Majlis Makan Malam Bersama Skuad The Red Warrior's 2010

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda


Bayaran RM40 seorang, sila hubungi Azra Mohd Zain 012-2964811 & Rosdi Hasan 013-2681858 untuk keterangan lanjut, tempat adalah terhad.

Pakaian rasmi "batik Merah", jika tiada "batik Merah" pakai pakaian berwarna merah.

Persembahan berkonsep kebudayaan Kelantan.

Aturcara majlis :


07.30pm : Ketibaan Tetamu & Para Jemputan Pemain Kelantan FA

08.00pm : Ketibaan Tetamu Kehormat, Pemain Kelantan FA dan Y.Bhg. Presiden KAFA

08.15pm : Bacaan Doa & Nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan lagu ‘Selamat Sultan’

08.30pm : Ucapan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan

08.45pm : Ucapan Y.Bhg Presiden KAFA

09.15pm : Makan Malam diiringi persembahan artis jemputan

09.45pm : Cabutan Bertuah – Pusingan Pertama

09.50pm : Persembahan artis jemputan diteruskan

10.15pm : Cabutan Bertuah – Pusingan Kedua

10.30pm : Sessi bergambar & tandatangan bersama Pemain Kelantan FA

11.00pm : Majlis Tamat dan bersurai

Read More......Majlis Makan Malam Bersama Skuad The Red Warrior's 2010

Perlawanan Persahabatan

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda




Read More......Perlawanan Persahabatan

Yes sir! Baik bos!

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

from Di Sebalik Realiti...(?) by semut api

Panggilan ‘Bos’ kepada ketua sebenarnya tidak menunjukkan rasa hormat kepada individu berkenaan sebaliknya ia amalan kurang sopan yang bertentangan dengan budaya Melayu.

Penasihat Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM) Prof Emeritus Abdullah Hassan berkata, “Panggilan bos adalah perkataan main-main yang sebenarnya tiada langsung erti hormat seperti yang digunakan dalam lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee untuk bergurau dengan ketuanya,”


Beliau mengulas perkara itu kerana penggunaannya kini semakin meluas dan digunakan pelbagai golongan termasuk penjawat awam kepada ketua jabatan, wakil rakyat, malah kepada menteri sejak akhir-akhir ini.

Menurutnya, lebih manis atau berbudi bahasa sekiranya panggilan itu ditukarkan dengan menggunakan panggilan Tuan untuk ketua lelaki atau Puan untuk wanita.


Read More......Yes sir! Baik bos!

Jawatan Kosong : Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Pasir Tumboh

Nama Jawatan : Pemandu / Operator Jentera Pemunggah (R3)

Keterangan Kekosongan : Pemandu Lori

Status Jawatan Kosong : Tetap

Berminat hubungi En. Mohd Ali Bin Noordin ditalian 09-7651866/ 019-3620916 untuk temuduga

Tarikh Tutup Permohonan : 08 Ogos 2010



Sumber : JobsMalaysia

Read More......Jawatan Kosong : Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

Jawatan Kosong : Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Nama Jawatan :
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) (DG41)

Keterangan Kekosongan :
1. Guru Sejarah
2. Guru Geografi

Kelayakan Ijazah Sejarah / Ijazah Geografi.

Status Jawatan Kosong : Tetap

Hubungi talian 09-9467884/013-9271546 (Pn. Nik Zainun) untuk temujanji temuduga

Tarikh Tutup Permohonan : 11 Julai 2010



Sumber : JobsMalaysia

Read More......Jawatan Kosong : Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

Jawatan Kosong : Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PPLRNK)

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Nama Jawatan :
1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29)

Keterangan Kekosongan :
Diploma Sains Komputer atau setaraf.

Nama Jawatan :
2. Pegawai Perhubungan Awam (S41)

Keterangan Kekosongan :
Ijazah Corporate Comunication atau setaraf.




Hubungi majikan Ketua Eksekutif ditalian 09-7413181 untuk temuduga dengan segera.

Status Jawatan Kosong : Tetap

Laman Web : http://www.pplrnk.gov.my/

Tarikh Tutup Permohonan :
05 Julai 2010

Sumber : Jobs Malaysia

Read More......Jawatan Kosong : Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PPLRNK)

Jawatan Kosong : Universiti Sains Malaysia (USM)

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Sukacita dimaklumkan Iklan Jawatan Kosong di USM bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan akan dibuka mulai 20 Jun 2010 hingga 04 Julai 2010.


Kampus Kesihatan :-
1. Ahli Fotografi B17
2. Atenden Kesihatan U3
3. Guru Bahasa DG41
4. Jurupulih Perubatan U29
5. Jururawat Pergigian U29
6. Juruteknik J17 (Elektrik & Elektronik)
7. Juruteknik J17 (Awam)
8. Juruteknik J17 (Mekanikal)
9. Juruteknik Komputer FT17
10. Juruteknologi Makmal Perubatan U29
11. Juruteknologi Pergigian U29
12. Pegawai Farmasi U41
13. Pegawai Hal Ehwal Islam S41
14. Pegawai Khidmat Pelanggan N17
15. Pegawai Pemulihan Perubatan U41
16. Pegawai Penyelidik Q41/Q43/Q47/Q51/Q53
17. Pegawai Pergigian U41
18. Pegawai Psikologi S41
19. Pegawai Tadbir N41
20. Pegawai Veterinar G41
21. Pekerja Awam R1
22. Pemandu Kenderaan R3
23. Pembantu Akauntan W17
24. Pembantu Keselamatan KP17
25. Pembantu Kesihatan Awam U17
26. Pembantu Pembedahan Pergigian U17
27. Pembantu Penerbitan N17
28. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
29. Pembantu Tadbir (Pekeranian/Operasi) N17
30. Pengawal Keselamatan KP11
31. Pengurus Asrama N41
32. Penolong Juruukur Bahan J29
33. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
34. Penolong Pegawai Penerangan S27
35. Penolong Pegawai Perpustakaan S27
36. Penolong Pegawai Tadbir N27
37. Pereka B27



Institut Perubatan & Pergigian Termaju :-
1. Atenden Kesihatan U3
2. Juru X-Ray U41
3. Pegawai Penyelidik Q41/Q43/Q47/Q51/Q53
4. Pegawai Perubatan UD47
5. Pegawai Perubatan UD51
6. Pegawai Perubatan UD53
7. Pegawai Sains C41
8. Pegawai Veterinar G41
9. Pembantu Keselamatan KP17
10. Pembantu Perpustakaan S17
11. Pengawal Keselamatan KP11
12. Penjaga Jentera Elektrik R17

Kampus Kejuruteraan :-
1. Juruteknik J17 (Elektrik & Elektronik)
2. Juruteknik J17 Mekanikal/Elektrik/Kimia/Awam
3. Juruteknik J17 Kimia
4. Juruteknik J17 Komputer/Elektronik Komputer
5. Pegawai Penyelidik Q41/Q43/Q47/Q51/Q53
6. Pegawai Pergigian U41
7. Pegawai Perubatan UD41
8. Pemandu Kenderaan R3
9. Pembantu Pembedahan Pergigian U17
10. Pembantu Pertanian G17
11. Penolong Pegawai Perpustakaan S27
12. Penolong Pegawai Perubatan U29
13. Penyelia Asrama N17

Kampus Induk :-
1. Ahli Fotografi B17
2. Artis Budaya B27
3. Artis Budaya B27
4. Artis Budaya B31
5. Atenden Kesihatan U3
6. Jurupulih Perubatan U29
7. Jururawat U29
8. Juruteknik J17 Elektrik/elektronik
9. Juruteknik J17 Automotif/Elektrik & Elektronik
10. Juruteknik J17
11. Juruteknik Komputer FT17
12. Pegawai Farmasi U41
13. Pegawai Hal Ehwal Islam S41
14. Pegawai Kebudayaan B41
15. Pegawai Keselamatan KP41
16. Pegawai Penerbitan N41
17. Pegawai Penyelidik Q41/Q43/Q47/Q51/Q53 Sains Komputer
18. Pegawai Penyelidik Q41/Q43/Q47/Q51/Q53 Sains Komputer/Fizik
19. Pegawai Penyelidik Q41/Q43/Q47/Q51/Q53 Kejuruteraan Komputer
20. Pegawai Penyelidik Q41/Q43/Q47/Q51/Q53 Kejuruteraan Awam/Teknologi Maklumat
21. Pegawai Penyelidik Q41/Q43/Q47/Q51/Q53 Fisiologi/ Farmakologi/ Social Adminstrative Pharmacy
22. Pegawai Penyelidik Q41/Q43/Q47/Q51/Q53 Fisiologi/Farmakologi
23. Pegawai Penyelidik Q41/Q43/Q47/Q51/Q53 Komposit
24. Pegawai Penyelidik Q41/Q43/Q47/Q51/Q53 Kejuruteraan Kimia/ Kimia
25. Pegawai Penyelidik Q41/Q43/Q47/Q51/Q53 Statistic/Industrial Statistic
26. Pegawai Penyelidik Q41/Q43/Q47/Q51/Q53 Sains Hayat
27. Pegawai Penyelidik Q41/Q43/Q47/Q51/Q53
28. Pegawai Penyelidik Sosial N41
29. Pegawai Penyelidik Sosial N41 Sains Sosial/Kerja Sosial dengan latar belakang HIV/AIDS
30. Pegawai Pergigian U41
31. Pegawai Sains C41 Geologi/Kimia
32. Pegawai Sains C41 Biologi
33. Pegawai Sains C41
34. Pegawai Tadbir N41
35. Pegawai Teknologi Maklumat F41
36. Pekerja Awam R1
37. Pemandu Kenderaan R3
38. Pembantu Akauntan W17
39. Pembantu Belia Dan Sukan S17
40. Pembantu Keselamatan KP17
41. Pembantu Laut A17
42. Pembantu Muzium S17
43. Pembantu Pembedahan Pergigian U17
44. Pembantu Perpustakaan S17
45. Pengawal Keselamatan KP11
46. Pengurus Asrama N41
47. Penjaga Jentera Elektrik R17
48. Penolong Akauntan W27
4. Penolong Juruaudit W27
50. Penolong Jurutera J29
51. Penolong Kurator S27
52. Penolong Pegawai Farmasi U29
53. Penolong Pegawai Penerbitan N27
54. Penolong Pegawai Perubatan U29
55. Penolong Pegawai Tadbir N27
56. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
57. Pereka B41
58. Pustakawan S41
59. Setiausaha Pejabat N27
60. Tukang K2 R11
61. Tukang K3 R9


Read More......Jawatan Kosong : Universiti Sains Malaysia (USM)

Beg Piala Dunia

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Ini adalah beg yang digunakan untuk membawa Piala Dunia dari jenama Louis Vuitton

















Read More......Beg Piala Dunia

Pekerja harap gaji naik walaupun gawat

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Kira-kira 47 peratus pekerja Malaysia menjangka kenaikan gaji antara 5.0 dan 10 peratus tahun ini walaupun ketika kegawatan kewangan, demikian menurut Laporan Kerja Dunia 2010 (WoWR).

Kaji selidik tahunan itu yang dilakukan Randstad, satu organisasi pengambilan pekerja dan perkhidmatan sumber manusia kedua terbesar di dunia, berkata harapan tinggi pekerja bagi mendapatkan pakej gaji dan ganjaran kewangan adalah cabaran yang dihadapi majikan.



Randstad, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan 92 peratus warga kerja Malaysia dan 83 peratus warga kerja Singapura menjangka menerima bonus tahun ini, manakala kira-kira 70 peratus daripada majikan yang ditinjau di Malaysia khuatir akan kehilangan kakitangan kepada pasaran-pasaran lain kerana prospek kerja di luar negara meningkat.

Pengurus Besar dan Pengarah Agensi Pekerjaan Randstad Sdn Bhd, Sahun Nadarajah berkata: "Penjenamaan adalah satu cara kukuh membentuk tenaga kerja bagi setiap organisasi.

"Jika pengalaman sebenar bekerja sepadan dengan nilai syarikat dan unjuran jenama majikan, pekerja akan lebih terangsang, lebih produktif dan lebih setia," katanya.

Kaji selidik itu juga mendedahkan bahawa 29 peratus pekerja Malaysia terangsang oleh fahaman kukuh mengenai bagaimana peranan masing-masing boleh menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi.

Kajian yang dibuat pada Februari, meninjau pendapat lebih 3,000 profesional sumber manusia, pengurus perniagaan dan ketua pegawai eksekutif di seluruh Rantau Asia Pasifik.

- Bernama

Cheni : Sesetengah pekerja beranggapan bahawa bukan peranan dia dalam mencari keuntungan syarikat. Pekerja sekarang harus diberi peranan bahawa jatuh bangun syarikat terletak dibahu mereka juga.

Read More......Pekerja harap gaji naik walaupun gawat

Tips bagaimana untuk berdepan dengan bos panas baran

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Tips 1: Bersangka baik dengan sikap panas barannya.

Biasanya bos yang panas baran ni dia orang yang "high expectation". Citarasanya tinggi. Dia agak cerewet.

Sepanas-panas baran dia tu, kat dalam hati dia sebenarnya baik, cuma cakapannya kekadang sedikit kasar kerana emosinya sensitif pada perubahan situasi di sekitar tempat kerja. Sebab tu asal ada saja yang tak kena, dia akan cepat melenting.


Untuk mengambil hati seorang bos yang panas baran, anda perlu mencapai ekspektasi yang dimahukannya. Anda kena tunjukkan dia kerajinan anda, professionalisma anda juga, kecekapan anda bekerja supaya dia sedar yang anda akan kelebihan tersendiri.

Berikan dia idea-idea bernas dari kepala anda. Beranikan diri memberi pendapat di kala rakan-rakan sekerja anda teragak-agak untuk mengutarakan pendapat mereka.

Stand out from the crowd! sikap panas baran tu jika dipandang dari sudut lain sebenarnya mendesak anda untuk memajukan diri sendiri supaya prestasi anda sama seperti prestasi cemerlangan yang dimahukan oleh bos anda.

Tips 2: Dalam dia marah-marah tu, mesti ada waktu untuk dia `cool' seketika.

Orang yang panas baran ni, hatinya tetap baik. Bawa dia bercerita pasal family, anak-anak, ahli keluarga dia, majlis-majlis tertentu, sukan rekreasi yang dia selalu main dan bawa dia bercerita tentang kisah hidupnya. Seorang bos akan merasa bangga apabila ada staff dia yang nak tahu cemana dia berjaya hingga dapat memegang jawatan sekarang ini.

Sudah tentu dia akan menceritakan pengalamannya dengan senang hati.

Bila dia sudah senang hati, mudahlah untuk anda berdepan dengannya bila-bila masa. Anda boleh dekati dia. Dia juga akan merasa selesa berdekatan dengan anda.

Tips 3: Bila bos anda marah anda, biarkan saja dia marah anda semarah yang dia boleh marah.

Orang panas baran ni dia ada perasaan sakit hati pada situasi-situasi tertentu dalam hidup. Semua perasaan sakit hati tu terkumpul lama dalam ingatannya. Makin lama makin menambah, makin membanyak. Mungkin dia ada masalah kewangan, masalah perhubungan atau 'simply' merasa tertekan dengan timbunan kerja.

Bila dia ada peluang untuk marah, dia akan lepas semua perasaan sakit hati yang terkumpul. Apabila anda berdepan dengan bos yang pemarah, panas baran dan cepat naik marah, biarkan saja dia marah selagi mana dia marah.

Beri dia peluang untuk lepas kesemua yang terbuku kejap di hatinya. Dia gunakan kemarahan pada anda sebagai cara untuk dia lepas geram. Elak untuk memberi apa-apa respon pada kemarahannya.

Lama kelamaan bila marahnya sudah reda, bila geramnya dah hilang 'power' dia akan menjadi seseorang yang amat baik.

Masa nilah anda boleh gunakan untuk mendekati dia. Pastikan suasana ketika itu sunyi, bebas dari apa jua gangguan. Beritahu bos anda yang anda faham dengan situasi-situasi sukar yang dihadapi olehnya. Pasti hatinya luluh dengan keikhlasan anda.

Bos anda akan menganggap anda seorang kakitangan yang boleh dipercayai. Selepas itu, setiap kali anda berdepan dengannya atau duduk berhampiran dengannya, anda akan merasa selesa – tak ada takut-takut atau segan-segan.

Setiap orang yang kena marah memang akan susah melupakan rasa kemarahan itu, melainkan kita anggap yang kita sedang memberi peluang kepada bos kita untuk melepaskan tekakan yang dah lama terbuku di hatinya, seperti yang dikatakan tadi.

Inilah cara untuk kita tahan kena marah. Bersangka baiklah dengan kemarahannya.


Email :

Read More......Tips bagaimana untuk berdepan dengan bos panas baran

Perkara-perkara yang perlu dipatuhi oleh calon semasa menghadiri temuduga

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

1. Mematuhi Etika Pakaian Yang Ditetapkan

Etika Pakaian Lelaki

* Berpakaian formal, sesuai dan kemas iaitu bertali leher, berseluar panjang dengan berbaju kemeja (tuck-in);
* Memakai kasut dan berstokin;
* Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan;
* Sandal/selipar tidak dibenarkan;

Rambut Lelaki

* Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju;
* Fesyen rambut tidak keterlaluan;
* Rambut tidak boleh diwarnakan.


Etika Pakaian Perempuan

* Berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata;
* Baju mesti berlengan panjang atau paras siku dan tidak ketat serta tidak menunjukkan bentuk tubuh badan;
* Solekan, aksesori dan pewangi secara sederhana;
* Sandal/selipar tidak dibenarkan;
* Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.

Rambut Perempuan

* Rambut tidak boleh diwarnakan;
* Fesyen rambut tidak keterlaluan.

2. Membawa Kad Pengenalan /MyKad

Calon diminta membawa kad pengenalan/ MyKad ATAU dokumen pengenalan diri lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

3. Membawa Pakaian/Peralatan Khas

Bagi program yang memerlukan ujian khas, calon diminta membawa pakaian/peralatan khas jika dinyatakan di dalam surat panggilan

4. Dokumen Asal

Anda dikehendaki membawa bersama dokumen asal seperti berikut :-

* Kad Pengenalan/MyKad Calon;
* Sijil STPM/Setaraf (Jika Berkaitan);
* Sijil SPM/Setaraf;
* Sijil Kelahiran Calon;
* Transkrip penuh akademik;
* Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan;
* Diploma/Sijil (Jika Ada); dan
* Akuan majikan (Jika Berkaitan);
* Sijil MUET;

5. Membawa Slip Menghadiri Temu Duga

* Calon diminta membawa Slip Menghadiri Temu Duga;
* Kegagalan membawa Slip Menghadiri Temu Duga boleh menyebabkan calon dihalang daripada menghadiri temu duga.

TIPS SEMASA TEMUDUGA

• Tiba ke tempat temuduga dengan awal
• Berpakaian Kemas
• Bersopan dalam komunikasi
• Pastikan anda menyebut nama panel dengan betul
• Jawab soalan dengan tenang dan yakin
• Sentiasa senyum dan kawal pergerakan mata
• Dengar dengan teliti soalan penemuduga
• Jawab soalan dengan jawapan yang ringkas,mudah tetapi padat
• Fokus pada kekuatan/kelebihan anda
• Bertanya soalan yang berkaitan
• Berterima kasih pada penemuduga


PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN

• Datang lewat ke tempat temuduga
• Berpakaian tidak sopan /menjolok mata / selekeh
• Terlupa membawa ‘resume’dan sijil-sijil berkaitan
• Menjawab dengan jawapan yang meleret
• Terlampau yakin
• Bertanya terlalu kerap mengenai isu gaji


KEBIASAANNYA MAJIKAN MENGHARAPKAN

• Boleh berkomunikasi dengan baik
• Berdikari dan boleh dipercayai
• Menepati masa
• Belajar untuk mengutamakan perkara yang penting
• Menunjukkan inisiatif yang tinggi
• Bersemangat dalam melaksanakan tugas
• Pemikiran kreatif dan kritis
• Terbuka menerima kritikan
• Mempunyai semangat 'teamwork'


Email : adeq_malaysia@yahoo.com



Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Perkara-perkara yang perlu dipatuhi oleh calon semasa menghadiri temuduga

Jaringan-jaringan cantik

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda



Demam Piala Dunia 2010 semakin hampir tiba, pertarungan yang mana akan menghimpunkan pasukan-pasukan dan pemain-pemain yang terbaik dunia. Mana yang menonton di depan kaca televisyen akan disajikan dengan permainan yang menghiburkan serta kemahiran individu. Diharap akan banyak jaringan-jaringan cantik dapat dihasilkan sepanjang pertarungan ini berlangsung.





Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Jaringan-jaringan cantik

Jersi pasukan Piala Dunia 2010

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda




ALGERIA












IVORY COST



KOREA SELATAN





PERANCIS










Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Jersi pasukan Piala Dunia 2010
Related Posts with Thumbnails

FB