Sathianathan Puas Aksi Pemain

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BHARU - Jurulatih Kelantan, B Sathianatan berpuas hati dengan prestasi pemain Red Warriors yang menunjukkan pening-katan ketara seperti mana aksi ketika menewaskan Johor FC malam kelmarin.

Menurutnya, sebelum ini beliau tidak pernah meragui kemampuan skuad Red Warriors walaupun beberapa keputusan perla-wanan tidak menyebelahi anak buahnya.

“Saya sudah kata sebelum ini, masa kita seri dengan Terengganu dan Perlis serta kalahkan Johor, saya berpuas hati dengan prestasi perlawanan.


“Kita harus ingat pasu-kan ini baru bersama dan dikumpulkan selama dua tiga bulan. Ini pasukan baru dan keserasian itu akan sampai. Semasa menentang Johor FC kita sudah tunjuk bahawa kita sudah kuasai perlawanan,” katanya.

Mengulas lanjut, bekas jurulatih skuad kebangsaan itu mengakui beliau seme-mangnya kurang senang dengan pemain apabila melepaskan gol penyamaan kepada Johor FC.

“Tetapi selepas (separuh masa kedua) pemain kita menunjukkan keserasian dan persembahan kita meningkat. Bagaimanapun sa-ya belum lagi mencapai hasrat pemain yang diidamkan. Tetapi dengan sokongan penonton saya rasa masa depan pasukan ini cerah,” katanya.

Mengulas mengenai prestasi penjaga gol, Halim Napi yang diturunkan pada perlawanan tersebut, Sathia berkata, pengalaman bekas penjaga gol kebangsaan itu mampu meningkatkan prestasi pasukan.

Bagaimanapun katanya, beliau mengharapkan penjaga gol pertama, Syed Adney dapat memulihkan semangat setelah melakukan kesilapan dalam perlawanan menentang Kedah.

“Syed Adney bermain baik dalam tiga perlawanan tetapi oleh kerana dia membuat kesilapan yang membawa padah kepada pasukan�.

“Oleh itu dia kena kuatkan balik mentalnya seterusnya menjadikan semua posisi mantap. Kemasukan Halim dan Syed memberi satu persaingan baik untuk Kelantan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan perlawanan tersebut menunjukkan bahawa pemain Kelantan menunjukkan prestasi sebenar selepas mengharungi beberapa perlawanan.

“Selepas apa yang berlaku pada perlawanan lalu, Kelantan kembali dalam landasan yang betul. Kita bermain dengan kapasiti yang sebenar dan saya percaya perlawanan seterusnya keputusan bakal berpihak kepada Kelantan,” katanya.




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Comments :

have 0 comments at “Sathianathan Puas Aksi Pemain”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB