FAS, KAFA berdepan tindakan

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda


INSIDEN yang dianggap keterlaluan ini berlaku di Stadium Shah Alam ketika aksi antara Kelantan dan Selangor kelmarin.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) kini hanya menunggu laporan penuh daripada pegawai perlawanan sebelum mempertimbangkan untuk mengheret Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ke Jawatankuasa Tatatertib FAM.


Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, kedua-dua persatuan negeri itu boleh diambil tindakan berhubung insiden pergaduhan dan kekecohan yang ditimbulkan penyokong masing-masing pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam kelmarin.

"Kita (FAM) mempunyai peruntukan tertentu untuk mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang terlibat ini mengikut bidang kuasa FAM.

"Selepas mendapat dan mengumpul semua maklumat lengkap, kita akan pertimbangkan sama ada kes ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM atau sebaliknya," katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.

Namun Azzuddin menafikan bahawa kurangnya kawalan keselamatan pada perlawanan tersebut menjadi punca penyokong Selangor dan Kelantan 'bertempur' sama ada di dalam mahu pun di luar stadium.

"Mesyuarat pengurus pasukan sehari sebelum perlawanan telah berpuas hati dengan aspek keselamatan yang disediakan pihak tuan rumah.

"Tapi itulah, walau berapa ribu penyokong yang hadir sekali pun, jika pergaduhan itu nak berlaku, ia tetap akan berlaku dan ia sudah menjadi asam garam. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan penyokong Kelantan dan Selangor.

"KAFA dan FAS telah berulang kali menasihatkan penyokong mereka tetapi kekecohan tetap berlaku berpunca daripada tindak tanduk segelintir penyokong ini," jelas Azzuddin.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, hanya seorang penyokong Kelantan yang meninggal dunia akibat sesak nafas sambil menafikan terdapat seorang lagi yang mati akibat bergaduh.

"Saya sendiri berada di hospital sehingga pukul 3 pagi tadi (semalam) dan penyokong tersebut (Che Karma Sulaiman, 39) berasal dari Bachok tetapi bekerja di sini mati akibat sesak nafas dan bukannya disebabkan pergaduhan.

"Pihak FAS bersetuju memberikan RM3,000 kepada keluarga mangsa sebagai sumbangan ikhlas untuk urusan pengkebumiannya. Cuma saya harap semua penyokong lebih berdisiplin pada masa akan datang untuk mengelak insiden pergaduhan berulang," kata Hamidin pada sidang media sama.

Tentang isu mercun di stadium, Hamidin yang juga Setiausaha Agung FAS berkata: "Memang kita buat sekatan di pintu masuk. Tapi masalah stadium di Malaysia yang kelilingnya terbuka memudahkan mereka menyeludup masuk juga mercun. Kita akan fikirkan mekanisme terbaik bagi mengatasinya."

p/s : Apahal pulak Kafa nak kena tindakan jugak bukanya KAFA yang jadi penganjur...kalau tidak kerana kesilapan penganjur menempatkan penyokong perkara begini takkan berlaku.

Stadium masih lagi luas kalau nak asingkan kedua-dua penyokong...jarak sekangkang kera yang memisahkan kedua-dua pasukan ada ke patut...FRU pun macam tengok je sebab tak cukup anggota...jadi siapa yang patut disalahkan???

Comments :

have 0 comments at “FAS, KAFA berdepan tindakan”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB