Oleh Ismail Muhamad
bhsukan@bharian.com.my
SALAH satu aksi terbaru menentang Kedah yang dibenarkan berlangsung di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kota Bharu yang sebelum ini digantung angkara rusuhan penyokong.
Beli pemain baru hadapi Piala Malaysia
KELANTAN sedang mengintai dua atau tiga pemain baru bagi memperkuatkan barisan pertahanan dan tengah dalam mengharungi cabaran Piala Malaysia, yang akan bermula September ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim, berkata usaha sedang dilakukan bagi mendapatkan pemain secara pinjam daripada kelab tempatan untuk memantapkan lagi kedua-dua posisi itu.
Katanya, faktor kecederaan pemain ketika saingan pada penghujung Liga Super, menyebabkan The Red Warriors memerlukan beberapa pemain baru bagi menguatkan cabaran dalam kempen Piala Malaysia nanti.
"Calon yang berkaliber sedang dikenal pasti dan urusan berkaitan sedang dilakukan pengurusan pasukan. Kami mempunyai masa yang cukup bagi memantapkan pasukan," katanya.
Azman berkata, kedudukan tempat keenam dalam saingan Liga Super sebenarnya sudah melepasi sasaran awal yang ditetapkan pengurusan pasukan Kelantan.
"Kami menganggap kedudukan tempat keenam itu adalah terbaik selepas mengambil kira faktor kegagalan pemain memberi tumpuan kerana Kelantan terlepas beberapa peluang beraksi di gelanggang sendiri berikutan insiden rusuhan penyokong di Kota Bharu," katanya.
Beliau berkata, persembahan yang tidak konsisten pasukan pada penghujung liga ketika kembali beraksi di Kota Bharu, tidak banyak membantu mengekalkan momentum kecemerlangan untuk terus kekal berada di kelompok keempat terbaik.
"Saya yakin dengan persiapan awal dilakukan termasuk menambah dua atau tiga pemain baru yang akan dipinjamkan dari kelab tempatan itu, ia mampu membantu kemantapan barisan sedia ada," katanya.
Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M
4 tahun yang lalu
Berita pertama tentang bola sepak kelate.Pasni kawe akan 'post' berita2 terkini untuk saingan Piala Malaysia.