Bola Sepak: Malaysia Berjaya Tumpaskan Kyrgyztsan 2-1

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Skuad bola sepak negara memulakan kempen pada Sukan Asia ke-16 di Guangzhou, China dengan mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Huadu petang ini, Malaysia menewaskan Kyrgyzstan 2-1.


Separuh masa pertama perlawanan boleh dikatakan seimbang di antara kedua-dua pasukan, namun penerima Anugerah Pemain Berharga 100Plus-FAM 2010 baru-baru ini, Norshahrul Idlan Talaha bijak mencari ruang dan berjaya membolosi gawang lawan pada minit ke-27.

Tertekan dengan kedudukan itu, Kyrgyzstan rancak menggasak kubu pasukan negara dan memperoleh gol penyamaan 1-1 menerusi jaringan Sydykov pada minit ke-37.

Selepas rehat, pasukan negara kembali menguasai perlawanan apabila berjaya menjarakkan kedudukan menerusi S. Chanturu pada minit ke-60. Sementara itu, ketua kontinjen negara ke Sukan Asia, Datuk Zolkples Embong gembira dengan kejayaan itu dan percaya bahawa pasukan bola sepak negara mampu mara ke peringkat lebih jauh.

"Kejayaan hari ini membuktikan kita mampu lakukan sesuatu jika berusaha secara bersungguh-sungguh. Walaupun kita bermain tanpa barisan pemain senior tidak bermakna bahawa kita akan tewas sebelum perlawanan," katanya ketika dihubungi Bernama hari Isnin.

Zolkples turut menasihatkan pemain agar tidak terlampau gembira dengan kejayaan hari ini kerana mereka bakal berdepan dengan saingan sebenar pada Rabu ini iaitu Jepun.

Pertemuan Malaysia-Jepun dijadualkan berlangsung di venue sama pada pukul 4 petang waktu tempatan.


-- BERNAMA

Comments :

have 0 comments at “Bola Sepak: Malaysia Berjaya Tumpaskan Kyrgyztsan 2-1”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB