KAFA hantar bantahan rasmi kepada FAM mengenai insiden bakar bendera

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BAHARU, 14 Mei (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan menghantar surat bantahan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung insiden pembakaran bendera Kelantan pada perlawanan bola sepak Liga Super ketika menentang Negeri Sembilan di Stadium Paroi, Seremban, minggu lepas.

Presidennya Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya tidak boleh menerima insiden itu, yang berlaku dalam pertandingan sukan berprestij negara.

"Saya sudah minta Timbalan Presiden Kafa, Datuk Affandi Hamzah menghantar surat bantahan rasmi kepada pihak Pengurusan FAM berhubung perkara itu untuk tindakan lanjut," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa merujuk kepada insiden bakar bendera Kelantan pada perlawanan bola sepak Liga Super ketika Kelantan menentang Negeri Sembilan minggu lepas yang berkesudahan kedua-kedua pasukan seri tanpa jaringan.

Beliau yang juga Timbalan Presiden II FAM, turut menolak kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mendakwa insiden itu berpunca daripada perbuatan provokasi oleh penyokong Kelantan.

Annuar berkata beliau juga ada menghubungi Mohamad dan berbincang mengenai insiden itu secara diplomasi.

"Kenyataan itu tidak tepat kerana kerana saya sendiri melihat kejadian itu di luar dari kawasan tempat duduk penyokong kedua-dua pasukan dan ia berlaku selepas perlawanan," katanya.

Beliau berkata insiden itu tidak boleh diterima sama sekali kerana bendera adalah suatu penghormatan sesebuah negeri, oleh itu suatu tindakan wajar diambil bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

Dalam perkembangan lain Annuar berkata FAM membuat keputusan untuk menganjur perlawanan persahabatan antara pasukan luar negara di luar Kuala Lumpur bagi memberi peluang kepada peminat bola sepak tanah air menyaksikan perlawanan itu dari dekat.

Katanya perlawanan pertama antara pasukan Harimau Muda Malaysia dengan Pasukan Piala Dunia Myanmar akan diadakan di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, di sini, 18 Jun ini.


-- BERNAMA

Comments :

have 0 comments at “KAFA hantar bantahan rasmi kepada FAM mengenai insiden bakar bendera”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB