
Comments :
Catat Ulasan
Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.