Ganjaran Kelantan juarai Liga Super akan ditentukan - Annuar Musa

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa akan berbincang dengan persatuan bola sepak itu bagi menentukan bentuk ganjaran kepada Red Warriors yang menjuarai Liga Super 2011.

"Saya akan kembali dan berbincang dengan Kafa mengenai ganjaran yang patut diberikan kerana mana boleh kita tak menghadiahkan sesuatu kepada mereka yang telah mencipta sejarah untuk Kelantan," katanya ketika ditemui pemberita selepas Kelantan mengalahkan Sabah di Stadium Likas malam Rabu.

Beliau berkata bentuk ganjaran itu akan diumumkan Jumaat ini pada sambutan sempena kemenangan Kelantan di Kota Bahru.


Sementara itu, jurulatih Red Warriors Datuk M.Karatu berkata anak buahnya telah bermain bersungguh-sungguh dan menguasai hampir keseluruhan perlawanan menentang Sabah.

Beliau juga gembira kerana kehadiran 800 penyokong Red Warriors di Stadium Likas tidak dihampakan dengan persembahan Kelantan, yang mengalahkan Sabah 2-1 untuk muncul juara liga. - BERNAMA


Comments :

have 0 comments at “Ganjaran Kelantan juarai Liga Super akan ditentukan - Annuar Musa”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB