Jawatan Kosong : Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB)

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (Syarikat Anak perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan - PKINK) memerlukan individu yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum, bekerja dalam satu pasukan, dinamik, kreatif, dan inovatif untuk memperkembangkan bisnes Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad. Calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan-jawatan berikut :-

1.Jawatan : Penolong Pegawai Veterinar (1 kekosongan)

Tugas & Tanggung-jawab :-

•Bertanggungjawab menolong Pegawai Veterinar dalam menjalankan program pembiakan.
•Bertanggungjawab dalam mengendalikan rekod-rekod haiwan makmal.
•Memasukkan data-data dalam komputer.
•Menolong Pegawai Veterinar dalam pembedahan (bedah siasat) ini termasuk pemprosesan spesimen serta menolong merekodkan keputusan yang didapati.
•Menolong Pegawai Veterinar dalam rawatan haiwan-haiwan yang memerlukannya dan dalam penyelidikan yang dijalankan.


Syarat Kelayakan :-

•Diploma dalam bidang kesihatan haiwan dan penternakan atau sains veterinar.
•Berpengalaman minima 2 tahun dalam bidang berkaitan.

2. Jawatan : Pembantu Veterinar (1 kekosongan)

Tugas & Tanggung-jawab :-

•Bertanggungjawab membantu menyelenggara ladang-ladang ternakan dan rumah sembelih dan kaji selidik makmal.

Syarat Kelayakan :-

•Sijil Kompetensi/ Perakuan Kekompetenan.
•Sijil Veterinar daripada Institut Haiwan Kluang, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
•Lepasan universiti digalakkan memohon.

Cara Memohon :-

Calon-calon yang berminat dipelawa menghantar resume yang lengkap kepada :-

Pengurus Pentadbiran & Sumber Manusia
Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad
Lot 1809, Bangunan KPKB, Jalan Bayam
15200 Kota Bharu, Kelantan.
Tel : 09-7461871, 09-7461986
Faks : 09-7485787. Email : psm@kpkb.com.my

Setiap permohonan adalah dianggap sulit dan persendirian.
Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan.

Permohonan ditutup pada 25 Mei 2010




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Comments :

have 0 comments at “Jawatan Kosong : Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB)”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB