Kerajaan Kelantan akan bina stadium sendiri selain stadium binaan KAFA

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BAHARU, 12 Mac (Bernama) -- Kerajaan PAS Kelantan akan meneruskan cadangan membina stadium sendiri walaupun Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bercadang membina sebuah bernilai RM300 juta di Bandar Baharu Tunjung.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmood berkata keputusan Kafa itu tidak menjejas cadangan asal kerajaan negeri.

"Ada lebih banyak stadium lebih baik dalam usaha kerajaan membangunkan bidang sukan bola sepak di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah Cakna Rakyat Kelantan 2011, di Dewan Teratai Kota Darulnaim, di sini pada Isnin.


Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa mengumumkan kerajaan negeri akan membina stadium sendiri menerusi projek bersepadu secara penswastaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh.

-- BERNAMA

Comments :

have 0 comments at “Kerajaan Kelantan akan bina stadium sendiri selain stadium binaan KAFA”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB