KELANTAN TONJOLKAN KEKUATAN SEBENAR

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BHARU - Pasukan Kelantan pulang gembira apabila berjaya menundukkan pasukan Pulau Pinang, 2-1, dalam perlawanan pertama Piala Malaysia 2009 di Stadium Bandaraya, kelmarin.

Red Warrior’s, berjaya mempamerkan aksi yang cemerlang pada peringkat kumpulan dan akan datang, pasukan ini bakal menundukkan pula skuad Kenari pada perlawanan kedua, Selasa ini.

Pertemuan dengan pasukan Kedah merupakan pertembungan kali ketiga sepanjang musim. Mengimbau rekod lalu dalam Liga Super, Kelantan berjaya menewaskan Kedah, 2-1 di Alor Star manakala Kedah berjaya menebus kekecewaan apabila menewaskan pasukan ini di tempat sendiri, 1-0.


Dalam perlawanan bertemu pasukan dari Pulau Mutiara, Indra Putra Mahayuddin berjaya menyempurnakan gol pertama buat pasukan ini pada minit ke-61 menerusi sepakan penalti.

Manakala, Muhammad Khalid Jamlus muncul wira pada minit ke-73 apabila berjaya menyempurnakan gol kemenangan buat pasukan ini.

Bagi skuad Kedah di bawah kendalian Azraai Khor Abdullah, tentunya tertekan apabila gagal mencari kemenangan sulung setelah hanya mampu seri, 1-1, dengan pasukan ATM pada perlawanan kelmarin.

Nyata kepantasan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menyelesaikan masalah jurulatih dengan melantik B. Sathianathan, selaku ketua jurulatih Kelantan memberikan semangat dan azam yang baru buat pemain pasukan ini untuk menjulang Piala Malaysia 2009.

Sumber:Sinar Harian

Comments :

have 0 comments at “KELANTAN TONJOLKAN KEKUATAN SEBENAR”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB