KELANTAN KEKAL TAKTIK MENYERANG

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BHARU - Kelantan akan terus mengekalkan taktik menyerang bagi menempuh saingan Piala Malaysia malam ini biarpun bos kem latihan pasukan tersebut telah bertukar tangan.

Jurulatih baru skuad Cik Siti Wan Kembang itu, B. Sathianathan berkata, beliau akan terus mengekalkan taktik tersebut bagi menghadapi perlawanan sulungnya menentang Pulau Pinang di Stadium Batu Kawan.

Katanya, formasi dan taktik pasukan tersebut tidak akan banyak diubah bagi memberikan keselesaan dan kelebihan kepada pemain untuk mendapatkan gol seterusnya mencatatkan kemenangan.


"Secara taktikal saya akan memperkemaskan barisan pertahanan yang terdiri daripada pemain baru dan lama yang mempunyai pengalaman luas.

"Semua pemain nampak bersemangat untuk bermain dan memenangi perlawanan pertama ini cuma nasihat saya, jangan pandang rendah pada pasukan lawan, tetap perlu berhati-hati," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bagi bekas jurulatih kebangsaan itu, pertemuan dengan skuad Harimau Kumbang bukan satu perkara yang mudah kerana mereka memiliki rekod yang baik apabila berjaya menewaskan Selangor, Perlis dan Kuala Muda Naza baru-baru ini.

Harapan penyokong untuk pasukan itu mencipta kejayaan sememangnya tinggi terutama sekali taktik menyerang yang menjadi senjata utama Butler sebelum ini berjaya membawa Wira Merah ke perlawanan akhir Piala FA sebelum tewas kepada Selangor.

Sumber: Utusan Malaysia

Comments :

have 0 comments at “KELANTAN KEKAL TAKTIK MENYERANG”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB