'JANGAN KRITIK MEMBUTA TULI'

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Oleh Adnan Mohamad

LEBIH baik jaga pasukan sendiri dan jangan hanya pandai membuat kritikan. Itulah sindiran diluahkan jurulatih Kelantan, B Sathianathan terhadap beberapa jurulatih pasukan lain yang didakwanya hanya tahu mengulas kelemahan Kelantan sebaik saja tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada final Piala Malaysia, Sabtu lalu.


Beliau menegaskan dalam perlawanan bola sepak, apa saja boleh berlaku dan setiap percaturan yang dibuat tidak semestinya menjadi dan kadangkala bertukar sebaliknya.

Katanya, ramai tidak memahami keadaan itu namun Kelantan tetap bernasib baik kerana mampu layak ke final walaupun sebelum ini bukan pilihan untuk ke peringkat berkenaan.

“Saya diberitahu, ada segelintir jurulatih yang hanya tahu mengulas dan mengkritik corak permainan pasukan Kelantan baru-baru ini.

“Sekiranya mereka benar-benar arif, mengapa tidak memberi komen sebelum perlawanan berlangsung?” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Tanpa sebarang niat menuduh sesiapa, Sathianathan berkata antara jurulatih yang memberikan komen adalah daripada pasukan yang tidak layak ke suku akhir Piala Malaysia.

Katanya, beliau berharap pihak terbabit dapat berhenti membuat sebarang kritikan sebaliknya beri tumpuan terhadap pasukan masing-masing.

Mengenai percaturan meletakkan pemain muda pertahanan Kelantan, Mohd Zamri Ramli kekal di posisinya sehingga didakwa oleh kebanyakan penyokong menjadi punca kekalahan, Sathianathan berkata pemain itu memang mempunyai kebolehan dan berharap dia akan belajar daripada kesilapan itu.

“Dalam persaingan merebut Piala Malaysia, sudah lapan kali dia bermain dan berjaya mempamerkan prestasi yang membanggakan tetapi itulah bola sepak di mana semuanya boleh berlaku.

“Zamri adalah pemain yang masih muda hanya berusia 19 tahun. Saya berharap dia belajar daripada kesilapan dan bakatnya itu bukan saja-saja dibentuk kerana mungkin boleh diserapkan ke dalam skuad Bawah 20 kebangsaan sekiranya dia betul-betul berusaha,” katanya.


Comments :

have 2 comments at “'JANGAN KRITIK MEMBUTA TULI'”
Cheni™ berkata...
at date 

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine.

Cheni™ berkata...
at date 

Setuju! Jaga pasukan masing-masing untuk season 2010.

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB