PETALING JAYA: Bermula musim depan, pemain import akan kembali mewarnai arena bola sepak tanah air dan seorang daripada mereka mestilah dari negara Asean, demikian diputuskan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa berkata FAM secara dasarnya bersetuju dengan kemasukan kembali pemain import dalam liga tempatan dan keputusan muktamad akan dibuat dalam masa yang terdekat ini.
"Ini adalah bagi memberi peluang kepada pasukan negeri mencari pemain import terbaik dan bukannya tangkap muat pemain luar nanti," katanya kepada pemberita di Wisma FAM, Khamis.
Annuar berkata penggunaan khidmat pemain import diharapkan dapat memberi sumbangan dan pendedahan kepada pemain tempatan untuk beraksi lebih kompetitif.
"Saya harap pemain tempatan mampu bersaing dengan pemain asing untuk menunjukkan kualiti terbaik dan seterusnya menarik minat peminat bola sepak tempatan untuk meramaikan stadium seperti dahulu.
"Selain itu dari segi penyiaran, kita juga mahu menarik minat penonton Asean dan mempromosikan arena bola sepak negara," katanya.
FAM mula membenarkan khidmat pemain import beraksi dalam Liga Malaysia dengan pengenalan Liga Semi Pro pada 1989 sebelum menamatkan khidmat mereka bermula musim 2009.
Annuar berkata pada aksi Liga Malaysia musim depan, FAM akan mengurangkan perlawanan Liga Super dengan hanya 12 pasukan beraksi berbanding 14 sekarang.
Beliau berkata FAM sedang merancang melakukan rombakan Liga Malaysia dan dijangka mengambil masa selama tiga tahun untuk meningkatkan tahap bola sepak negara. - BERNAMA
Posted by
Cheni™
at
Sabtu, April 30, 2011
UALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Kelantan membuktikan keupayaannya apabila menewaskan Selangor 1-0 pada perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Baharu Selasa malam.
Dengan kejayaan itu pasukan bimbingan Datuk M.Karathu kini menduduki tangga ketiga liga dengan mengumpul 30 mata selepas 15 perlawanan.
Pasukan 'The Red Warriors' membuka jaringan seawal minit keempat menerusi tandukan Norshahrul Idlan Talaha.
Sementara itu, Terengganu menewaskan Sabah 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Terengganu yang menduduki tangga kedua liga dengan mengumpul 31 mata berjaya merapatkan jurang mata dengan Selangor iaitu satu mata di belakang pendahulu liga itu.
Dua gol Terengganu dijaringkan Abdul Hadi Yahya pada minit ke-61 dan Wan Mohd Aliff Wan Jasmi (minit ke-71).
Gol tunggal pasukan tuan rumah dijaringkan Sharul Azhar Ture pada minit ke-59.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Pasukan T-Team menewaskan Kedah 3-1.
Gol T-Team diperoleh melalui jaringan Indra Putra Mahayuddin pada minit kedua, Shamsul Kamal Mohamad (minit ke-83) dan Zairo Anuar Zailani (minit ke-92).
Gol saguhati Kedah dijaringkan oleh Badrol Bakhtiar pada minit ke-45.
Perak pula mencatat kemenangan besar apabila membelasah Kuala Lumpur 5-3 di Stadium Ipoh, Perak.
Gol Perak dijaringkan oleh Razali Umar Kandasamy seawal minit kedua, Ahmad Dashila Tajudin (gol sendiri) minit ke-34, Mohd Fazrul Hazli (minit ke-60), Mohd Shafiq Jamal (minit ke-66) dan Mohd Noor Hazrul (minit ke-86).
Tiga gol Kuala Lumpur di jaringkan See Kok Luen (minit ke-13), Ahmad Hazwan Bakri (minit ke-64) dan Khairul Anuar Shafie (minit ke-90).
Di Stadium Utama Negeri, Kangar , Pasukan tercorot Perlis tumpas 1-2 kepada Pahang.
Dua gol pelawat dijaringkan oleh Mohd Faizol Hussin pada minit ke-25 dan Famirul Asraf Sayuti (minit ke-81), manakala Perlis memperoleh gol tunggal melalui Mohd Rizal Mohd Ghazali (minit ke-70).
Di Stadium Shah Alam Harimau Muda A seri 1-1 dengan Negeri Sembilan.
Turut mencatat keputusaan seri ialah pasukan Felda United yang seri tanpa jaringan dengan Johor Fc pada perlawanan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
-- BERNAMA
Posted by
Cheni™
at
Rabu, April 27, 2011
Breaking news! Sejak kemenangan Malaysia sempena Piala AFF Suzuki, rezeki superstar bola Malaysia Safee Sali & Khairul Fahmi makin melimpah ruah. Terbaru, Safee Sali & Khairul Fahmi telah dilantik sebagai duta produk Tune Talk sempena sambutan 2 juta pelanggan, dan mereka akan melancarkan pertandingan futsal ‘Tune Talk National Futsal Championship’.
Pelancaran Tune Talk National Futsal Championship akan dirasmikan oleh CEO Tune Talk, Jason Lo bersama Safee Sali & Khairul Fahmi pada petang ini, dari jam 2.30 pm – 4.00pm di Rainforest Sports Bar @Pavilion KL.
Jom, kita serbu Pavilion. Untung nasib dapat jumpa dengan pemain bola kebanggaan Malaysia ini.
Cheni : Rezeki
Sumber : OHBULAN
Posted by
Cheni™
at
Isnin, April 25, 2011
KEMAMAN: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyambut baik cadangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membenarkan pemain import bermain untuk kelab dan persatuan bola sepak negeri tahun depan.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, cadangan itu dapat membantu menaikkan mutu dan tahap bola sepak negara di samping memberi peluang kepada peminat melihat suasana baru dalam dalam liga tempatan.
Cadangan ini baik kerana negara-negara jiran juga mempunyai pemain asing beraksi dalam liga masing-masing, katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan di peringkat akar umbi Parlimen Kemaman, di sini, Sabtu.
FAM sebelum ini bercadang untuk membenarkan persatuan bola sepak negeri mengambil tiga pemain import untuk setiap pasukan pada musim hadapan. - BERNAMA
Posted by
Cheni™
at
Ahad, April 24, 2011
Jika Anda mahu mencapai kejayaan semata-mata mahu mengatasi orang lain atau nak berjaya semata-mata mahu menunjuk-nunjuk pada orang lain, Anda akan membunuh potensi diri Anda sebab Anda hidup di dalam dogma iaitu bertindak berdasarkan apa yang orang lain kata.
Anda tidak ada impian sendiri, tapi hidup berdasarkan impian yang diset oleh orang lain terhadap diri Anda. Walaupun Anda berjaya, Anda akan rasa ‘kosong’. Bila ada orang lain muncul lebih berjaya daripada Anda, timbil rasa dengki, iri hati, sakit hati.
Jika Anda mahu mencapai kejayaan sebab Anda mahu menjadi ‘somebody’, mahu mencapai apa yang Anda impikan, Anda seronok melakukan perkara yang Anda sukai, potensi Anda untuk berkembang sentiasa ada, bahkan tak ada had! Anda akan terdorong untuk belajar perkara baru di api-apikan oleh rasa ingin tahu. Anda akan maju tanpa Anda sendiri menyedarinya.
Meminta pendapat orang lain, itu satu perbuatan yang bagus. Tapi, jangan bergantung pada pendapat orang lain semata-mata sebagai pentunjuk hidup. Cara paling baik adalah gunakan pendapat orang sekeliling sebagai panduan kemudian gabungkan dengan idea Anda sendiri.
Jika kegagalan berlaku, berhentilah menyalahkan orang lain. Ambil tanggungjawab atas tindakan Anda.
Walau apa jua yang berlaku, terima dengan rasa bertanggungjawab. Salahkan dalaman, jangan salahkan luaran.
Maksudnya, salahkan diri sendiri kerana berbuat silap dan kerana tidak berbuat sehabis baik.
Mulai hari ini, apa jua orang kata pasal Anda, dengar dan gali motivasi di sebaliknya. Jangan melenting, jangan jadi bad mood, jangan mengamuk tak tentu pasal. Dalam memburu kejayaan, Anda kena belajar dari segenap perkara, walau ia sesuatu yang pahit.
eMail : fuzzy4er@yahoo.com
Posted by
Cheni™
at
Khamis, April 21, 2011
KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Selangor melebarkan pungutan mata di persada Liga Super dengan kelebihan empat mata apabila menumpaskan Sabah 1-0 pada perlawanan bola sepak liga itu di Stadium Shah Alam, Selasa.
Selangor terpaksa bekerja keras sepanjang perlawanan untuk mencari mata penuh dan hanya membolosi gawang gol Sabah pada babak kedua menerusi sepakan penalti.
Pemain tengah, Azidan Sarudi, menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-71 bagi membantu Selangor mengumpul 29 mata selepas 13 perlawanan, iaitu empat mata di hadapan pencabar terdekat, Terengganu.
Di Stadium Utama, Kangar, Kelantan memulihkan rentak kejayaan apabila membelasah pasukan tercorot, Perlis 5-1.
Selepas seri tanpa jaringan dengan Sabah minggu lepas, Kelantan berjaya mengumpul mata penuh untuk naik satu anak tangga di tempat ketiga dengan 24 mata.
Mohd Badhri Mohd Radzi muncul wira pasukan Kelantan apabila menjaringkan hatrik pada babak kedua di minit ke-46, 66 dan minit ke-78.
Sebelum itu, Norshahrul Idlan Talaha membuka jaringan Kelantan pada minit keenam dan 43 dan gol saguhati Perlis disumbangkan oleh Mohd Faiz Subri pada minit ke-11.
Perlis masih tercengkam di tangga terbawah liga dengan tujuh mata, selepas hanya mampu menang sekali dalam 13 perlawanan.
Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, pasukan Felda United mengatasi Kuala Lumpur 2-1 untuk kemenangan kelima.
Azrul Ahmad menjadi wira pasukan Felda United apabila menjaringkan dua gol tersebut pada minit ketujuh dan 13 manakala gol tunggal Kuala Lumpur diperoleh menerusi Syafiq Johair pada minit ke-43.
Di Stadium Perak, Ipoh, pasukan Terengganu terus kekal di tangga kedua liga dengan 25 mata selepas seri 1-1 dengan Perak.
Perak, yang berada di tempat keempat liga dengan 23 mata, membuka jaringan pada minit kelapan menerusi Shafiq Jamal sebelum Abdul Hadi Yahya menyamakan kedudukan pada minit ke-59.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, pasukan T-Team dan Johor FC terikat 1-1.
Gol T-Team disumbangkan oleh Mohd Shahrul Ezrain pada minit ke-10 sebelum Johor FC menyamakan kedudukan menerusi jaringan Shahrizal Mohd Saad pada minit ke-48.
Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang dan Negeri Sembilan masing-masing berkongsi satu mata apabila seri 1-1.
Negeri Sembilan mendahului babak pertama dengan jaringan Idris Abdul Karim pada minit ke-10 sebelum Pahang bangkit di babak kedua untuk menyamakan kedudukan menerusi Famirul Asraf Sayuti pada minit ke-79.
-- BERNAMA
Posted by
Cheni™
at
Rabu, April 20, 2011
PAKAR motivasi ada berkata,
'Anda tidak akan berjaya dan gembira dengan melakukan perkara yang anda sukai. Sebaliknya anda akan cemerlang dan berbahagia apabila anda menyukai perkara yang anda lakukan'.
Persoalannya, adakah sekarang ini anda melakukan pekerjaan yang anda suka atau memang suka melakukan pekerjaan anda ini?
Dua persoalan yang hampir sama ayatnya, cuma perbezaan kedudukan akhirnya memberikan maksud yang amat ketara.
Bertuahlah jika anda sedang melakukan pekerjaan yang anda suka. Bersyukurlah jika anda suka dengan pekerjaan anda sekarang. Lebih beruntung jika anda sedang melakukan pekerjaan yang anda suka dan suka melakukannya.
Anda rugi jika anda melakukan pekerjaan yang anda suka tetapi anda tidak suka melakukannya. Bertambah rugi jika anda melakukan pekerjaan yang anda tidak suka dan tidak suka melakukannya.
Penting! Pekerjaan bukan semata-mata kerja dan dapat gaji. Kerja adalah amanah. Kerja juga bukan semata-mata cita-cita tetapi adalah satu tanggungjawab. Apabila anda menerima tawaran sesuatu pekerjaan bererti anda memegang amanah dan tanggungjawab untuk melaksanakan pekerjaan tersebut dengan sebaiknya.
Berikut ialah lima tip untuk kekal bermotivasi dalam melaksanakan pekerjaan anda:
1. Ikhlaskan niat bekerja
Tanyalah diri, kenapa aku bekerja? Mahu cari duit? Nak sara keluarga? Bosan duduk saja? Pelbagai alasan boleh diberikan. Cuma satu alasan yang betul dan tepat iaitu untuk melaksanakan amanah Allah.
Pekerjaan anda sama ada sebagai guru, kerani, penoreh getah, buruh kasar atau apa juga pekerjaan yang halal di sisi syarak adalah termasuk dalam kategori ibadah. Jika anda niatkan ikhlas kerana melaksanakan amanah Allah, anda akan mendapat pahala dalam setiap apa juga tindakan yang anda lakukan ketika melaksanakan pekerjaan anda.
Amanah Allah itu luas. Sebagai suami, anda berperanan untuk menyara keluarga. Sebagai anak, anda bertanggungjawab membantu ibu bapa. Hanya dengan bekerja, tuntutan tersebut boleh dilaksana. Lantas, perbetulkan niat dan rebutlah pahala daripada-Nya ketika bekerja.
2. Tanamkan minat dan suka bekerja
Tidak semua individu beruntung peroleh pekerjaan yang diidamkan. Kehendak semasa, mendorong individu memohon dan menerima pekerjaan yang tidak pernah diimpikan.
Bersyukurlah sebab anda diberi peluang dengan menanam azam dan semangat dalam diri untuk menyayangi pekerjaan tersebut dan berusaha untuk berikan yang terbaik. Jika minda anda positif, hasilnya juga akan positif.
3. Anggap pekerjaan sebagai cabaran untuk diri
Pekerjaan bukan mainan, malah bukan juga bebanan. Jadikan pekerjaan anda sebagai satu medan untuk mencabar keupayaan diri. Mungkin ia bukan bidang anda tetapi bila anda diberi jawatan bererti anda diberi kepercayaan. Lantas, buktikan majikan anda tidak salah meletakkan kepercayaannya kepada anda.
4. Tekad untuk jadi lebih baik
Kalau Mat Jenin boleh berangan mahu jadi kaya dan lebih kaya, apakah anda hanya sekadar mahu kekal di takuk lama bertahun lamanya?
Tekadkan azam, jalinkan semangat, sentiasa berusaha dan bertindak agar kedudukan anda bertambah baik dari hari ke hari, tahun ke tahun. Jadikan pekerjaan anda medan persaingan secara sihat agar hidup anda pada masa depan lebih baik.
5. Bertindak demi kecemerlangan
Apabila anda punya azam untuk lebih berjaya, susun strategi agar pekerjaan anda menjadi lebih baik dan mendapat pengiktirafan majikan. Bertindak dengan cara yang baik, dibenarkan syarak dan norma masyarakat.
eMail : fasriana_hashim@apl.com
Posted by
Cheni™
at
Selasa, April 19, 2011
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan di Majlis Daerah Machang sebagaimana berikut :
1. Pembantu Penguatkuasa (6 Kekosongan)
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (5 Kekosongan)
3. Pegawai Khidmat Pelanggan (1 Kekosongan)
4. Juruteknik Perancang Bandar dan Desa (1 Kekosongan)
5. Penghantar Notis (1 Kekosongan)
6. Pemandu Kenderaan R3 (3 Kekosongan)
7. Pekerja Awam R1 (11 Kekosongan)
Tarikh Tutup Permohonan : 24 April 2011
Posted by
Cheni™
at
Isnin, April 18, 2011
KOTA BAHARU, 17 April (Bernama) -- Kekalahan pasukan Red Warriors di tangan Perak minggu lepas memberi kesan ke atas skuad bimbingan Datuk M. Karathu sehingga gagal memanfaatkan pertemuan pasukan itu dengan Sabah dalam Liga Super di Stadium Sultan Mohammed ke-1V, Sabtu malam.
Ketua Jurulatih Kelantan itu berkata akibat keadaan itu, anak buahnya bermain dalam keadaan tertekan dan beliau terpaksa akur dengan keputusan 0-0 selain gagal memungut sebarang mata ketika menentang pasukan negeri di bawah bayu itu.
"Saya percaya pemain Kelantan bermain dalam tertekan walaupun mereka berjaya menunjukkan permainan memuaskan terutama pada separuh masa kedua," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan itu, Sabtu malam.
Karathu juga percaya kekalahan 0-4 di tangan Perak di tempat lawan minggu lepas sedikit sebanyak memberi kesan kepada anak buahnya sehingga gagal menjaringkan gol walaupun mendapat banyak peluang.
Namun begitu, katanya, apa yang penting kesebelasan anak buahnya itu akan dapat mengekalkan mutu permainan dan kesungguhan yang ditunjukkan dalam liga itu.
Ekoran gagal memungut sebarang mata, Kelantan yang sebelum ini berada di tangga teratas liga selepas membelasah Felda United minggu lepas kini jatuh di tangga ketiga di bawah Trengganu.
Tangga teratas liga dirampas kembali oleh Selangor selepas memungut tiga mata apabila menewaskan Perak 1-0 malam tadi.
-- BERNAMA
Cheni : Cuba lagi
Posted by
Cheni™
at
Ahad, April 17, 2011
Petikan:
Bagai singa tanpa kuku, asakan mereka ke gawang lawan ketika menguasai perlawanan menentang Sabah, kelmarin jelas memperlihatkan hanya wajah-wajah hampa selepas setiap percubaan.

Cheni : Sekadar untuk berkongsi
Posted by
Cheni™
at
Khamis, April 14, 2011
