KAFA Jangka Dapat Tutup Kebocoran Hasil

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjangkakan kutipan tiket dapat ditingkatkan 20 peratus kepada RM2.4 juta pada tahun ini setelah beberapa langkah menutup ‘kebocoran’ diambil.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Hashim Tuan Yaakob berkata, pertambahan itu kelak dijangka dapat menampung sebahagian daripada kos perbelanjaan mengurus pasukan yang kini dianggarkan hampir RM4.5 juta.




Katanya, langkah tambahan diambil bagi tujuan itu di samping mengetatkan kawalan di pintu masuk Stadium Sultan Mohammed IV termasuk menubuhkan pasukan khas untuk memantau petugas-petugas yang terlibat.

‘‘Kawalan keselamatan pada Perlawanan liga Malaysia yang akan bermula pada 13 Januari ini akan diperketatkan bagi mengatasi masalah kekurangan kutipan hasil walaupun stadium penuh penonton.

‘‘Ia dijangka mampu meringankan beban KAFA memandangkan jumlah tajaan daripada syarikat-syarikat besar terhad dan turut bergantung kepada kutipan tiket termasuk melalui penajaan,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Tuan Hashim menambah, bagi meningkatkan kawalan di pintu masuk stadium, selain anggota polis, KAFA turut menempatkan anggota Rela, anggota Keselamatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan pegawai KAFA.

‘‘Masalah timbul apabila tiket habis dijual, penonton penuh stadium tetapi sering kali berlaku ‘‘kekurangan’' jumlah kutipan tanpa dapat dikesan,” katanya.

Rentetan masalah itu katanya menjadi salah satu sebab KAFA mengalami kerugian yang pada tahun lepas dianggarkan bernilai hampir RM400,000.

Beliau juga memberitahu, penggunaan tiket elektronik ‘touch n go’ kepada penaja yang diperkenalkan mulai tahun ini mendapat sambutan baik di kalangan penonton dengan 200 tempat duduk daripada 510 daripadanya telah terjual.

‘‘Sebanyak 510 tempat duduk tajaan di astaka yang kini sebahagiannya telah terjual yang antara lain menawarkan masuk menggunakan kad elektronik ‘touch n go’ yang lebih cepat dan tepat.

‘‘Pemegang The Red Warrios Fan Club akan memperoleh tiket tempat duduk astaka untuk semua perlawanan Liga Super, pusingan awal Piala FA dan peringkat kumpulan Piala Malaysia serta perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Mohammed IV kecuali perlawanan suku akhir dan separuh akhir Piala FA dan Malaysia.

‘‘Bagi yang menaja RM1,500 hingga RM2,999 mereka juga masuk di pintu utama dan ditempatkan di kawasan terpilih beserta cendera hati daripada KAFA.

‘‘Sebanyak 10 tempat duduk korporat di belakang Presiden turut ditawarkan yang bernilai RM3,000 ke atas dengan layanan makan dan minum bertaraf VIP serta memperoleh cendera hati eksklusif KAFA.

Beliau juga memberitahu KAFA akan turut memperkenalkan anugerah kepada media yang membuat liputan terbaik mengenai aksi pasukan negeri dalam saingan Liga Super musim ini.

Tuan Hashim, berkata, empat kategori tersebut ialah gambar terbaik, liputan berita terbaik, audio visual terbaik dan pengendali laman web terbaik.




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Comments :

have 0 comments at “KAFA Jangka Dapat Tutup Kebocoran Hasil”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB