Kelate.Net Kecam Naib Presiden

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BHARU – Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) hari ini melahirkan rasa kesal diatas kenyataan terbuka Naib Presiden FAM, Datuk Che Mat Jusoh yang dilihat memberi amaran keras kepada mana-mana calon yang bertanding untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai sumbangan pihak FAM selama ini.


Presiden Kelate.Net, Marhasyim Mat berkata, sebagai Naib Presiden FAM, Che Mat Jusoh tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian yang dilihat boleh mencetuskan polemik baru disaat pemilihan pucuk pimpinan bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Semua calon yang akan bertanding pada Kongres FAM berhak mengutarakan agenda masing-masing termasuklah beliau sendiri. Jadi apa masalahnya sehingga mendorong beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

“Jangan jadikan FAM sebagai sebuah persatuan yang tidak boleh dikritik atau disentuh oleh mana-mana pihak. Adakah dengan mengemukakan agenda atau manifesto itu boleh dianggap sebagai mengkritik badan induk bola sepak kebangsaan itu.

“Bukan semua perkara yang dibuat oleh FAM tidak bagus, ada yang boleh diterima oleh peminat bola sepak di negara ini, tetapi apabila ada calon-calon mengemukakan idea baru, adakah itu dianggap membelakangi segala usaha yang telah dilakukan oleh pihak FAM selama ini, “ katanya.

Marhasyim berkata, pemilihan jawatan pucuk tertinggi FAM yang akan berlangsung pada 31 Julai ini harus dilihat berlangsung dalam semangat kekeluargaan, dengan semua calon yang bertanding dilihat mempunyai peluang terbuka untuk memenangi jawatan yang dipertandingkan.

“Semua calon yang bertanding mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Saya percaya mereka yang menawarkan diri untuk bertanding itu mempunyai keikhlasan hati untuk membantu membangunkan bola sepak negara tanpa mengejar ‘glamour’.

“Che Mat Jusoh mungkin dilihat dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan sokongan daripada ahli gabungan sehingga beliau terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Beliau mungkin berbangga diatas pencapaian menerajui PBSNT selama 12 tahun, tetapi mengapa perlu beliau membuat perbandingan kejayaan pasukan Terengganu dengan kejayaan pasukan ‘segera’ yang sudah semestinya ditujukan kepada pasukan Kelantan.

“Soal kejayaan beliau memimpin Terengganu biarlah ahli perwakilan tentu, tetapi beliau tidak sepatutnya menyindir kejayaan pasukan Kelantan. Kelantan berhak dianggap sebagai pasukan terbaik dalam Liga Malaysia selain Selangor pada musim ini setelah segala usaha yang dilakukan oleh pihak kepimpinan Kafa sejak tiga tahun lalu membuahkan hasil,” katanya.

-Sinar Harian-

Comments :

have 0 comments at “Kelate.Net Kecam Naib Presiden”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB