KOTA BHARU - Beraksi di tempat lawan, pasukan Red Warrior’s menerima kekalahan pertama ketika bertemu Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Star, 0-1, kelmarin sekali gus menamatkan rekod menang tanpa kalah pasukan Ke-lantan sebelum ini.
Pasukan Kenari berjaya merebut 1 mata dalam perlawanan tersebut menerusi jaringan pemain harapan Kedah, Mohd Sabree Abu pada minit ke 45 sekali gus selesa berada di tangga kedua kumpulan E dengan 7 mata terkum-pul.
Dalam perlawanan sebelum ini Kelantan berjaya menewaskan pasukan Hi-jau Kuning, 1-0, menerusi jaringan Indra Putra Mahayuddin pada babak kedua, minit ke-49 di Stadium Sultan Muham-mad ke-1V.
Walau tewas di tangan Kedah, pasukan Kelantan masih lagi mengekalkan kedudukan di tangga teratas kumpulan E dengan 12 mata terkumpul.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Ke-lantan, Azman Ibrahim berkata, kemenangan Ke-dah hanya bergantung kepada nasib.
“Perlawanan kelmarin kami telah menurunkan kesemua barisan pemain simpanan pasukan Kelan-tan. Dengan peluang tersebut setakat ini kami berjaya mengesan beberapa pemain yang telah menun-jukkan peningkatan dari segi prestasi.
“Sathia nampak ada peningkatan prestasi pemain lebih-lebih lagi kebanyakan pemain lama tak di beri peluang untuk beraksi sepenuh masa,” katanya.
Setelah dinilai tahap prestasi permainan dalam perlawanan kelmarin, peningkatan prestasi barisan pemain simpanan Kelantan yang diketuai oleh Khairan Eroza Razali tidak banyak berbeza dengan prestasi kesebelas pemain utama.
“Walau tewas, 0-1, saya berpuas hati dengan permainan kelmarin selain dapat mengukur keupayaan kesemua pemain.
“Pada perlawanan tersebut, saya tak ukur tentang keputusan perlawanan tetapi saya mengukur dari segi tahap prestasi pemain yang lain. Rasanya mereka berjaya memberikan saingan yang sengit tanpa kehadiran pemain utama,” katanya.
Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M
4 tahun yang lalu
Comments :
Catat Ulasan
Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.