Selamat Hari Pekerja

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Selamat Hari Pekerja buat semua pekerja-pekerja di seluruh Malaysia tidak kira yang bekerja di sektor swasta, kerajaan mahupun yang bekerja sendiri yang disambut pada 1 Mei setiap tahun. Sebagai seorang pekerja, kita harus mengetahui hak-hak kita sebagai seorang pekerja sebagaimana yang telah termaktub dalam Akta Pekerja 1955 supaya kita tidak ditindas oleh majikan. Bagi pihak majikan, mereka juga mengharapkan agar kita dapat menyumbangkan sesuatu yang diharapkan agar setimpal dengan gaji yang mereka berikan kepada kita.


Sebagai pekerja, apakah yang telah kita sumbangkan kepada organisasi setakat ini? Adakah yang telah kita sumbangkan setakat ini sudah mencukupi untuk kebaikan dan kepentingan bersama? Sesetengah syarikat masih lagi beroperasi pada hari ini walaupun hari ini merupakan cuti umum. Sebagai pekerja, kita harus ingat bahawa jika bekerja pada hari ini, kita wajib dibayar elaun lebih masa (OT) dan tidak boleh diganti dengan cuti ganti sama seperti 3 lagi cuti iaitu Cuti Hari Keputeraan Sultan atau Yang Di Pertua Negeri di setiap negeri, Cuti Yang Di Pertuan Agong dan Cuti Hari Kebangsaan. Selamat Hari Pekerja dan selamat maju jaya.


Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Comments :

have 0 comments at “Selamat Hari Pekerja”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB