Saya berhijrah ke Kelab Pelita demi FAS dan diri sendiri - Mohd Safee

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

PETALING JAYA, 8 Feb (Bernama) -- Penyerang kebangsaan, Mohd Safee Sali menolak kritikan beberapa pihak yang menyifatkan beliau telah melakukan kesilapan besar apabila memilih untuk beraksi di Liga Super Indonesia (ISL) bersama pasukan tercorot liga, Pelita Jaya FC bermula 7 Mac ini.

Mohd Safee berkata beliau menerima kontrak selama setahun itu demi masa depan dirinya sendiri dan juga untuk kepentingan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).


"Dalam hal ini, saya perlu berfikir secara positif dan saya yakin bahawa cadangan FAS adalah baik untuk diri saya dan juga FAS," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Beliau berkata tidak akan berasa menyesal untuk memilih kelab yang dikenali dengan jolokan 'Pendekar Gunung Parang' itu sebaliknya menjadikannya sebagai cabaran untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk membantu kedudukan kelab tersebut dalam ISL.

"Saya percaya akan dapat mempelajari sesuatu yang baru di sana (Indonesia) nanti dan harap pengalaman yang bakal diperolehi dapat digunakan untuk pembangunan bola sepak Malaysia satu hari nanti," katanya.

Mohd Safee berkata beliau akan bermain sebagai penyerang utama bagi Kelab Pelita dan dijadualkan berlepas ke Jakarta pada 14 Feb ini.

Beliau sebelum ini telah menyatakan menerima tawaran daripada tiga kelab di Indonesia iaitu Persib Bandung, Persib Balik Papan dan Pelita Jaya.

Dia menarik minat kelab-kelab republik itu setelah menjadi wira negara apabila menyumbat tiga gol dalam perlawanan akhir timbal balik Piala AFF Suzuki menentang Indonesia, sekaligus membawa pulang Kasut Emas selaku penjaring terbanyak dengan lima gol sepanjang kejohanan itu.

Isnin, Timbalan Presiden FAS, Datuk Abdulah Mokhtar Ahmad mengumumkan bahawa penyerang utama skuad Selangor itu akan menyertai Kelab Pelita di Indonesia setelah FAS bersetuju dengan perpindahan tersebut.

Keputusaan tersebut telah menjadi tanda tanya dan kritikan daripada pelbagai pihak termasuk media dan peminat bola sepak tempatan kenapa Mohd Safee memilih pasukan tercorot Liga Super Indonesia dan meninggalkan pasukan Selangor.


-- BERNAMA

Cheni : Selamat maju jaya buatmu..

Comments :

have 0 comments at “Saya berhijrah ke Kelab Pelita demi FAS dan diri sendiri - Mohd Safee”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB