Tidak wajar jika Kerajaan Negeri bubar T-Team - Shafie Pak

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA TERENGGANU, 3 Mei (Bernama) -- Jurulatih sementara pasukan T-Team Shafie Pak berkata cadangan kerajaan Terengganu untuk membubarkan pasukan itu jika tidak menunjukkan prestasi yang baik pada baki perlawanan musim ini, sebagai tidak wajar.

"Ia tak wajar kerana hanya 10 peratus daripada pemain T-Team bintang. Bagi mereka tidak ada masalah untuk mereka beralih ke mana-mana pasukan lain jika pasukan itu dibubarkan.

"Tetapi, apa akan jadi kepada pemain lain, bagaimana nasib mereka," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.


Shafie yang menggantikan sementara tugas Ketua Jurulatih Yunus Alif yang direhatkan sementara, mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang memberi tempoh setahun kepada pasukan T-Team untuk memperbaiki mutu permainan mereka atau pasukan itu dibubarkan.

Persembahan hambar pasukan T-Team meletakkannya antara pasukan tercorot Liga Super dan ia menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong sehingga menggesa jurulatih T-Team ditukar.

Pada 25 April lepas, pihak pengurusan mengambil tindakan merehatkan sementara Ketua Jurulatih Yunus Alif, tindakan yang dipercayai untuk meredakan suasana.

Yunus tidak dapat dihubungi untuk mendapat ulasannya, bagaimanapun Bernama difahamkan beliau akan menyambung semula tugas sebagai Ketua Jurulatih T-Team, hari ini.

-- BERNAMA

Cheni : Star pun ramai, gaji pun tinggi, kalau bubar, agak-agak pasukan mana yang akan ambil mereka?

Comments :

have 0 comments at “Tidak wajar jika Kerajaan Negeri bubar T-Team - Shafie Pak”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB