Jawatan Kosong : Pejabat SUK Kelantan

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Kelantan) seperti yang dinyatakan dibawah ini :

1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29) Sambilan
2. Penerbit (B27) Sambilan
3. Pereka Bentuk Visual ( Pereka B17 ) Sambilan
4. Juru Kamera ( Ahli Fotografi B17 ) Sambilan
5. Juruteknik Komputer ( Ft17) Sambilan


Pemohon-pemohon yang berminat diminta untuk meghantar resume beserta jawatan yang dipohon kepada :
Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Tingkat 1, Blok 6,
Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu,
Kelantan

Email : bptm@kelantan.gov.my
Fax : 09-7430504

TARIKH TUTUP PERMOHONAN JAWATAN : 13 NOVEMBER 2011


Read More......Jawatan Kosong : Pejabat SUK Kelantan

Tiket Final Piala Malaysia bagi semua tempat duduk berharga RM50

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

SHAH ALAM, 24 Okt (Bernama) -- Tiket bagi semua tempat duduk bagi perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-85 antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini ditetapkan pada harga RM50.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium selain beberapa faktor lain.

"Kita turut memikirkan mengenai kapasiti stadium yang mampu menerima kehadiran penyokong kedua-dua pasukan. Kita telah melihat beberapa pilihan yang ada sebelum memutuskan harga tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa perlawanan akhir di Stadium Shah Alam di sini Isnin.


Tiket boleh dibeli melalui persatuan bolasepak negeri masing-masing mulai esok.

Pada edisi terdahulu Piala Malaysia yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, FAM menjual tiket berharga RM30 untuk tempat duduk terbuka dan RM50 bagi tempat duduk utama.

Hamidin berkata bagi pembahagian tiket perlawanan akhir, setiap pasukan akan diperuntukkan sejumlah 15,000 tiket untuk dijual oleh persatuan bola sepak negeri kepada penyokong masing-masing bermula esok.

"Sekiranya jualan tiket perlawanan akhir itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penyokong masing-masing, FAM akan memberi peruntukan tambahan sebanyak 15,000 tiket," katanya.

Beliau berkata baki sebanyak 5,000 akan dijual kepada penyokong kedua-dua pasukan yang tinggal di sekitar Lembah Klang bermula 9 pagi Sabtu ini manakala 15,000 tiket lagi diperuntukkan kepada pihak penaja dan tetamu kehormat.

Hamidin berkata sejumlah 2,000 anggota keselamatan termasuk anggota polis dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) akan ditugaskan untuk menjamin kelancaran perlawanan itu.

Mengenai kualiti padang di Stadium Shah Alam yang dikatakan tidak memenuhi standard permainan, Hamidin berkata Perbadanan Stadium Shah Alam telah memberi jaminan bahawa kerja membaik pulih sementara stadium akan disiapkan sebelum Sabtu ini.

Stadium Shah Alam yang boleh menampung hingga 80,000 penonton itu, akan ditutup sehingga Mac depan selepas perlawanan akhir itu bagi kerja menaiktaraf sepenuhnya stadium itu.

-- BERNAMA


Read More......Tiket Final Piala Malaysia bagi semua tempat duduk berharga RM50

Biar pun tewas Red Warriors diberi RM60,000

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BHARU, 19 Okt: Biar pun pasukan The Red Warriors (TRW) gagal melayakkan diri ke perlawanan separuh akhir Piala Malaysia, namun kerajaan negeri tetap menghargai kesungguhan pemain.

Sehubungan itu kerajaan Kelantan akan menyumbang sejumlah RM60,000 kepada pasukan bola sepak sebagai insentif penghargaan terhadap usaha mereka menaikkan imej negeri ini dalam sukan bola sepak negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Abdul Fattah Mahmood berkata, walaupun TRW gagal ke peringkat separuh akhir, namun kerajaan negeri tetap menghargai sumbangan pasukan itu.

Katanya, kesungguhan pemain tetap dihargai biar pun ketika menang atau atau sebaliknya.


”Pada perlawanan peringkat suku akhir baru-baru ini kita tewas kepada Terengganu dengan agregat 2-5 dalam perlawanan penentuan di Stadium Sultan Muhammad ke-1V,” katanya di sini.

Oleh itu beliau berharap peminat bola sepak perlu menyedari nasib tidak menyebelahi pasukan Kelantan tahun ini.

Kata beliau kerajaan negeri telah menghantar surat kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) hari ini bagi menjemput pemain dan pihak pengurusan hadir pada majlis makan tengahari.

“Insentif itu akan disampaikan pada satu majlis makan tengahari bersama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang akan diadakan di Dewan Teratai sebelum Hari Raya Aidiladha ini,” ujarnya.

- Harakahdaily

Nota : Kelantan tewas dengan aggregat 3-5


Read More......Biar pun tewas Red Warriors diberi RM60,000

Kelantan Tewas kepada pasukan lebih baik : Annuar Musa

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BARU: Kekalahan Kelantan di tangan Terengganu pada peringkat suku akhir malam tadi tetap dianggap satu perlawanan yang terbaik buat Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa namun akur akan kehebatan pasukan "Peteh Ganu Peteh" itu.

Katanya, Terengganu sememangnya layak menang kerana mempamerkan aksi bertenaga mereka selain menghukum kelalaian barisan pertahanan Kelantan yang agak leka mengekang asakan pelawat itu.

"Mereka layak menang kerana bermain bersungguh-sungguh dan mempamerkan aksi sangat bertenaga. Kelantan tewas di tangan pasukan yang lebih baik daripada kita (Kelantan).


"Penyerang dan barisan pertahanan Terengganu bermain dengan cemerlang dan menghukum kelalaian pemain Kelantan terutama di barisan pertahanan," katanya selepas perlawanan suku akhir kedua antara kedua pasukan itu di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini, malam tadi.

Pada perlawanan itu, Kelantan dan Terengganu mencatatkan keputusan seri 2-2 tetapi pasukan pelawat itu berjaya melangkah ke separuh akhir apabila mencatatkan keputusan secara agregat 5-3.

Ketika perlawanan separuh akhir pertama di Kuala Terengganu, 10 Okt lalu, Terengganu menang 3-1 dan ketika bertandang di sini, pasukan itu mempunyai kelebihan dua gol.

Annuar berkata tidak apa yang perlu diperkatakan lagi selain hanya mahu menumpu kepada persiapan Kelantan untuk musim depan.

"Kepada Terengganu kita ucapkan selamat maju jaya untuk tempoh yang kehadapan ini manakala kita (Kelantan) akan mula mengatur persiapan untuk musim akan datang," katanya.

Sementara itu, jurulatih Terengganu, Mohd Irfan Bakti memuji kesungguhan pemainnya kerana berjaya mengekang kemaraan Kelantan untuk menang pada perlawanan itu.

Beliau berkata pasukannya tidak kisah menentang siapa sahaja pada peringkat separuh akhir nanti termasuk Selangor.

Katanya Selangor sememangnya merupakan pasukan pilihan namun tidak mustahil buat Terengganu menewaskan pasukan itu seperti mana berjaya menumpaskan Kelantan yang merupakan juara bertahan. - BERNAMA


Read More......Kelantan Tewas kepada pasukan lebih baik : Annuar Musa

Kelab Kemboja bakal warnai saingan Piala FA

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

PETALING JAYA: Liga Malaysia musim depan dijangka lebih meriah dengan penyertaan sebuah kelab dari Cambodia, Preah Khan Reach FC (PKRFC), demikian menurut Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin. Beliau berkata persetujuan rasmi mengenai penyertaan kelab Kemboja itu akan dibuat pada mesyuarat bersama kedua-dua badan bolasepak di Vientiane, Laos hujung minggu ini sempena mesyuarat Persekutuan Bolasepak Asia (AFF).

"Kerjasama ini akan meluaskan hubungan dua hala di antara kedua-dua negara di samping mengembangkan lagi peranan FAM di luar negara," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM ke-10 di Wisma FAM di sini, Selasa.

Pasukan luar negara lain yang akan turut serta dalam saingan Liga Malaysia musim depan ialah pasukan B-23 tahun Singapura dan The Young Lions yang akan beraksi dalam Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.


"Oleh kerana ramai pemain pasukan Young Lions terlibat dengan Perkhidmatan Negara, FAM bersetuju membenarkan beberapa pemain berumur 30-an republik itu beraksi dalam Liga Malaysia," katanya.

Hamidin berkata FAM bersetuju membenarkan maksimum tiga pemain naturalisasi skuad Singapura beraksi sama.

Sementara itu skuad B-23 Malaysia, Harimau Muda A pula akan menyertai saingan Liga Singapura dalam Liga Super, Piala Singapura dan Piala FA juga pada musim depan.- BERNAMA

Read More......Kelab Kemboja bakal warnai saingan Piala FA

Stadium Shah Alam jadi venue Perlawanan Akhir Piala Malaysia

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menetapkan Stadium Shah Alam sebagai venue perlawanan akhir Piala Malaysia yang dijadual berlangsung pada 29 Oktober ini.

Naib Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata keputusan tersebut dibuat berikutan kerja-kerja penyelenggaraan trek sedang berlangsung di venue asal iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Kita telah berbincang dengan pihak pengurusan Stadium Shah Alam dan merekabersetuju untuk menyiapkan kerja-kerja pemulihan rumput, tempat duduk penonton dan juga lampu limpah sebelum 21 Oktober ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM ke-10 di WismaFAM, pada Selasa.


Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa pertandingan tempatan FAM berkata pihaknya akan melakukan tinjauan pada 22 Oktober ini bagi memastikan bahawa keadaan padang, lampu limpah, bilik air dan kerusi di stadium berada dalam keadaan baik sebelum hari perlawanan.

"Sekiranya pihak pengurusan stadium gagal memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh FAM, kita akan mencari venue lain bagi perlawanan akhir Piala Malaysia," katanya.

Dalam perkembangan lain, Hamidin berkata FAM akan segera melakukan siasatan berhubung insiden lima kad merah dilayankan oleh pengadil, Mohd Nafeez Abd. Wahab pada pertemuan Kelantan dan Terengganu perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Isnin. "Kita masih menunggu laporan penuh perlawanan daripada pesuruhjaya pertandingan dan akan membuat penilaian dalam masa terdekat ini dan perkara tersebut akan dibincangkan di peringkat mesyuarat jawatankuasa tatatertib FAMuntuk tindakan susulan," katanya.

Pada perlawanan semalam tiga pemain Kelantan yang dikenakan kad merah ialahShakir Shaari, Mohd Daudsu Jamaludin dan Aziz Ismail manakala dua lagi kad merahdikenakan kepada pemain Terengganu iaitu Ismail Faruqi dan Zubir Azmi.

Pada perlawanan tersebut Terengganu mencatat kemenangan berharga menewaskanmusuh tradisi, Kelantan 3-1.- BERNAMA


Read More......Stadium Shah Alam jadi venue Perlawanan Akhir Piala Malaysia

Harga Tiket Perlawanan Terengganu bertemu Kelantan dinaikkan

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA TERENGGANU, 6 Okt (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan menaikkan harga tiket bagi perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia antara Terengganu menentang Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah di sini Isnin ini.

Setiausaha PBSNT, Abdullah Salleh berkata harganya ialah RM15 untuk tempat duduk terbuka dan RM25 untuk tempat duduk berbumbung berbanding masing-masing RM10 dan RM20 sebelum ini.

Harga tiket bagi tahun depan akan dibincangkan kemudian, katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tiket bagi perlawanan separuh akhir juga akan dinaikkan, sekiranya Terengganu layak.


"Kenaikan harga itu diambil pada mesyaurat eksekutif PBSNT semalam. PBSNT berpendapat kenaikan harga itu tidak membebankan peminat kerana inilah pertama kali PBSNT menaikkan harga tiket.

"Lagipun negeri-negeri lain telah menaikkan harga tiket masing-masing, kecuali Terengganu yang masih mengekalkan harga RM10 dan RM20," katanya.

Abdullah berkata mesyuarat itu juga mengambil keputusan akan mula menjual tiket perlawanan Isnin ini pada pagi Ahad di semua pintu masuk stadium bagi mengelak kesesakan.

Katanya 10 peratus tiket akan disediakan kepada peminat Kelantan.

Beliau berkata satu lagi mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat bagi membicangkan langkah-langkah keselamatan semasa perlawanan itu.

"Kita minta sungguh-sungguh supaya peminat mematuhi arahan dan tidak membawa masuk sebarang objek ke dalam stadium bagi mengelak persatuan dihukum.

"Yang penting kita mahu lihat satu perlawanan yang berkualiti dan hebat daripada kedua-dua pasukan," katanya.


Read More......Harga Tiket Perlawanan Terengganu bertemu Kelantan dinaikkan

Jawatan Kosong : Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memerlukan individu yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum (independent), bekerja dalam satu pasukan (teamwork), dinamik, kreatif dan inovatif untuk membangun universiti. Individu yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut :-

1. Jurutera
2. Pegawai Tadbir
3. Penolong Pegawai Tadbir
4. Pembantu Makmal
5. Juruteknik
6. Pengawal Keselamatan

(a) Semua permohonan perlu dibuat secara `on-line’ melalui laman web http://jobs.umk.edu.my/job/ sepenuhnya.
(b) Permohonan yang tidak lengkap diisi secara ‘on-line’ atau tidak menggunakan Sistem Permohonan Jawatan secara ‘on-line’ boleh menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN 15 OKTOBER 2011



Read More......Jawatan Kosong : Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Related Posts with Thumbnails

FB