KAFA Terima Bantuan Bayar Denda FAM

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

SHAH ALAM - Demi rasa keprihatinan dan semangat kesetiaan terhadap pasukan bola sepak negari masing-masing, Persatuan Anak-anak Ketereh di Perantauan (Perantau), Persatuan Anak anak Kelantan (Pakatan Darul Naim) dan Persatuan Anak-anak Kelantan Proton menyumbangkan RM3,000 kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Sumbangan itu dikumpul untuk meringankan beban yang ditanggung Kafa setelah didenda RM50,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ekoran keganasan yang dicetuskan oleh segelintir penyokong mereka pada final Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada November tahun lalu.


Denda itu juga memberi tekanan kewangan kepada Kafa kerana dalam setahun lalu mereka menanggung denda RM300,000 dalam Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super.

Presiden Persatuan Anak-anak Kelantan (Pakatan Darul Naim), Datuk Nordin Razak berkata, inisiatif yang diambil mereka itu adalah tanda rasa tanggungjawab penyokong Kelantan terhadap insiden itu.

“Menyedari kesulitan yang dialami oleh kafa kami sedaya upaya cuba untuk membantu dengan mengumpul dana yang akan digunakan bagi menampung bayaran denda tersebut,” katanya

Katanya, tindakan segelintir penyokong yang bertindak liar itu bukan saja menyebabkan Kafa berdepan hukuman, malah boleh membahayakan penonton yang lain termasuk kanak-kanak yang datang menyaksikan perlawanan.

“Kami juga mengharapkan musim baru ini penyokong Kelantan dapat mengawal emosi dan menunjukkan sikap sebagai peminat sukan yang bersopan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Anak-anak Ketereh di Perantauan (Perantau), Zainal Abidin Che Ismail pula mengharapkan Kelantan mampu memberi cabaran sengit untuk Liga Malaysia musim baru nanti.

“Saya yakin dengan kehadiran beberapa muka baru dan juga penyokong setia Kelantan akan menyemarakkan lagi semangat pasukan Red Warriors untuk menjulang Piala Malaysia, FA dan juga Liga Super musim ini,” katanya.




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Comments :

have 0 comments at “KAFA Terima Bantuan Bayar Denda FAM”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB