KAFA Hidupkan Bola Sepak

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Abdul Fattah Mahmood melahirkan rasa bangga dengan tindakan dan gerak kerja yang dibuat Kafa di bawah pimpinan Tan Sri Annuar Musa dalam menjayakan pasukan Kelantan.

Beliau berkata, sebagai Exco sukan, apa yang dilakukan Kafa sekarang dalam usaha menaikkan nama pasukan ‘The Red Warriors’ dan semangat penyokong adalah dipersetujui olehnya.


“Seperti mana yang telah saya lakukan dalam tahun 2005 lagi di mana pada masa itu Kafa tidak ada keupayaan untuk mengadakan bola di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Jadi saya memilih untuk mengadakan Liga DUN dan ini semua adalah untuk memulihkan semangat penyokong bola sepak negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus Jatidiri dan Sukarelawan Remaja di Kolej Teknologi Darul Naim di sini.

Abdul Fattah berkata, sekarang di bawah Annuar beliau berharap pasukan Kelantan dapat membawa balik piala-piala yang diidam-idamkan daripada dahulu sehingga sekarang.

Beliau berkata, bagi di pihak Kerajaan Negeri mereka sentiasa memberikan sokongan dan tidak mempunyai sebarang masalah dengan Kafa.

“Cuma sebelum ini Kafa tidak datang kepada kita dan melantik wakil daripada Kerajaan Negeri untuk menjadi ahli Kafa.

“Tetapi sekarang ini kami ada dengar yang pihak mereka akan melantik seorang wakil daripada Kerajaan Negeri untuk berada dalam Kafa,” katanya.




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Comments :

have 0 comments at “KAFA Hidupkan Bola Sepak”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB