Kelantan Tewas kepada pasukan lebih baik : Annuar Musa

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BARU: Kekalahan Kelantan di tangan Terengganu pada peringkat suku akhir malam tadi tetap dianggap satu perlawanan yang terbaik buat Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa namun akur akan kehebatan pasukan "Peteh Ganu Peteh" itu.

Katanya, Terengganu sememangnya layak menang kerana mempamerkan aksi bertenaga mereka selain menghukum kelalaian barisan pertahanan Kelantan yang agak leka mengekang asakan pelawat itu.

"Mereka layak menang kerana bermain bersungguh-sungguh dan mempamerkan aksi sangat bertenaga. Kelantan tewas di tangan pasukan yang lebih baik daripada kita (Kelantan).


"Penyerang dan barisan pertahanan Terengganu bermain dengan cemerlang dan menghukum kelalaian pemain Kelantan terutama di barisan pertahanan," katanya selepas perlawanan suku akhir kedua antara kedua pasukan itu di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini, malam tadi.

Pada perlawanan itu, Kelantan dan Terengganu mencatatkan keputusan seri 2-2 tetapi pasukan pelawat itu berjaya melangkah ke separuh akhir apabila mencatatkan keputusan secara agregat 5-3.

Ketika perlawanan separuh akhir pertama di Kuala Terengganu, 10 Okt lalu, Terengganu menang 3-1 dan ketika bertandang di sini, pasukan itu mempunyai kelebihan dua gol.

Annuar berkata tidak apa yang perlu diperkatakan lagi selain hanya mahu menumpu kepada persiapan Kelantan untuk musim depan.

"Kepada Terengganu kita ucapkan selamat maju jaya untuk tempoh yang kehadapan ini manakala kita (Kelantan) akan mula mengatur persiapan untuk musim akan datang," katanya.

Sementara itu, jurulatih Terengganu, Mohd Irfan Bakti memuji kesungguhan pemainnya kerana berjaya mengekang kemaraan Kelantan untuk menang pada perlawanan itu.

Beliau berkata pasukannya tidak kisah menentang siapa sahaja pada peringkat separuh akhir nanti termasuk Selangor.

Katanya Selangor sememangnya merupakan pasukan pilihan namun tidak mustahil buat Terengganu menewaskan pasukan itu seperti mana berjaya menumpaskan Kelantan yang merupakan juara bertahan. - BERNAMA


Comments :

have 0 comments at “Kelantan Tewas kepada pasukan lebih baik : Annuar Musa”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB