Cuti bersalin 90 hari

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Langkah Kerajaan Negeri Kelantan yang bercadang memberi cuti bersalin khususnya kepada kakitangan kerajaan negeri amatlah dialukan. Jika ianya menjadi kenyataan, Kelantan menjadi negeri yang kedua selepas Selangor yang melaksanakan pemberian cuti bersalin 90 hari. Kelantan juga menjadi perintis kepada pelaksanaan cuti bersalin 60 hari yang kemudiannya telah diikuti oleh pihak kerajaan pusat bagi memberi masa yang cukup kepada ibu yang baru bersalin dalam membesarkan anaknya.


Semua maklum bahawa, susu ibu adalah susu yang paling sesuai dan terbaik untuk diberi kepada bayi yang baru lahir berbanding susu lembu dan susu tiruan yang lain. Jika cuti bersalin yang diberi tidak mencukupi, bayi pula terpaksa ditempatkan di nursery atau diberi kepada pengasuh untuk dijaga, sudah tentu susu yang terpaksa diberi adalah susu lembu atau susu tiruan sedangkan pada usia sebegitu, anak kita amat perlukan susu ibunya untuk kesihatan dan pembesarannya.

Soal kebajikan dan hak-hak pekerja wanita perlulah dijaga kerana mereka juga menyumbangkan kepada keuntungan syarikat dan ekonomi negara. Tiada gunanya jika syarikat mendapat untung berjuta-juta tetapi soal kebajikan pekerja tidak dititik beratkan. Berikut adalah perbandingan cuti bersalin di negara-negara lain.


Jadual: Cuti bersalin di negara lain
(Klik pada imej untuk paparan lebih jelas)


Daripada jadual di atas, jelas bahawa Malaysia masih ketinggalan berbanding negara-negara lain tentang pemberian cuti bersalin. Oleh itu, saya menyokong penuh sekiranya pihak kerajaan samada negeri ataupun persekutuan dapat melaksanakan pemberian cuti bersalin 90 hari atau lebih kepada kakitangan wanita di negara ini.

FAKTA: Antara ketetapan yang dicapai dalam Persidangan ILO di Geneva mengenai pekerja hamil:

- Dalam artikel (3) Peruntukan Perlindungan Kesihatan Pekerja Wanita memperuntukkan bahawa mana-mana pekerja wanita terutama yang hamil dan menyusui bayi berhak mendapat perlindungan kesihatan semasa bekerja.

- Pekerja wanita diberi hak mendapat cuti bersalin selama 14 minggu dengan bergaji sebanyak dua pertiga, berbanding 12 minggu sebelumnya. Ini termasuklah jaminan waktu rehat untuk ibu menyusui bayi mereka.

- Dalam Artikel 10 ketetapan dibuat terhadap kepentingan penyusuan ibu. Ia demi memastikan kesihatan ibu dan anak. Justeru, pekerja wanita diharapkan dapat diberi satu atau lebih cuti rehat atau diberi sekali atau lebih pemotongan masa untuk menyusui bayinya. Majikan boleh membenarkan (memberikan pelepasan) pekerja wanita untuk menyusui bayi mereka sama ada pada waktu rehat atau sebelum pulang ke rumah selama setengah jam.

- Dalam Artikel 5, ketetapan dibuat meluluskan cuti sakit kepada pekerja wanita sekiranya kesihatan mereka tidak mengizinkan atau terdapatnya sebarang komplikasi semasa mengandung atau selepas cuti bersalin.

- Dalam Artikel 8 ialah mengenai perlindungan pekerja dan tidak ada sebarang diskriminasi oleh majikan terhadap mana-mana pekerja wanita dengan pekerja lelaki yang lain. Artikel ini juga banyak menyentuh mengenai perlindungan semasa mengandung, masa cuti bersalin dan cuti yang berkaitan dengan komplikasi semasa dan selepas kelahiran.

- Majikan perlu memastikan bahawa pembuangan pekerja wanita itu tiada kaitan langsung dengan kehamilan atau cuti bersalin pekerja berkenaan. Sekiranya tiada sebab yang munasabah pekerja wanita itu boleh mempertikaikan semula dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap majikan.


Sumber : Berita Harian (2 Ogos 2006)



Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Comments :

have 0 comments at “Cuti bersalin 90 hari”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB