Malaysia bertemu Taiwan pada perlawanan pembukaan Kelayakan Piala Dunia 2014

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Malaysia dilihat mampu ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 apabila diundi bertemu Taiwan pada pusingan pertama.

Malaysia akan menerima kunjungan Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 29 Jun sebelum bertandang ke negara itu untuk perlawanan timbal balik pada 3 Julai.

Sekiranya berjaya melepasi halangan Taiwan, skuad bimbingan K. Rajagobal itu akan menentang Singapura pada pusingan kedua dengan perlawanan pertama di republik tersebut pada 23 Julai.


Perlawanan timbal balik pula dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis undian yang berlangsung di Rumah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Bukit Jalil, Rajagobal yakin skuad bimbingan dapat melepasi Taiwan.

"Kita ada keyakinan yang lebih kuat apabila diundi bertemu dengan pasukan Taiwan yang dikira sebagai pasukan yang boleh kita atasi," katanya.

Malaysia kini menduduki ranking ke-138 dunia manakala Taiwan berada di tangga ke-147.

Bagaimanapun, Rajagobal berkata fokus utama skuad negara buat masa ini adalah pada perlawanan pertama menentang Taiwan di gelanggang sendiri.

"Kita perlu beri tumpuan satu perlawanan kepada satu perlawanan dan tidak terlampau ghairah dalam menghadapi saingan.

"Jika mampu mara ke pusingan kedua, ia akan menjadi satu rekod bagi Malaysia," kata jurulatih yang membimbing skuad negara menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

Untuk rekod, Malaysia tidak pernah mara ke pusingan akhir Piala Dunia sejak pertama kali beraksi dalam pusingan Kelayakan pada 1974 di Jerman.

Pusingan akhir Piala Dunia 2014 akan berlangsung di Brazil.

-- BERNAMA

Comments :

have 0 comments at “Malaysia bertemu Taiwan pada perlawanan pembukaan Kelayakan Piala Dunia 2014”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB