Kelantan anugerah RM200,000 kepada pemain Red Warriors

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BAHARU, 1 Dis (Bernama) -- Kerajaan Kelantan akan menyerahkan anugerah RM200,000 kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berikutan kejayaan pasukan itu menjuarai Piala Malaysia dengan mengalahkan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan akhir pada 30 Okt lepas.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Abdul Fatah Mahmood berkata anugerah itu sebagai menghargai pemain 'Red Warriors' yang membawa pulang piala berprestij itu ke Kelantan setelah menunggu 80 tahun.

"Anugerah itu diluluskan dalam mesyuarat Exco hari ini dan kita tunggu pihak Kafa untuk adakan majlis makan bagi penyerahan anugerah wang itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini pada Rabu.

Beliau berkata kerajaan negeri menyerahkan kepada kebijaksanaan Kafa untuk membahagikan wang tersebut.

Abdul Fatah berkata mesyuarat Exco turut meluluskan pelupusan cukai lima peratus terhadap 13 perlawanan bola sepak antara April dan September terhadap Kafa yang berjumlah RM120,794.

Katanya sebelum ini kerajaan negeri telah melupuskan cukai yang sama berjumlah RM257,546 pada April lepas.

"Dengan pelupusan terbaru itu, kerajaan negeri telah melupuskan cukai sebanyak RM378,341 sebagai sumbangan kerajaan negeri kepada pembangunan sukan bola sepak Kelantan," katanya.

-- BERNAMA

Comments :

have 0 comments at “Kelantan anugerah RM200,000 kepada pemain Red Warriors”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB