Program Tahun Bola Sepak Kelantan 2010 Peringkat Lembah Kelang

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Terlebih dahulu saya merakam ucapan ribuan terima kasih kepada pihak Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) kerana telah memberi kepercayaan kepada Kelab Penyokong Siber Bolasepak Kelantan (Kelate.Net) sebagai penganjur bersama dengan pihak Persatuan Bolasepak Kelantan bagi Program Tahun Bola Sepak Kelantan 2010 Peringkat Lembah Kelang yang telah berlangsung pada 30hb Jun sehingga 02hb Julai 2010 yang lalu.


Bagi menjayakan program yang telah diamanahkan tersebut, pihak Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan telah merancang tiga aktiviti utama iaitu Majlis Makan Tengahari Bersama Pasukan The Red Warriors dan Pengurusan KAFA bertempat di Restoran Nasi Ulam Eida, Persint Diplomatik, Putrajaya pada 30hb. Jun 2010, Perlawanan Persahabatan diantara Kelantan dan Harimau Muda bertempat di Stadium Selayang pada 01hb. Julai 2010 dan yang ketiga ialah Dinner Bersama Skuad The Red Warriors 2010 di Restoran Nelayan, Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 02hb. Julai 2010.

Alhamdulillah, ketiga-tiga program tersebut telah berjalan dengan lancar walaupun tempoh masa yang telah diberikan oleh pihak KAFA untuk pihak kami melaksanakannya amat terbatas sekali iaitu kurang dari 20 hari daripada tarikh berlangsungnya program. Walaubagaimanapun pihak kami ingin memohon maaf sekiranya terdapat kecacatan serta ketidaksempurnaan program tersebut oleh pihak kami sebagai penganjur bersama program tersebut.

Disini saya ingin menjelaskan bahawa segala kos yang melibatkan ketiga-tiga aktiviti yang dilaksanakan tersebut ditanggung sepenuhnya oleh pihak kami selaku penganjur program. Terima kasih dan tinggi penghargaan diucapkan kepada para penaja seperti FIGOS, RED BULL, RESTORAN NASI ULAM EIDA, TM, KELAB PENYOKONG MACHE, KERIS WARISAN dan PADU IDEAL TRADING serta lain-lain pihak yang telah sudi menaja serta tidak lupa ribuan terima kasih kepada RAKAN-RAKAN MEDIA yang telah memberi kerjasama penuh dalam menjayakan program tersebut.

Berkaitan dengan perlawanan persahabatan skuad Kelantan menentang Harimau Muda di Stadium Selayang tempoh hari, pihak kami selaku penganjur bersama ingin menyatakan bahawa segala urusan yang melibatkan jemputan perlawanan persahabatan tersebut kepada pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah diuruskan oleh pihak KAFA selaku persatuan bolasepak yang bernaung di bawahnya. Saya juga difahamkan bahawa pihak KAFA telah pun memohon kepada FAM untuk mengadakan perlawanan persahabatan menentang Harimau Muda (Slovakia), walaubagaimana pun pihak FAM telah menghantar pasukan campuran daripada pasukan Harimau Muda (Slovakia) dan Harimau Muda B untuk perlawanan tersebut yang telah dimenangi oleh skuad Kelantan dengan jaringan 2-1.

Dikesempatan ini saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa petugas yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program tersebut dan tidak lupa juga kepada seluruh para peminat skuad The Red Warriors yang telah bersama-sama hadir memberi sokongan kepada pasukan kesayangan kita semua.

MARHASHIM BIN MAT
Presiden,
Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan



Surat tawaran penganjuran kepada Kelate.Net.

Comments :

have 0 comments at “Program Tahun Bola Sepak Kelantan 2010 Peringkat Lembah Kelang”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB