Jawatan Kosong : Malaysiakini.com

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

The Southeast Asian Centre for e-Media builds capability for the use of ICT by independent media and NGOs towards the enhancement of freedom of expression, democracy and human rights. We invite suitable candidates for the following positions:

Jawatan :-

1. Web Specialist
2. New Media Researcher
3. IT Manager
4. Senior Programmer
5. Editorial desk

Tarikh Tutup :
16 April 2010






Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Jawatan Kosong : Malaysiakini.com

Penyelesaian Real Madrid Untuk Mengalahkan Barcelona

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda



Tak leh menang lagi tak tahulah..


Sumber gambar : mohroslan@gmail.com



Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Penyelesaian Real Madrid Untuk Mengalahkan Barcelona

Go 2 Work "HAPPY"

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda



Amalkanlah budaya senyum kerana senyum itu sedekah. Dalam kajian sains, dengan bersenyum, ianya akan menggerakkan otot dan urat-urat di bahagian pipi dan baik untuk aliran darah. Walau bagaimanapun, nak senyum pun biarlah bertempat dan kena pada masa dan keadaan, nanti kita dilihat pelik. Yang penting jangan senyum sorang-sorang. Senyum ni ada banyak makna, pandai-pandai kitalah mentafsirkannya. Di pejabat, senyumlah sesama rakan sekerja. Jangan masing-masing asyik bermasam muka sahaja. Suasana kerja pun menjadi tidak harmoni. Tetapi senyum itu haruslah ikhlas dan bukannya dipaksa untuk bersenyum.





Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Go 2 Work "HAPPY"

Kutipan Tiket Kelantan Merosot

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS




Keratan akhbar tahun 1994


Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Kutipan Tiket Kelantan Merosot

Shaolin Soccer

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda



Seseorang yang mempunyai kemahiran @ skill dalam bola sepak, banyak membantu pasukannya mencapai kemenangan. Bagi kita sebagai seorang penonton, berasakan sesuatu permainan itu lebih menarik sekiranya pemain-pemain dapat menunjukkan kemahiran individu. Tetapi bukan semua skill yang kita ada dapat dipraktikkan dalam perlawanan, sebab sukan bola sepak ini ada peraturannya.


Sumber video : mohd.raziff.mohamad.zulkifli@prudential.com.my



Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Shaolin Soccer

Tips : Makna Bacaan Dalam Solat

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Yang selalu kita baca tapi ada diantara bacaan kita baca tapi tak tahu maknanye

Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al- Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.



Email : raffizmy@yahoo.com

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Tips : Makna Bacaan Dalam Solat

Budaya Kerja Cemerlang Menurut Perspektif Islam

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Oleh Prof Madya Dr Ahmad Redzuwan Mohd Yunus

KECEMERLANGAN adalah matlamat diimpikan bukan saja oleh individu tertentu, malah juga oleh sesuatu organisasi berwawasan. Kecemerlangan adalah natijah daripada beberapa siri kejayaan dalam semua aspek diharapkan.

Tiada kecemerlangan bersama dengan kelemahan, kegagalan atau mundur ke belakang. Kecemerlangan membawa implikasi maju ke hadapan, bersifat dinamik, gemilang, menerima sanjungan, dan menjadi idola individu atau masyarakat..


Manusia mempunyai potensi berfikir, merangka strategi, melaksana dan mencapai tahap kejayaan cemerlang dalam sesuatu gerak kerja dilaksanakan. Bagaimanapun, kecemerlangan bukan suatu perkara mudah dicapai.



Kecemerlangan memerlukan pengorbanan, dedikasi, kesungguhan, kesabaran, iltizam, kepemimpinan dan pelbagai lagi sikap dan sahsiah positif. Islam mengatur dan memberi kerangka asas seseorang itu mencapai kecemerlangan mengikut landasannya tersendiri. Budaya kerja yang bagaimanakah dianggap cemerlang mengikut perspektif Islam?

Sesuatu yang cemerlang pada anggapan seseorang, boleh jadi tidak dianggap cemerlang mengikut perspektif Islam. Apabila disebut saja perkataan ‘budaya kerja cemerlang’, akan tergambar kepada kita bermacam pendekatan, strategi, dan teknik digunakan untuk mencapainya.

Dalam sesuatu organisasi kita akan mendengar ‘MBO’ (management by objective atau pengurusan bermatlamat) yang membabitkan visi, misi, objektif, pelan bertindak, tema, piagam dan sebagainya. Budaya kerja akan dirancang berdasarkan visi, misi dan objektifnya.

Sebagai contoh, sebuah organisasi menetapkan misinya untuk mendidik pelajar supaya menjadi guru budiman, cekap, kreatif pengajarannya serta dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan pendidikan di sekolah menetapkan budaya kerjanya yang tersendiri.

Cara kerja atau budaya kerja yang hendak dibina adalah berdasarkan dorongan ke arah pencapaian hasil yang bermutu dan perkhidmatan cemerlang, sentiasa menghasilkan idea baru, berdisiplin, ilmiah dan profesional, kerja berpasukan dan wujudnya rangkaian kerja.

Seorang yang bekerja dengan cemerlang tidak akan bekerja sambil lewa. Kerja dan tugas sehariannya tidak akan dianggap sebagai bebanan atau sebagai satu rutin yang membosankan. Kerja yang perlu dilaksanakan akan dilakukannya dengan bersungguh-sungguh, tidak sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’.

Prestasi kerjanya akan sentiasa tinggi. Jika menemui kesulitan ketika melaksanakan tugas, perkara perlu dilakukan adalah berusaha mencari jalan mengatasi atau menyelesaikan masalah itu dan tidak mudah berpatah hati dan mengaku kalah sebelum menyelesaikannya.

Untuk mencapai tahap kecemerlangan, seorang pekerja itu mesti ada disiplin. Mereka yang mempunyai disiplin diri boleh bekerja dengan baik dalam semua keadaan. Antara disiplin perlu ada pada seseorang untuk mencapai budaya kerja yang cemerlang adalah seperti berikut:

Bersikap inisiatif. Pekerja yang mempunyai sikap inisiatif adalah mereka yang melakukan usaha atau sesuatu sebelum dipaksa oleh keadaan atau diarah melakukannya. Sesuatu kerja itu perlu dilakukan dengan tekun dan teliti untuk mengelakkan berlakunya kesilapan.

Kesilapan dalam melakukan pekerjaan memanglah boleh dimaafkan, tetapi jika dilakukan berulang kali akan menimbulkan masalah kepada diri sendiri dan orang lain. Setiap pekerja mempunyai kebolehan tersendiri dalam bidang yang mereka ceburi. Oleh itu, mereka yang beretika dalam kerjanya akan sentiasa giat berusaha mengembangkan syarikat di mana mereka bekerja.

Niat. Orang yang tidak mempunyai niat yang betul ketika bekerja tidak akan bekerja dengan baik. Orang itu tidak akan mempunyai komitmen terhadap kerja dilakukan. Ramai orang bekerja, tetapi tidak faham atau mengerti kenapa mereka bekerja selain daripada ingin menyara hidup..

Bertanggungjawab terhadap masyarakat, iaitu etika kerja turut menekankan tanggungjawab terhadap masyarakat. Tidak wajar mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan akibat perbuatan itu kepada masyarakat dan alam sekitar.

Tanggungjawab terhadap masyarakat amat penting kerana banyak projek dewasa ini hampir melupakan faktor memberi kesan kepada masyarakat. Peranan ahli teknokrat amat penting dalam menekankan etika tanggungjawab mereka kepada masyarakat.

Amanah dalam kerja, iaitu sifat amanah adalah teras keharmonian dan kejayaan sesebuah institusi masyarakat atau pekerjaan. Bayangkan jika seseorang pekerja atau pegawai tidak mempunyai sifat amanah, segala urusan tidak akan berjalan sempurna dan membawa kepada kehancuran institusi atau syarikat itu.

Komited terhadap kerjaya. Kunci kejayaan seseorang individu ialah komited terhadap kerjaya diceburinya. Komited dimaksudkan di sini ialah menumpukan perhatian dan bersungguh-sungguh terhadap apa dilakukan. Sifat komited ini dapat menyumbang ke arah terhasilnya mutu kerja atau khidmat cemerlang.

Akhlak, adalah teras pembentukan etika kerja profesional. Akhlak mulia yang dimiliki seseorang pekerja mahu pun ketua menjadi lambang ketinggian peribadi dan kualiti individu terbabit.

Jujur dalam pekerjaan. Sifat jujur atau benar dapat membentuk hubungan sihat di antara sesama pekerja, pekerja dan majikan dan sesama pelanggan. Sifat jujur dan benar dapat membendung segala perasaan syak wasangka dan tipu daya atau dusta.

Bersyukur, atas kejayaan dan keuntungan diperoleh hasil sesuatu pekerjaan. Harus diingat bahawa keuntungan diperoleh adalah nikmat kurniaan Allah.

Pengurusan masa. Dalam menjalani pekerjaan, amat perlu dititikberatkan soal pengurusan masa kerana antara faktor kejayaan dalam pekerjaan adalah pengurusan masa berkesan. Pengurusan masa yang cekap dapat membantu meringankan beban tugas di samping memudahkan segala urusan kerja.

Menilai diri (Muhasabah), iaitu menilai diri, menghitung kebaikan dan keburukan dilakukan sepanjang kehidupan dilalui. Muhasabah ini tidak akan mendatangkan sebarang manfaat kepada bangsa dan negara melainkan seorang itu menyedari bahawa dia ada peranan dan kewajipan sebagai anggota masyarakat.

Inilah beberapa perkara perlu ada pada seseorang pekerja untuk membentuk kecemerlangan kerjaya seseorang dalam acuan perspektif Islam.

Email : mohd_naim82@yahoo.com



Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Budaya Kerja Cemerlang Menurut Perspektif Islam

Teamwork

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda


Tahukah kita apakah yang dimaksudkan dengan teamwork @ kerja berpasukan. Adakah ianya kerja seorang dalam satu pasukan sebagaimana gambar di atas. Kerja berpasukan dalam erti sebenar adalah melakukan sesuatu kerja secara berpasukan ataupun beramai-ramai. Faedahnya, sesuatu kerja tersebut akan selesai dalam masa yang singkat. Berikut adalah panduan-panduan dalam membangunkan pasukan :-


1. T is for talent
2. E is for enthusiasm
3. A is for accountability
4. M is for management
5. W is for workable
6. O is for openness
7. R is for respect
8. K is for keenness

Sumber gambar : W Fadzly Rahimi B W Muhammmad



Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Teamwork

Kemaluan Penjaga Gol Riak

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda




Banyak cara nak berdepan dengan lawan, mungkin yang dilakukan oleh penjaga gol tersebut dipanggil perang psikologi. Tetapi jika ianya tidak berjaya, diri sendiri pula yang akan disindir. Akibatnya, tanggunglah malu akibat perbuatan diri sendiri.


Email : roslan mohd (mohroslan@gmail.com)



Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Kemaluan Penjaga Gol Riak

Jawatan Kosong : Perbadanan Stadium Kelantan (PSK)

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Perbadanan Stadium Kelantan mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan yang berikut:

1. Penolong Akauntan Gred W27

Syarat Kelayakan :-
- Diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan, Kewangan, Perbankan atau Perakaunan yang diiktiraf.
- Lulus Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan) pada peringkat SPM

2. Juruteknik Gred J17

Syarat Kelayakan :-
- Sijil dalam bidang berkaitan dari politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang setaraf yang diiktiraf.
- Lulus Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan) pada peringkat SPM

3. Pembantu Tadbir (P/O) N17

Syarat Kelayakan :-
- SPM atau kelayakan yang setaraf yang diiktiraf.
- Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan) pada peringkat SPM


Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang PSK 1/2010 yg boleh didapati di pejabat ini dengan harga RM1.00. Sila hantarkan permohonan anda ke alamat berikut:

SETIAUSAHA
PERBADANAN STADIUM KELANTAN
BANGUNAN ASTAKA STADIUM SULTAN MUHAMMED KE IV
15200 JALAN MAHMOOD
KOTA BHARU
KELANTAN

Tarikh tutup : 14 April 2010




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Jawatan Kosong : Perbadanan Stadium Kelantan (PSK)
Related Posts with Thumbnails

FB