Oleh Betty Subaryati
bhsukan@bharian.com.my
ZAHARI (kiri) bersama peguamnya, Mohd Zubairi menfailkan saman terhadap Kafa di Mahkamah Kota Bharu, semalam.
SEORANG tukang urut menfailkan saman terhadap Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) ekoran kegagalan persatuan itu membayar baki elaun bulanannya berjumlah RM8,100 ketika berkhidmat untuk skuad Kelantan sepanjang musim 2002.
Tukang urut, Mohamed Zahari Sulong, 59, selaku plaintif, menfailkan saman itu menerusi peguamnya, Mohd Zubairi Salleh dan Mohd Rafizi Abdullah, di pejabat Pendaftar Mahkamah Kota Bharu kira-kira jam 10.15 pagi, semalam.
Berdasarkan tuntutan, Mohamed Zahari dari Lot 194, Kg Kijang, Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini, mendakwa dilantik Kafa sebagai tukang urut pasukan dengan elaun bulanan RM1,200 mulai 1 Januari 2002 hingga tamat pertandingan musim itu.
Namun, sehingga kes difailkan semalam, Kafa selaku defendan belum menjelaskan baki elaun berjumlah RM8,100 walaupun plaintif berulang kali menuntut agar tunggakan itu dijelaskan.
Keengganan Kafa melayan tuntutan plaintif sejak 2002 hingga kini, menyebabkan mangsa mengalami kesusahan dari segi kewangan dan mental. Plaintif terpaksa berulang alik ke pejabat Kafa dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menuntut tunggakan elaun itu, namun usaha selama tujuh tahun itu diabaikan defendan.
Tuntutan elaun itu turut dirujuk kepada FAM yang mengarahkan Kafa membayar tunggakan terbabit sebelum 15 Ogos 2008, tetapi Kafa masih gagal atau cuai mematuhi arahan FAM. Malah, notis tuntutan bertarikh 28 Julai 2009 yang dihantar peguam plaintif kepada defendan juga tidak dilayan.
Ketika ditemui pemberita selepas menfailkan saman itu, Mohamed Zahari berkata, secara keseluruhannya, elaun beliau untuk musim 2002 berjumlah RM11,300.
“Bagaimanapun, Kafa hanya membayar RM3,600, manakala bakinya RM8,100 tidak dibayar sehingga kini. Walaupun puas merayu untuk menuntut tunggakan itu, sehingga kini mereka belum membayarnya,” katanya.
Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M
4 tahun yang lalu
Kita harap agar masalah ini dapat diselesaikan dengan baik atau dengan kata lain "win-win situation" dan ambo yakin pihak KAFA dapat menyelesaikanya secara profesional.
Salam tuan...buleh dok ambo tahu cara nak hubungi en mohamed zahari ni?lamo doh xjmp...sedap gi ngurut dgn dia..kadang2 xurut pun, pusing2 gitu jah kaki, beres slaluh..kalu untuk terseliuh kaki la...harap tuan dapat bantu..tq.