Kelab Kemboja bakal warnai saingan Piala FA

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

PETALING JAYA: Liga Malaysia musim depan dijangka lebih meriah dengan penyertaan sebuah kelab dari Cambodia, Preah Khan Reach FC (PKRFC), demikian menurut Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin. Beliau berkata persetujuan rasmi mengenai penyertaan kelab Kemboja itu akan dibuat pada mesyuarat bersama kedua-dua badan bolasepak di Vientiane, Laos hujung minggu ini sempena mesyuarat Persekutuan Bolasepak Asia (AFF).

"Kerjasama ini akan meluaskan hubungan dua hala di antara kedua-dua negara di samping mengembangkan lagi peranan FAM di luar negara," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM ke-10 di Wisma FAM di sini, Selasa.

Pasukan luar negara lain yang akan turut serta dalam saingan Liga Malaysia musim depan ialah pasukan B-23 tahun Singapura dan The Young Lions yang akan beraksi dalam Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.


"Oleh kerana ramai pemain pasukan Young Lions terlibat dengan Perkhidmatan Negara, FAM bersetuju membenarkan beberapa pemain berumur 30-an republik itu beraksi dalam Liga Malaysia," katanya.

Hamidin berkata FAM bersetuju membenarkan maksimum tiga pemain naturalisasi skuad Singapura beraksi sama.

Sementara itu skuad B-23 Malaysia, Harimau Muda A pula akan menyertai saingan Liga Singapura dalam Liga Super, Piala Singapura dan Piala FA juga pada musim depan.- BERNAMA

Comments :

have 0 comments at “Kelab Kemboja bakal warnai saingan Piala FA”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB