KAFA Perlu Siasat Kawalan Di Stadium

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BHARU - Peminat bola sepak Kelantan meminta Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menyiasat insiden pintu utama Stadium Sultan Muhammad Ke-IV dibolosi penonton yang tidak bertiket pada perlawanan persahabatan di antara Kelantan dengan Narathiwat FA, Sabtu lepas.

Mereka berpendapat kejadian itu mengecewakan kerana menidakkan hak penonton yang telah membeli tiket perlawanan selain menyerlah-kan kelemahan kawalan keselamatan apabila dengan mudah dibolosi peminat tidak bertiket itu.


Kejadian berlaku apabila pintu utama stadium itu dibuka sebaik sebelum perlawanan bermula menyebabkan ratusan penonton tanpa tiket menyerbu masuk tanpa sempat dikawal oleh pihak pengurusan Kafa dan pengurusan stadium berkenaan.

“Perbuatan itu bukan saja merugikan Kafa, malah menjejaskan semangat kesukanan yang ditunjukkan semua pihak dalam menjayakan perlawanan persahabatan itu,” kata seorang peminat bola sepak, Rahimi Hussein, 26, kepada Bernama di sini, semalam.

Perlawanan persahabatan itu berkesudahan kedua-dua pasukan seri tanpa sebarang gol.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kafa, Tuan Hashim Tuan Yaakob berkata, pihaknya akan memulakan ujian percubaan bagi menggunakan sistem tiket elektronik ‘Touch N Go’ di pintu masuk stadium itu Rabu ini ketika perlawanan persahabatan Kelantan menentang Felda United sebelum ia dapat digunakan sepenuhnya menjelang sepak mula saingan Liga Super pada 3 Januari depan. - BERNAMA




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Comments :

have 0 comments at “KAFA Perlu Siasat Kawalan Di Stadium”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB