Piala Malaysia dan pemain pasukan Kelantan disambut meriah di Kota Baharu

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BAHARU: Lebih 10,000 peminat dan penyokong pasukan bola sepak Kelantan membanjiri perkarangan Kelantan Trade Center (KTC) di sini bagi menyambut kepulangan pasukan The Red Warriors itu bersama Piala Malaysia yang dimenangi mereka selepas menewaskan Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Sabtu lalu.

Mereka berhimpun sejak pukul 3 petang dengan memakai baju berwarna merah putih menyambut ketibaan pasukan Kelantan diketuai Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa.


Persembahan Kumpulan Dikir Barat Sri Seterpa turut memeriahkan sambutan di samping paluan muzik tradisional menyambut ketibaan "wira" Kelantan itu.

Ketibaan wira Red Warriors itu diiringi 30 buah motosikal berkuasa tinggi yang menunggu sejak pagi di sempadan Kelantan-Pahang di Merapuh.

Sepanjang perjalanan lebih 200 kilomter itu pemain dan piala berkenaan singgah di beberapa destinasi termasuk Gua Musang untuk dipertontonkan piala yang menjadi kebangaan itu kepada kepada orang ramai

Sebaik tiba di perkarangan KTC piala itu dibawa masuk ke dewan utama dengan dikawal ketat pasukan keselamatan.

Ketika berucap pada majlis itu Annuar mengucapkan terima kasih kepada seluruh peminat bolasepak Kelantan yang memberi sokongan padu kepada pasukan Kelantan sehingga membolehkan pasukan itu berjaya membawa pulang piala yang diidamkan.

"Setelah 89 tahun piala itu diadakan, inilah julung-julung kali ia berjaya dibawa ke Kelantan dan menjadi sejarah kejayaan seluruh peminat dan penyokong Kelantan," katanya.

Beliau juga berkata satu majlis akan diadakan sempena kejayaan pasukan Kelantan tidak lama lagi dan sebelum itu piala tersebut akan dipertontonkan kepada seluruh peminat bola sepak Kelantan.

"Tuanku Sultan juga memberi perkenan untuk membawa piala itu untuk dipertonton kepada seluruh rakyat Kelantan sebelum baginda sendiri menghadiri satu majlis khas bersama pemain bola sepak Kelantan pada 6 November ini," katanya. - BERNAMA


Comments :

have 0 comments at “Piala Malaysia dan pemain pasukan Kelantan disambut meriah di Kota Baharu”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB