KAFA terima tajaan RM1.2 Juta daripada syarikat prabayar Happy

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BAHARU, 6 April (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menerima suntikan penajaan daripada syarikat prabayar Happy berjumlah RM1.2 juta bagi membiayai program pembangunan sukan bola sepak persatuan itu, kata Presiden Kafa Tan Sri Anuar Musa.

Daripada jumlah itu, RM1.0 juta akan digunakan untuk program penggalakan dan pembangunan sukan bola sepak termasuk Liga Malaysia musim ini manakala RM200,000 lagi untuk program promosi syarikat itu dan barangan keluaran Red Warriors termasuk pakaian sukan yang mempunyai cop jenama kelab itu, katanya.

Annuar yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), berkata Happy adalah antara tujuh syarikat yang menjadi rakan penaja Kafa bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini.


Syarikat lain ialah Al-Jabbar Group, Yusmira Trading, Sinar Harian, UMRO, Al-Hamra Group, TRW Station Sdn Bhd.

"Saya gembira kerana pasukan bola sepak setiap negeri diberi kebebasan untuk mendapatkan tajaan. Justeru, Kafa amat teruja dengan kerjasama yang diberikan oleh barisan penaja sekaligus akan melonjakkan semangat pasukan Kelantan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Pek Edisi Khas Happy-The Red Wariors di sini hari ini.

Mengenai kelab bola sepak remaja Al-Hamra-Group Red Warriors Academy (ARMY), Annuar berkata kelab itu akan mengambil 240 pelajar menganggotai kelab itu dari seluruh negeri untuk peringkat pertama tahun ini.

Menerusi akademi itu, kelab berkenaan akan mengambil pelajar berumur 13 tahun ke atas untuk menjalani latihan di bidang bola sepak selama empat tahun sebelum dipilih sebagai pemain pelapis, katanya.

Beliau berkata mereka akan diberi latihan oleh 18 jurulatih berpandukan bidang kejurulatihan kelab bola sepak bertaraf dunia mulai 13 Mei depan.

-- BERNAMA

Cheni : Semoga berbelanja secara berhemah


Comments :

have 0 comments at “KAFA terima tajaan RM1.2 Juta daripada syarikat prabayar Happy”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB