Kelantan rampas kembali takhta Liga Super

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Kelantan berjaya merampas kembali takhta Liga Super setelah berjaya menewaskan Kuala Lumpur 2-0 di Stadium Sultan Mohamad Keempat, Kota Baharu, malam Sabtu.

Dengan kejayaan tersebut, skuad bimbing Datuk M. Karathu kini berkongsi 33 mata bersama Selangor namun Kelantan mempunyai kelebihan jaringan selepas 16 perlawanan.

Kelantan mendahului 1-0 pada separuh masa menerusi jaringan Mohd Badri Radzi pada minit ke-24 dan memperkukuhkan kedudukan pada babak kedua menerusi jaringan S.Chanturu pada minit ke-79.


Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, pasukan T-Team berkongsi mata dengan Pahang apabila mencatatkan kedudukan seri tanpa jaringan.

Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, Negeri Sembilan dan Felda United terikat 2-2.

Di Stadium JCorp, Pasir Gudang, pasukan tuan rumah, Johor FC, berjaya menewaskan Sabah 3-0.

Gol Johor FC dijaringkan oleh Eddy Helmi Abdul Manan pada minit ke-41, Mohd Riduwan Maon (minit ke-80) dan Shahrizal Saad (minit ke-90).

Di Stadium Utama, Kangar, pasukan tercorot, Perlis tewas 1-3 kepada Harimau Muda A.

-- BERNAMA

Comments :

have 0 comments at “Kelantan rampas kembali takhta Liga Super”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB