Siaran Piala AFF Suzuki 2010 paling ramai penonton

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

SINGAPURA: Kajian sebuah firma penyelidikan menunjukkan 192 juta orang di pasaran utama Asean menonton siaran kejohanan Piala AFF Suzuki 2010 - kejohanan bola sepak melibatkan pasukan utama negara di rantau ini.

Perangkaan itu, yang dikira berdasarkan mereka yang mengikuti siaran oleh stesen penyiar RCTI di Indonesia, RTM di Malaysia, ABS-CBN di Filipina, MediaCorp di Singapura, BBTV di Thailand, VTV di Vietnam dan ESPN Star Sports, menunjukkan jumlah mereka yang menonton perlawanan itu meningkat 32 peratus berbanding jumlah penonton bagi edisi 2008.


Peningkatan penarafan itu dicatat khususnya oleh penyiaran perlawanan akhir antara Indonesia dan Malaysia.

Firma penyelidikan pasaran, Nielsen, menyatakan purata 15 juta rakyat Indonesia menonton kedua-dua perlawanan tersebut melalui RCTI lebih dua kali ganda daripada jumlah mereka yang menonton perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 di negara itu.

Di Malaysia, RTM meraih 40.3 peratus dan 48.4 peratus jumlah penonton bagi dua perlawanan berkenaan.

Jumlah penonton yang boleh menyaksikan siaran perlawanan itu di rantau ini pula meningkat lapan kali ganda berbanding edisi sebelum ini.

Vietnam merupakan pasaran penonton kedua terbesar selepas Indonesia, dengan jumlah penonton seramai 74.5 juta orang.

"Berikutan berakhirnya kejohanan Piala AFF Suzuki baru-baru ini, saya amat berpuas hati dengan urusan penganjuran, pengurusan dan pentadbiran, yang telah melonjakkan populariti kejohanan kita di rantau ini," kata Presiden Persekutuan Bola Sepak Asean Tengku Tan Sri Ahmad Rithaudeen.

"Kejohanan Piala AFF Suzuki terus merupakan harta bola sepak nombor satu di Asia Tenggara," kata Ian Mathie, Naib Presiden Kanan Football, Asean, Australia & South Asia, World Sport Group, rakan pemasaran eksklusif Persekutuan Bola Sepak Asean.

Kejohanan Piala AFF Suzuki 2010 bukan sahaja menyajikan perlawanan bola sepak bertaraf tinggi kepada peminat bola sepak di rantau ini, tetapi juga menyediakan platform kukuh kepada rakan pemasaran dan penyiaran kami untuk menemui pengguna," kata Mathie.-BERNAMA

Cheni : Penonton Liga M pula berapa?

Comments :

have 0 comments at “Siaran Piala AFF Suzuki 2010 paling ramai penonton”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB